nuff

jangan click !

poll

depan rumah

nuff

Saturday, March 26, 2011

saya si loser

Assalamualaikum .

rasa dah sembuh sikit kot. ..
keputusan spm aku langsung tak sampai target.
aku mimpi dapat 4A . rupanya dapat 4B+ jek .

aku datang sekolah lambat . dalam pukul 2.30 petang baru sampai .
pakcik aku hantar . nak drive sendiri kereta takde . nak bawak kereta waja aku memang tak berani .
haha. kereta kecik je aku berani bawak . tapi berangan nak kereta camry segala .
on da way nak masuk kawasan sekolah . BAMMM !  aku ingatkan pakcik aku langgar tebing bahagian tepi . tengok tengok ada lelaki india langgar . buta kot pakcik aku dah bagi signal .
baru nak keluar kereta dah dia blah . bodoh punya budak .

aku keluar je dari kereta rasa macam miss world. semua pandang kat arah aku lepas keta pakcik aku kena langgar .untuk kaver cun muka yang memang langsung tak cun ni aku terus berjalan.
nampak la kawan kawan yang dah amek result . muka happy je.



pewwiitt ! boleh kenal tak cik nani ? =p
aku memang sengaja pergi lambat . rasa malas nak amek result yang langsung aku tak sangka tu.
sebelum aku pegi amek result tu , aku da cek dari sms dah. dapat je result rasa macam tak caya weh .
tak sangka langsung aku takde A . masa tu rasa nak mati dah. biar betik ! aku belajardan cakap bahasa apa selama ni ? bahasa melayu pon tak dapat A ?

punyalah sebelum dapat sms tu bergelak ketawa, lepas dapat je terus rasa macam sakit tak tahan dan terus nak mati. sumpah aku rasa macam mimpi ! serius aku tak pecaya .
mr.afiq mula macej sebab waktu tu dia rehat . aku juz balas suruh kol.
dia kata kenapa . aku bagi macej result aku.
dengar je suara dia terus aku menangis macam orang mati laki. tapi nangis slow punya , sebab tak nak mak aku tahu. tak henti la aku nangis masa cakap dengan dia.
frust gila vavi betul aku rasa masa tu . kawan aku da bising macej soh datang sekolah .aku tanya result dia macam mana, dia pon kata takde A .


dapat je result aku bagi taw kakak sulung aku dulu. dia kata takpe. tapi dia cakap aku cakap cina apa sampai bm pon tak dapat A . terus aku malas nak balas dah . kakak second aku pon gtaw . dia jenis bsing sebelum ni. tapi bila tgk slip result tu dia tak kata pape pon . yang subjek harem add math and chemistry tu memang aku tak nak pandang dah . pergi lantak la . tapi terasa gila la bila aku takde A langsung .
mak aku cakap sepupu aku dapat 2A . aku jawab je lah yang aku aliran science dia aliran sastera . janganlah nak bandingkan sebab subjek tak sama. dia dapat tassawur islam dengan seni A .
hurm.



result aku : 4B+ : bm,sejarah,agama,perdagangan. yang lain tu c . and ada d . tapi takde e .
dahlah malas fikir . menyesal aku tukar sekolah . dari aliran lukisan kejuruteraan tukar aliran pure science . dalam masa setahun , macam mana aku nak belajar sc punya . serius menyesal amek kimia tu .

aku rasa aku dah berusaha . yang aku tak berusaha memang math , add mth , kimia .
tapi yang lain tu , serius aku target A .
dalam biilik guru , terserempak dengan cikgu bm aku . tanye kawan aku and aku dapat apa bm . masing2 buat muka kecewa .
dapat B+ je cikgu . =(
cikgu aku jawab , peratus tahun ni tinggi . awak da buat yang terbaik dah tu . tu sebab ramai tak dapat bm A .
ok aku muka senyum balik . sebab tahu kawan aku yang terer masa trial pun bm tak dapat A . hehehee .
ok mula la rasa jahat ni .
sekarang ni aku mohon UPSI , SPA , POLI ,UITM dan banyak lagi . cewah !


takpela , mungkin ni je rezeki aku dapat .
alhamdulillah =)

Wednesday, March 23, 2011

Keputusan peperiksaan SPM 2010

Assalamualaikum .




hati mula berdebar . saat itu akn tiba dalam masa 12 jam lagi.
dup dap dup dap .
eh annoying pulakkan ?

dah tiga bulan waktu berlalu . kini masanya sudah tiba .kalau boleh esok rasa nak pengsan sepanjang hari .bukan mati ye . saya nak hidup.
rasa cuak giler bila kenangkan cikgu ada tersenyum senyum nanti bila nak amek result .
yaALLAH , tenangkan lah hati hamba mu ini .
aku hanya dapat lakukan apa yang termampu je masa tu .
aku hanya boleh bagi alasan . ya memang alasan sebab aku belajar subject tu tak sampai setahun . benda orang lain dah dua tahun .
alasan kan ?
tapi tulah hakikat .
CHEMISTRY !
ada yang cakp susah . ada yang cakap macam kacang , aku pulak hanya boleh tersenyum . hahahahhahaa.dan berasa teramat bimbang , sebab markah masa form4 takde . and hanya berharap pada form5 sahaja . hurm .

ADD MATH  ! terima kasih kerana wujud dalam hidup saya . memang terasa begitu cuak . takut . (T__T)
apatah lagi memang agak lemah eh silap bukan agak tapi memang lemah dalam hal-hal calculate semua ni .

SEJARAH . saya dah lakukan terbaik . tapi masa trial tak silap dapat B jek . hmm
dan terasa menyesal apabila mengatal pergi semak jawapan . semak punya semak , saya buat dalam tiga kesalahan kot . saya buat jawapan yang betul , tapi saya tak pasti and pergi padam . benda jawapan yang pertama adalah jawapan yang benar dan saksama .
oh loser nya .

ICT . ni lagi satu subject yang diambil tak sampai setahun . rasa tension gila kena buat kerja form4 and form5 sekligus . uhhh  ~ nasib kerja ni jadi backup . ada 30 markah dalam tangan . cikgu berpeluh bila tahu saya tak buat apa pun lagi . benda dah bulan 6 masa tu . memang agak nazak terpaksa buat dalam masa yang singkat .
sampai sekarang cable tu tak siap pon . apa nama cable tu pon tak taw . haha . loser !

MATH ! ok . subject ni senang bagi sesiapa yang rajin buat revision . dan susah bagi saya . sebab saya tak minat math ni. apatah lagi bila naik form4 dan form5 memerlukan skills masa form2 and 3 .
tapi saya takde skills tu sebab cikgu masa form2 suka sgt tambah zuriat and tidur sebab letih jaga anak .
bila dah start mengajar , bila taktaw jawab dia akan pukul2 kita macam makwe pukul dada pakwenya bila dah terkantoi something . maaf saya menyalahkan cikgu pulak ! sorry ..tension .
tapi tak tipu . memang mula dari situ saya rasakan subject math ni bukan kegemaran saya sampai sekrang .
oh loser !

perdagangan .subject ni pon saya ambil dalam masa tak sampai setahun . alhamdulillah boleh bawak . and masa exam penggal pertama saya dapat markah paling tinggi dalam kelas untuk subject ni .
walaupon hanya A- .
tapi oklah daripada gagal .
grrr  . sangat takut . tapi kenapa bila waktu spm saya rasa masa sangat sangat tak cukup untuk subject ni.
bila habis je masa, balik masuk kereta , air mata mula kuar .
hurm ~

berharap akan banyak ditanda A pada slip keesokkan hari .
amin...

banyaknya alasan tercipta . papepon tak boleh buat apa apa. tawakal je la.
sebab keputusan tu mengambarkan apa usaha yang kita da buat .
just sangat berharap subject yang tak gemarkan itu lebih2 lagi untuk math,addmth and chemistry .
saya redha jelah
. bhahahahahhahahaa .(gelak tutup gelisah )
tapi terima kasih la kat ustaz err apatah nama tu , bagi saya air penenang hati . serius , masa masuk dewan sikit pon tak rasa takut. rasa macam biasa je.
dah habis exam air tu pun entah letak dimana
(T___-T) .
yeay . saya berasa gementar .
hhuuuaawaaaaa ~


p/s : sambiil tension menulis bila teringat nak amek keputusan esok sambil menelan air susu  vitagen and disusuli dengan 3 keping roti disalut planta and gula .
tension punya pasal .

yaALLAH,permudahkanlah segala urusan ku pada esok hari .
yang buruk itu datang dari ku , dan yang baik itu datang daripada-MU .
amin ya robbal alamin ~

maaf jugak kepada anak ayam aku yang asyik menjerit je . err. macam mana tah bunyik dia.
tengok makanan dah ada , air dah ada . last last aku amek air botol dan bagi penuh tempat air dia , sampai berlimpah ruah pulak .huu. tak bermaksud .
dan terasa nak menangis .  maaf ye anak ayam . tak bermaksud . tapi takpe tempat awak lebar untuk awak tidur .
errmm