nuff

jangan click !

poll

depan rumah

nuff

Thursday, November 28, 2013

Review maybelline Dream Matte mousse foundation

Assalamualaikum ..


Dalam bulan lepas aku ada beli satu foundation memandangkan naturactor aku dah nak habis ..
Disebabkan rasa hati nak mencuba yang lain dan malas nak tunggu pos laju aku pon dengan rela hati menghabiskan duit lagi T.T wuuuu .

Jadi petang tu aku keluar dengan pakcik dan akak aku. siap hasut akak aku beli lagi ! wakakaka.

So bawah ni rupa packaging dia  ...

sumpah malas nak crop . ni baru lepas balik dari membeli .
So dah sebulan lebih aku pakai bagi aku dia medium coverage . kalau ada parut hitam tak berapa nak cover . Memandangkan muka aku habis rosak sebab asyik melantak garam belacan hari tu ( padan muka sebab ikut napsu sgt ) aku sebagai yang tak selalu keluar mekap dan demi langkah menyelamatkan pitis aku ,aku guna naturactor foundation as concealer . hewhew ..

Kalau ikut muka aku yang gila tak hingat berminyak dengan kuat berpeluh ni boleh tahan 3 jam dari cakey bahagian garis senyum . Kalau aku keluar malam takde kena panas dan kurang berpeluh dalam 5 jam tak cakey ...
foundation ni agak awesome sebab pernah pakai dari pukul 11 pagi sampai 8 malam dia still ok lagi . 
Lepas pakai foundation ni pakai nipis je bedak ok ..kalau tak nanti bila berpeluh mcm bercapuk sikit...

overall 3.8/5 .
kalau habis insyaALLAH beli lagi . ^^

harga RM 36.90 mcm tulah kot...


atas ni contoh2 muka aku pakai . tak edit pon ni . sebab foundation ni memang agak best gak,
jadi tak payah nak edit pon ! ;)

oh ya ! foundation jenis ni sesuai untuk muka jenis kulit berminyak saja ye . 
kalau kulit kering beli liquid punya .
foundation ni lagi lembut dari naturactor sebab dia mousse . sama dengan octard kot .

ok selamat membeli ! ^^

Resepi Kek Marble Oren yang senang dan mudah

Assalamualaikum.


Minggu lepas aku ada buat kek marble oren . Rasa not bad ...
Jadi di bawah ni aku bagi cara-cara buat kek ni dengan tips yang mudah and senang ..

130 gram mentega / butter pon boleh.
1 cawan tepung naik sendiri ( Tapi aku guna tepung gandum je . jadi je.. tapi tak segebu mana )
2 biji telur gred A . Asingkan kuning dengan putih telur .
3/4 cawan gula castor ( aku guna je gula biasa tapi kisar dulu bagi halus and kuantiti dikurangkan sikit .)
1 biji oren dan parut kulitnya . Jusnya diperah .
1 camca teh coklat emulco ( aku takde..so aku ambil coklat masakan dan cairkan campur sikit dengan peanut butter :p)







Cara-cara :

Panaskan oven dahulu . 175c 10 minit .

1 ) Putar putih telur yang diasingkan daripada kuning telur tadi bersama sesudu gula sehingga kental (kalau letak atas kepala pon takjatuh dah ) lepas dah kental sila asingkan di bekas lain .
Dalam bekas pemutar tadi masukkan mentega/butter bersama gula . Putar sehingga gula hancur dan mentega menggebu .. kemudian masukkan kuning telur dan putar sehingga mereka sebati mesra alam . hehe .Kemudian masukkan pula parutan kulit limau tadi .

2 ) Perlahankan pemutar .. kemudian masukkan tepung selang seli dengan jus oren . buat sampai habis ..
putar bagi sebati .. dah sebati matikan pemutar dan masukkan puith telur yang kental tadi . buat kaup balik dengan spatula sampai mesra ;)

3 ) asingkan sedikit adunan dalam setengah cawan ( 3/4 sudu ) dan campurkan adunan yang diasingkan tadi dengan coklat emluco .kacau rata sampai sebati adunan dengan coklat itu.
tuang adunan kosong tadi dalam bekas pembakar ..rata2kan .. kemudian ambil sudu dan buat dot dot adunan coklat tadi atas adunan yang dah dituang dalam bekas tadi .corekkan guna lidi atau chopstik untuk buat corak.

4 ) bakar 45 minit (bergantung pada oven masing2) sehingga masak .
selepas masak keluarkan dan sejukkan ... lepastu apa lagi..makan .. hehe...

size bekas ( 9inci x 4inci x 3.5 inci ) . alas dengan kertas minyak okeh..

selamat mencuba uolss!  ;D


p/s : sorry kamera buruk ? mwahaha


DIY Mask Untuk Kulit Sensitif

Assalamualaikum...

seperti korang tahu aku mempunyai kulit yang super sensitif .
malam ni pegang muka esok tupttup dah tumbuh jerawat kt tempat dipegang tadi tu ! hahaha . gila la magic tangan aku ni .. ptffff ....

Aku banyak try mask kalau kulit tengah naik jerawat ni ... baru-baru ni naik menggila sebab asyik makan mangga dengan garam belacan . perghhh . memang macam cendawan tumbuh bak hang. lepastu siap salah pakai produk . tu entry lain aku kasi taw  .

Jadi untuk menjimatkan kos daripada membeli benda yang sia-sia entah tahu berkesan ke tidak baik aku buat mask sendri . Macam korang tahu Madu baik untuk badan , Untuk kulit pon best la bagi kesan yang elokkan .
So dibawah ni aku bagitaw resepi mask buatan ni :P

Segenggam oat asli
Sedikit air suam
1/2 sudu madu

So mula2 korang ambil oat letak dalam satu mangkuk . Then letak sikit air suam .agak2 kan saja bg sampai lembut . Then kacau2 .. letak madu  dalam sesudu dua. gaul2 bagi sebati ...
diamkan dalam 5 minit lepas tu boleh sapu dimuka !
Nak makan pon boleh ! sedap. hahah.tapi... lepas sapu kat muka janganla korang makan pulak :p

Letakkan kat muka selama 15-25 minit . boleh diamalkan seminggu dalam dua kali...

Selamat Mencuba ! ;)