nuff

jangan click !

poll

depan rumah

nuff

Thursday, May 5, 2011

siapa nama awak.... nak taw

asslamualaikum.
tadi tengah gumbira chat gan makwe aku dari syria ada satu num kol yang tak dikenali dari planet mana kol aku.

neng neng neng ( bunyik ringtone ) haha buruk betul bunyi dia.

baru nak angkat dia letak . booh betul . terus aq text . sebab takut kalau kawan aku.sebab ritu aq updte phne lupa nak buat backup. banyak number hilang .

aku - sape ni ?

alien- xde sape2,silap number

aku- ok

alien - ganggu ke ? soryla... awak sape name ?

aku - hamba ALLAH

alien- sape nama ?

dalam hati aku dah kena carrot dah alien ni .

aku - awak slh numberkan? kenapa nak tanye nama lagi?

alien- saje nak taw..


der der , cara dah lapuk la der . hempuk nak ? haha

tak kretip langsung cara tu .

takpela . aku memang suka number aku kena kacau ni. i like nyah !

*tangan ke dada mata ke atas *
aku

Wednesday, May 4, 2011

baru jadi cashier dah berlagak

Assalamualaikum.
hari ni keja aku asyik membute je .
boleh dikatakan seharian aku buat taik mata je kerja aku. yap. tu memang kerja tetap aku.mmang tak boleh dinafikan lagi.
lepas habis sekolah ni aku jarang keluar rumah. ehem.pembetulan. masa sekolah pon memang jarang kuar rumah.haha
tah aku pon tak tahu nape aku memang tak suka nak kuar dari kawasan rumah ni. walhal nak pergi kedai yang tak sampai brape meter tu.
oh sangat takde life ye. mawahaha

dahla aku bosan mengila baby sekarang nieh. bie rabbit pulak busy memanjang gan final exam dia ! dah habis exam pergi pulau aur pulak . seminggu lah jugak dia berkampung kat sana. line kat sana pulak macam hampeh. ok nasib baik masa tu aku dah masuk sekolah balik. takde la rosan nak mampus kan.  then habis balik dari pulau aur, dia konvo lak. kat ipoh pulak tu.memang say hi bye bye la kat dia. takde makna aku nak pergi ipoh tu.dahla takde sape2 teman. nanti kena bersekedudukan dengan family dia. tak mao tak moa. sebab adik lelaki dia sebaya dengan aku,takut dia tergoda dengan bakal akk ipar dia ni . *tuuiiii *

ok berbalik pada tajuk. ni yang aku ingat la.sebab dia macam dah memalukan ayah akukan.depan orang ramai pulak tu.
citer dia cam ni . ehem ehem.
aku gan family aku selalu pergi amek barang dekat jj..memandangkan kat sana terhad mall dia.mawaaaha.ni masa aku duduk ipoh lak.
lepas amek barang tu,kteorg ondaway nak pergi letak barang dalam kereta.tetiba adik aku merengek kata haus haus. biasala anak bongsu ni memang manja sikitkan .
kteowg pun tunggu la kat luar sementara ayah aku bawak adik aku beli air. kebetulan kat luar tu ada starbucks je. ayah aku pon bawak la adik aku pergi masuk kedai tu. dekat 10 minit gakla,baru dorang kuar. tengok adik aku tersengih2 ..tapi muka ayah aku baru macam lepas mengamuk.



mak aku tanya la kenapa muka macam tu ?
ayah aku citerla. masa dia mintak air kat cashier tu, lama je cashier tu pandang dia. dia pun pelikla.
dia order lagi sekali. tapi dengan muka yang sangat2 sinis dia pandang ayah aku dari atas sampai ke bawah.
ok...memang penampilan ayah aku biasa2 jek. juz kemeja gan suar slack .tapi punya la sempit pemikiran manusia tu, agaknya dia fkir pakai macam tu mesti tak berduit agaknya.
then dia tanya ayah aku. 'KAU NI ADA DUIT KE NAK BAYAR MINUMAN NI ? 10 HINGGET TAW '


serius terkejut kita orang dengar cerita tu.
taw tak ayah aku buat apa ?? dia bukak purse dia besar2 ..dia tunjuk isi dalam purse dia. hahaha.kalau akuada kat situ mesti aku malu tapi dalam hati nak gelak pun ada. mungkin mesti ada orang ingat ayah aku menunjuk nunjuk duit banyak masa tu.menda cashier tu punya mulut kurang aja.patutla jadi cashier kat situ je.mwahaha.tapi kalau ada yang jadi cashier kat situ gak, sila la bersopan santun dengan customer . sebab tanpa mereka mana nak dapat gaji korang..

mulut orang cashier tu

ayah aku beli gak kat situ sebab tengok adik aku terkebel kebel tak taw pape.
aku heran lah, kenapa sempit sangat pemikiran orang macam tu ? salah ke nak pakai yang sederhana je tanpa dilabel orang takde duit ? atau pun pakai yang mahal2 tapi semua berhutang ?
dahla orang sebangsa sendri. sedih betul dengan pemikiran cetek lelaki tersebut.

biar kita miskin , biar muka tak lawa .
tapi hati baik dan ikhlas.



gambar dari atok google

pintu diketuk pukul 1 pagi ?

assalamualaikum.
ni entry panas2 baru kuar oven so mai kita goreng garing2 ..
memandangkan adik aku tak off lagi lappy ni, aku kena la bukak nak shut down kan..
so dengan muka malas macam muncung itik panjang sedepa aku pon  dok la depan laptop.
tapi sebelum aku nak masuk bilik off laptop ni ada something happen.

tadi dalam pukul satu tepat maybe , aku siap2 kemas bantal kat depan sebab nak masuk bilik nak tidoq .
aku dukungla sekali bear bucukmasam aku tu masuk bilik sama. sebab takde bucukmasam tu tak lena tidoq aku.
dah kemas depan sume, cek pintu sume alright aku pon amek sabun muka kat dalam bilik aku ni nak bawak pergi toilet.

aku letak sabun tu atas meja makan. sebab aku dengar ada bunyik anak ayam menjerit kat belakang rumah , mungkin menanges la.sebab baby lagi. besar sikit dari guli je.
aku bukak la lampu luar belakanh rumah aku tu. then aku bukak pintu bila lampu tu dah terang benderang.
sebelum tu dah baca bismillah awal2 sebab takut nampak apa2 pulak nanti.
aku tengok keadaan kat luar takde apa pon, malahan itik gan ayam pulak pandang aku.. agak aku kacau dorang tidur kot.sebab kan lampu ni ganggu dorang . mwahahaha.
aku tengok mak ayam tu pon takde pun ke hulur ke hilir kalau nak carik anak dia.

sebelum aku tutup pintu tu, sempat lagik aku pandang sekeliling. takda apa2 . then aku tutup la.
pergi depan balik tutup lampu.
dah habis settle, aku pergi dapur balik. amek sabun tu and masuk toilet.
ingat nak basuh muka berjerawar aku ni dulu sebelum tidur and nak tunaikan hajat. theheheee..
baru aku bukak paip air, terdiam aku jap bila pintu rumah belakang kena tutup.dahla aku tak tutup pintu tandas ! berdepan lak dengan pintu daput tu !

tiga kali ketukan tak silap aku.serius aku terus larik tak tutup lampu and air. lari masuk bilik. ajak adik aku teman,dia tak nak,aku kol akak aku. naseb dia angkat,cepat2 aku tutup lampu  ttp air tu .
segala . dan tangan aku terus bergerak pantas untuk menhupdate dalam facebook.
serius ! nasib tak nampak. alhamdulillah.

sekarang ayat kursi tak lekang dari bibir dan phone aku.
berpeluh. sebab aku ter'smell ' soemething.


taknak tidur malam ni !

Monday, May 2, 2011

tawaran ke tingkatan 6

Assalamualaikum .

tadi tengok tengok facebook seperti selalunya, ada aku tengok orang tu post semakan ke tingkatan 6 . serius, aku tak pernah nak masuk form6 ni.
aku saje2 la cek .
tengok2 dapat . dapat dekat gan rumah pulak tu . boleh la aku asah lagi kemahiran nak bawak keta ni,nama je nak dekat setahun dapat lesen,tapi bawak jauh2 tak berani lagi.oh penakutnya T__T

tetiba hati aku berbelah bagi kepada 3 bahagian . berbelah nak masuk upu , tunggu spa atau masuk tingkatan 6.
aku jerit2 datang kat akak aku.nak tanya pendapat dia, sebab dia dulu pon amek stpm jugak.
dia kata better amek stpm ni, sebab peluang masuk u nanti cerah.tapi kau kena usaha kuat la.
orang cakap 2tahun . sebenarnya setahun setangah je. sebab masuk bulan 5 tahun 2011 . habis akhir tahun 2012.

 better amek form6 dari masuk kolej poly tech mara.
sebabnya tak tahu lagi elok ke tak kat sana, dapat  ke tak bawak subject tu. lagi pon aku dapat course human resources management . aku tengok buku akak aku yang amek dip kat unirazak tu. dia pon amek management dulu.serius tertelan air liur aku.lagi bosan dari sjearah .
semua pulak dalam bi. ok memang sume dalam bi sekrang kalau belajar,tapi aku kureng sikit nak speaking2 ni.terabur ke laut hoii..
lagi pun masuk poly tech mara tu 1500 hinget . aku malas pulak nak susah kan family aku(ala ala anak solehah.hahak)  .kalau dapat under uitm bayar 800 jek .
panjang lebar dia bagi syarahan kat aku.tapi tak berapa nak masuk dalam otak aku.

tak puas hati lagi ni , aku tanya akak aku lagi. dia jawab dalam 5 subject je. tapi jangan ingat 5 subject boleh nak honeymoon bagai.kalau kau nak masuk u ,kena belajar betul2 .
aku pon dok pikir lah. dahla tarikh daftar dia 9 mei, menda upu kuar akhir bulan 5 . sudah..pening aku.
kol lagi bie rabbit. dia kata boleh kalau nak masuk upu nanti.tapi masa daftar tu cakap la nak tunggu tawaran upu jugak.

so sekrang ni pendapat  aku stpm ni taklah rendah nilai dia. kalau rendah kenapa level dia lagi tinggi dari sijil kat poli ? (pendapat yang aku  baca) ,dan bukan ke stpm ni sama level gan diploma jugak ?
dia setahun setengah je , walaupun orang cakap 2tahun. tapi dip pulak 3 tahun.kalau result elok, boleh sambung degree . tak payah nak tunggu lama2 . lagi pon aku takut nanti kalau dapat upu tapi dapat course yangg langsung aku tak minat, dan aku jugak takut nanti minat nak belajar yang memang tak lekat kat hati aku tu nanti menyebabkan aku malas, dan hilang keseronokan nak belajar (berapa banyak kali dan ni? )
tapi walaupape pon, aku still tunggu untuk tawaran upu. tapi terima tawaran ke tingkatan 6 sebab takut terlepas peluang.





ni antara pandangan budak yang amek stpm dulu . sila la baca . :


2 - sy stdn f6 thn ni.f6 xle susah mana klu bndg dgn diploma n matrix..sy pun pkr f6 dlu xbwa makna.tp klu dlht krg ni,unv primer mc upsi lbh byk ambil stdn f6.pluang nk lanjutkn plajaran ke unv sgt cerah dbnding dgn matrix n diploma..klu ambil diploma pun blum tentu dpt ambil degree.da ckgu sy kta.klu nk ambil degree org akn plh best stdn dr matrex dlu then ke f6 bru da org akn pertimbangkn bdk kluaran diploma.
ambil f6 ni byk klbhan.kta blh msk dlm byk sektor.bidang dia x terhad cm diploma n matrix..sy dlu frust gler x dpt g matrix(ditwrkn course yg sy xnk) n xambil diploma..sy msk f6 dgn rs kcw.sy ingat f6 susah sgt tp sbnrnya x susah pun.
f6 cma plu rajin mbc je.musthil g sbgai stdn xnk belek n buka buku lsg tuk dibc wlaupun 5 minit..
yg xberjaya dlm f6 bsanye glongan yg malas.xdgr pe ckgu ckp n x luangkn sdkt msa nk stdy..trus trg sy ktakn sy x serajin kwn sy 2 org 2.da org rajin btl bt hmwok tp msh g sy dpt atasi da org.slh stu faktorny sy lbh ska blajar utk memahami bkn bljar hnya nk bt hmwk je..
jd f6 plukn kta rajin bljar sndri.cm subjek geo,kta plu bljar sndri sb sln xkn lari dr buku2 rujukan.ckgu xdpt bntu kta hafal pun.mka cma membimbing kta. kta sndri plu hafal tuk STPM..

2- STPM lebih high level berbanding:

1.sijil

2.diploma(politeknik,ipt)


3- Kepada semua warga Malaysia di luar sana(che wahh),

Masuk form 6 adalah satu keputusan yang anda takkan regret..memang sebetulnya BEST sangat..I myself was like..uh huh form 6?sekali wow..memang best..Saya masuk form 6 sebab tak ready untuk melangkah ke alam universiti..dpt offer di uitm ..since saya tak ready,so tolak la..ingat form 6 boring since semua org berlumba-lumba tak nak pakai baju sekolah lagi..so basically,saya takde kawan dr sekolah yg lame la..form 6 actually adalah pre-U..u can bring ur laptop..wifi provided..(hang nak layan facebook pun boleh)..buat research..tp research hanya akan dibuat mase upper 6.2010 lower adalah last batch untuk stpm..spm candidates 2010 akan alami sistem mcm U jugak iaitu semester..pengalaman masuk form 6 memang best..kita org slalu stay back..pegi joging la,main squash la,badminton,konda kondi..mcm budak2 kan?hahaha lebih2 lagi kelas kita org hanya ada 10 org..we are kinda close to each other la..kalau boleh hari2 pegi sekolah..betapa shiookknya life dkt skool..ok thats it,adios~

4-alhamdulillah. sy senang dgn komen2 adik2 semua. sy dulu penah belajar di ting.6. skrg sy pensyarah di universiti tempatan. sy syukur sy berpeluang belajar lg sehgga skrg utk phd sy pula. sy setuju dgn pndg adik2 bhw ting.6 bukan lah teruk tp ia juga adalah satu pintu utk kita dapatkan ilmu pengetahuan. Allah menyediakan bnyk pintu rezeki kpd kita. cuma pintu setiap org berbeza-beza. jika ada hanya 1 pintu ...alamatnya mati sesak la kita bila terpaksa berpusu2 masuk dgn org lain. Apa yg penting ialah cara mcmana kita mendapat ilmu dan bagaimana pula kita memanfaatkan ilmu tersebut. Saya mendoakan agar adik2 semua berjaya! 

Sbg pensyarah, sy dapat bandingkan pelajar lepasan matrikulasi dan pelajar dr Ting6 dan diploma. pd pengalaman sy, pelajar ting6 dan diploma lbh berpengalaman dan lbh menghargai ilmu berbanding pelajar matrik. Pelajar lpsn stpm dan diploma biasanya dpt menyelesaikan tugasan dgn baik dan matang berbanding pelajar matrik.

Namun, yg paling penting kita kene ikhlas dlm mencari ilmu. Teruskan usaha mu okay!

salam

5- nk tgk byk2 tekan sini okeh?


tapi ni pendapat aku jelah.tapi aky aku still nak tanya pendapat orang yang lebih berpengalaman .sebab kwn2 bie rabbit blja kat poli engku omar tu pon byk tak dpt u. so aku pulak jenis tak berani amek risiko.aku takut tak dapat bawak..
dan aku still tertanya2 . susah tak MUET ??



pape pon SELAMAT KEMBALI PAKAI UNIFORM !

haha