nuff

jangan click !

poll

depan rumah

nuff

Friday, October 4, 2013

Resepi kek marble cheese brownies mudah

Assalamualaikum.

ehem ehem hari ni terus dua entry iollss sembah kan kepada uollss. Tapi semuanya resepi senang dan mudah belaka. hikss. Janji tekak boleh telan dan kenyang.

Resepi ni aku jumpa waktu nak buat kek untuk hari raya hari tu. Tak sangka pulak ramai yang minat.
tak sampai 10 minit dah licin . Senang hati takde membazir.

So resepi ni dari kefahaman aku la ye. aku cuba sampaikan dengan mudah .
cara-cara pon tak susah .




Step pertama untuk kek :

bahan2 :

1 cawan serbuk koko
250 gram butter (jenama apa pon boleh)
3 biji telur gred b .
1 1/2 cawan gula castor . kalau takde satu cawan gula biasa .
1/2 cawan susu cair
1 1/2 cawan tepung gandum
1sudu teh baking powder / secubit
1sudu teh soda bikarbonat /secubit
1sudu teh esen vanilla. aku ikut penutup dia je. haha

Cara2 masak :

1) Cairkan butter . aku pakai cawan gemok je lepas tu letak dalam microwave senang kerja. ikut korang la ye. Lepas tu masukan serbuk koko tadi kacau rata.

2)  Dalam mangkuk lain pukul telur dengan gula sampai gula hancur/ sebati .aku nak senang kerja masukkan terus dalam bekas pemukul untuk kek tu.pukul jela pakai mesin tu. senang. heheh

3) dah sebati telur dengan gula tadi masukkan bancuhan butter yang dah campur koko tadi. kacau sampai rata.

4) masukkan susu cair . kacau lagi..

5) masukkan tepung gandum.. baking powder dan soda bikarbonat . kalau rajin ayak dulu.
 masukkan pulak esen vanilla.

6) panaskan oven . cara aku..waktu aku tengah buat adunan ni aku panaskan waktu tu sekali oven dalam 10/20 minit. dah jimat masa kat situ.

7 ) alaskan loyang size 10x10x1inci dengan kertas minyak . kalau takde kertas minyak amik je kertas a4 ratakan dengan minyak. hahahahha. sebab pernah kertas minyak aku habis.pastikan kertas minyak tu keluar sikit dari bekas loyang sebab senang nak tarik keluar kek nanti.

8) masukkan bancuhan kek tadi dalam loyang yang dah alas kertas minyak. tinggalkan sedikit bancuhan dan masukkan ke dalam plastik untuk dibuat corak . kalau takde yang benda nak paipkan tu sudukan je nanti untuk buat corak.
9 ) bakar atas bawah 20 minit / 160 c , kek bakar sekejap je bagi separuh masuk.


Step kedua untuk lapisan Cheese

250g cream cheese. jenama aku guna tantura je.
1 cawan gula castor. kalau takde guna setengah cawan gula biasa. pandai2 adjust ikut tekak korang ye kalau nak manis ke tidak.
1 bji telur gred b

lepas curahkan cheese atas kek separuh masak



cara2 :

1) pukulkan telur sampai gebus dulu.. sebab aku pernah pukul cheese dlu dalam pengadun mesin tu tak berapa naik cheese tu.
2) masukkan gula pukul sampai hancur..
3)masukkan cream cheese tu sampai sebati jadi gebu...

selepas 20minit kek dibakar tadi korang keluarkan... dan curahkan adunan cheese gebu tadi atas kek tu ..
rata2kan bagi tutup semua atas kek .
Dah habis rata ambil bancuhan kek tadi tu dan corakkan atas cheese tadi..
lorekkan la guna lidi.. takde lidi guna pencungkil gigi pon boleh.tapi yang bersih and tak digunakan lagi la ye...

masukkan balik loyang dalam oven ... dalam resepi suruh api atas je.. aku buat habis jadi negro cheese aku.kahkahkah . so aku buat jugak api atas bawah.
bakar dalam 25minit lagi.. api tu dalam 150c.. apa2 pon ikut oven korang la ye..


p/s : nak taw kek dah masak ke belum nanti cucuk dengan lidi ok. kalau melekit lagi bakar lagi dalam 6-10 minit. selamat mencuba !



Resepi Ikan Siakap Goreng Tomyam mudah dan sedap

Assalamualaikum.

Kali ni bersua dengan entri makanan pulak/. heh heh heh.
sejak tak buat apa ni memang rajin cuba macam-macam . hahahaa... tak apa asalkan berfaedahkan,..
perut pun kenyang..

ok tak nak bebel panjang2 .

kat bawah ni aku akan bagi resepi. senang gila tapi errmmm sedaappp !

Step pertama untuk goreng ikan bagi rangup :

1) Sekor ikan siakap yang siap dibersihkan dan dikelar2 badannya. sebab senang untuk bahan2 meresap dalam daging. nyumm

2) sebijik telur

3) Dua atau 3 sudu tepung jagung untuk salut ikan

Cara2 :
              Panaskan minyak dahulu .. Lumurkan Ikan dengan telur kemudian salutkan ikan tadi dengan tepung jagung .. salutkan sampai rata .

Goreng dengan minyak penuh.. maknanya goreng sampai terendam ikan kau tu... Pastikan minyak panas taw. Goreng Sampai garing . 
Lepass tu angkat letak tepi dulu.

ikan siakap yang dah siap digoreng.
sexy yawww. lembut dan garing



Step kedua :

bahan2 :

1)  * 6/7 cili padi.ikut kepedasan korang nak.
2) * 1 biji bawang merah dan 1 labu bawang besar
3)  *  2 ulas bawang putih
4:  3 batang serang (ketuk atau hiris halus pon boleh)
5)  2 helai daun limau purut
6)  2biji tomato (potang dadu) nak letak carrot pon takde hal
7) 1 paket pes tomyam . kalau takde guna kiub pati tomyam pon boleh.
8)  minyak untuk menumis

Cara2 masak : 


Bahan2 bertanda * ditumbuk . halus boleh kasar pon boleh. disarankan tumbuk dari blender sebab rasa lagi emmppphhh..

Panaskan minyak dan tumis bahan-bahan * yang ditumbuk tadi sampai wangi

masukkan serai dengan daun limau purut tadi. kacau-kacau sat bagi sebati .

masukkan pes/kiub pati tomyam .kalau rasa kurang di tekak boleh tambah ikut tekak masing2 la ye.
kacau-kacau bagi mesra lagi. 
kalau rasa nak berkuah sikit tambah sikit lagi air ye.

masukkan hirisan tomato dipotong dadu tadi . lepas tu perisakan dengan garam .. kalau rasa nak letak ajinamoto sikit pon takpe. hee 

Tadaaaa . dah siap. curahkan atas ikan yang digoreng tadi.



comot sedikit,. takpe dalam perut hancur jua.kihkh

Selamat Menjamu Tekak uolsss.