nuff

jangan click !

poll

depan rumah

nuff

Friday, February 4, 2011

semua yang aku sayang , tinggalkan aku

assalamualaikum ;)


huyeeehhh ! baru berjaya nak update blog . bukan apa , sekarang aku time aku guna terhad . malam je . kena adil mak aku cakap . adik siang , aku malam. tapi macam tak aci la .. malam aku nak tido , tengok tv , bergayut . bahahahaha . mana la dapat spend time gan lappy ni .uhhuhhh ;(
nak guna pun bila 12 ke atas . kadang kadang mata perkasa dapat bertahan sampai pukul 5 pagi . tapi kalau tiap tiap hari maybe muka aku macam drug addict  sudah .
ok . baru tutup cerita yang tetiba ni. mari mula kan cerita . action !

pada hari apa , aku tak ingat tapi waktu tu tengahari la kan.aku gan mak aku tengah duk kat dapur . tengok tengok kalau mak aku suh tolong . sambil tecangkung cangkung * aku tak tahu nape tabiat aku camtu * mak aku tanya ,bunyi anak ayam mana tu .? so aku pun dengan rela hati keluar . tengok tengok anak ayam tertimbus dalam pasir . sebab mak ayam tu gila . sayang sangat kat anak tua dia . reti mengeram je . jaga tak nak. sampai hati dia sepak anak dia tanpa pandang sebelah mata pun . sadis punya mak ayam . hehee

memandangkan aku ni seorang manusia yang suka gila kat binatang , KECUALI binatang macam cacong , lintah , ular , and lain lain lagi . geli geli mattt mak nokk . ! kalau binatang macam tu ada depan bilik aku , sumpah aku menjerit tak hingat dunia .
pernah bubur aku beli da tak elok . expired 2012 , tgk2 dalam berulat . aku tak nak kecoh , buat je aduan kat sini . mantap . terus call aku . sebab kes berat . hah padan muka ! haha

ok la sambung cerita , lepas aku ambil anak ayam tu aku bela . aku letak dalam bakul sampah . wahaha. sebab kecik . letak dalam sangkar kucing , nanti dia lobos . ngehh .~  dua ekor la kira aku bela . manja . sumpah aku sayang ! tetiap hari aku bawak main kat belakang rumah. sayang punya pasal , teman dorang main sampai la sejam baru ambil letak balik dalam bilik . theheheheee ayam dalam bilik ? biar la ;p
ada sehari tu , aku lepas kan dua ekor tu main tanpa aku jaga . yela , hari tu ekor dia da tumbuh . suka aku tengok dia da bsar ! . lepas aku menyapu rumah , aku ingat nak kurung balik . aku tengok anak ayam aku yang beasr sikit dok terjerit jerit . aku pandang luar pok pok da takde . mula la isau . walaupun bukan aku lahir kan. tapi aku jaga sejak baby ! cari punya cari tak jumpa . si len len aym aku sekor tu dok ikut la aku cari sama . tetiba aku pandang dalam bekas air ada muncung anak ayam . time tu jangan cakap la.memang habis hingus aku keluar .menangis tak hingat dunia dah aku . * ok sebak balik *
terkilan sesangat , da la aku sayang . baru tumbuh ekor hari tu , aku tunjuk kat mak aku . baru bape minit lepas aku tengok diam baring baring atas tanah and makan rumput gan len len . sedih tak payah cerita . aku kubur kan dia belakang rumah aku  . tengah suara sengau cm squidwerd , orang jabatan tu call pasal bubur tu . err . dulu kucing kena langgar depana mata . dia mati hari selasa . ok  .taknak cite lagi . sedih . errmmm ..bila dia demam aku tidur dengan dia . sampai takde bunyi dia selsema lagi . aku sayang dia . hurm
dulu ada gak anak ayam . baru sehari aku jaga . tapi manja jangan cakap . aku letak dia dalam poket elok je tido . malam aku tertidur kat luar. tengah elok elok dia tidur gan aku tetiba kucng aku sambar . mak aku cakap mula mula dia tak bising sebab ingat aku amek . tapi bila kena gigit dengan kucing baru dia jerit . err .. ;((
now proses cari sekor baby lagi nak teman len len  .


kualiti tak lawa . tapi ni memory weh !
 tengah buat huruf gan batang kayu , tetiba dia datang . ei candid cumei !
 pagi sebelum dia lemas . hmm
 miss tengok punggung comel awak puk puk ;(

baru bape hari aftr lahir . hee


sebelum ditanam . basah je dia .
*sob sob*