nuff

jangan click !

poll

depan rumah

nuff

Friday, October 29, 2010

aku baru mula nak bertatih menulis cerita =P



cinta yang ikhlas tak mengenal erti kesilapan pasangan

hari ni aku berjalan jalan dalam facebook. mcam mana la gaya berjalan dalamtu ye ?
tengah explore satu satu friend aku, terjumpa satu artikel ni. cerita dia sangat sedap.bagaikan ingin dimakan digigit . heh. . credit kepada sape yang tulis cerita ni.



Aku dah kawin skarang. Bini aku memang baik sangat2. Tapi dia x seperti yang aku expect masa kami belom kawin dulu. Masa belom kawin, aku tengok dia memang sorang yang pendiam je, jarang gile cakap ngan laki. Member2 mmg puji la cara dia. So memang susah jugak aku nak cuba tegur dia masa tu.. segan dowh. Memang obvious lah kalau aku tegur. Tapi aku suka dia macam tu, so xde la cemburu sangat sebab dia jarang borak2 ngan laki..

Cantik? Memang la, kalu x aku comfirm x sangkut punyer. Haha. Cantik pada mata aku la. Member2 pon ade yang cube usha. Sori le dia nak layan. Haha. Memang market. Last2 aku yang dapat, memang rasa bangga giler. hehe..

Eh, dok ngumpat2 pasal dia, lupa lak nak kasi tau nama. Nama panggilan dia Ara. Nama betol dirahsiakan.  Hoho..

Aku usha cara yang leklok la, gi jumpa bapak dia dluu. gentlemen beb! Slow talk ngan bapak dia. Err, bapak dia nama Marzuki.. Bapak dia ni jenis sound direct rupenyer.. Pergh, mmg kena kutuk kaw2 la gua. Sebabnya, bila dia tanya kenal x anak dia? Gua cakap x sgt. Bapak dia tanya lagi, nape nak kawin ngan anak dia? Gua cakap sebab minat. Minat sebab ape? Gua cakap x tau.. Habis kalu x dapat anak dia? Gua cakap nak jugak! Bapak dia sound la, “ko ni, cane ko nak kawin ngan org yang ko x kenal? Gua jawab, lepas kawin la saya kenal dia pakcik.. pastu sengih2.. pastu bapak dia diam.

Masa tu rasa down gile. Bapak dia cam tolak mentah-mentah je proposal aku.. Ke dia saja nak uji kehebatan cinta aku?? Huhu.. Time tu aku dh terpikir nak usha calon lain je. Aku memang ade lagi sorang yang aku suke. Haa yang ni gua memang kamceng giler. Yang ni pulak nama dia Ika. Gua memang selasi lah ngan minah ni. Haha.. Tapi last2 orang lain gak yang gua pinang.

Hari keputusan proposal aku akhirnya tiba. Kputusannya.. jeng3.. x spt yang aku jangka. Haha. Aku ingat kena reject, satgi family diorang terima. Warghh happy giler. Alhamdulillah. So, memang sah la takde jodoh aku ngan Ika. Time aku bgtau Ika aku nak kawin, dia accept je. Kejam gile aku. Dia kata semoga aku bahagia.. lepas tu kami dah x jumpa.

Lepas akad nikah, kompemlah aku sebagai laki Ara. Happynye aku Tuhan je tau.. kat rumah.. dia macam biasa, cool je.. Tapi cool semacam la pulak. Sepatah aku tanya, setengah patah dia jawab. Kalu aku x buka mulut, memang x berbunyilah rumah kitorang.

Ara taklah ‘bisu’ sangat. Kadang2 dia bersuara gak.. Tapi bagi aku yang jenis suka cakap banyak ni, Ara bukan jenis yang boleh bawak borak sangat. Bila aku cakap pasal something, dia macam blur... Macam x supportive sangat. Last2 aku dah malas nak borak.. oh boringnye..  Yang dia tahu cuma tunjuk baris gigi dia ja.. sengih. Cam yg aku buat kt bapak dia dulu. Psycho seyh..

Nak jadik lagi tensen, aku ni jenis perokok sederhana tegar gak la. Tapi bini aku pulak mmg cam fobia giler ngan asap rokok. Bau nafas aku yg bersisa rokok pon, dia mesti batok.. x bau rokok pon dia dah selalu batok. Uhuk3 gitu.. Sebab sayang bini, makin lama makin kurang aku merokok..  kalu gian sangat pon aku merokok time kat ofis je.

Bini aku keje hospital, bahagian obat-obatan.. Aku lak xleh bau ubat, mesti pening kelapa.. Hari2 aku yang hantar, ambik dia gi spital. Time ambik dia balik, mmg hari2 lah baju dia bau obat dalam kete. So aku akan slalu bukak tingkap, nyaman sket..

Ada satu hari tu, masa hujan lebat. Xleh bukak tingkap kete, aku dah mmg pening-pening lalat dah.. Bau ubat.. Dengan poor visibility lg, kami accident! Langgar bontot kete orang depan. Kat spital, doktor kata bini aku keguguran akibat kemalangan tu. Hah??

Rupanya dia mengandung dua bulan.. Ara sendiri pon x tahu.. Ya Allah!!

Lepas kejadian tu aku terus suruh Ara benti keje. Dok rumah je.. Aku dah korbankan rokok aku, so dia kena korbankan keje dia. Aku dah x tahan bau ubat!! Aku sorang keje dah cukup sara idup kami!

Dekat setahun kami kawin, Ika tiba2 datang, dia kata masih sayang kat aku, nak aku ambik dia jadik bini no. 2.. Dia sanggup..

Alamak ni dah angau betol.. Padahal aku baru je kawin. Mungkin Ika yakin yang kami sangat serasi dan saling memahami, so dia berani propose kat aku. Then aku teros terang je la, aku cakap kat dia, yes aku memang x kamceng mane ngan bini aku skarang.. And banyak benda yang kami xde persamaan. Ara memang x banyak bercakap. Kalu aku cube buat lawak, dia macam x tangkap je. Sedih tol.. X pandai nak borak. Kalu jumpa member2 aku lagi le dia sunyi sepi. Dah le hari-hari dia suka masak benda yang sama.. Jarang la dapat makan yang lain sket. Kcuali makan luar. Itu pun dia akan order benda sama je.. Haha macam tu la bini aku.. Lucu lak..

Tapi kami masih cuba memahami hati budi masing2.. Aku cuba biasakan diri ngan bau ubat2 kat baju2 Ara dulu, cuba brenti merokok waktu awal2 kawin dulu.. Ara plak dh x keje, dah cuba belajar masak benda2 lain (jarang la menjadi).. Aku bagitau Ika, rumah tangga kami bahagia. Aku xleh menduakan dia.. Aku memang sayangkan dia. Ika terpaksa terima hakikat tu. Itu mmg last kami jumpa.

Kini, kami dapat rezeki sorang anak, dah besau, dekat 4 tahon la.. tp dah pandai mengaji sket2. Semua berkat kerajinan bini aku. Bab2 agama, mengaji sume dia mmg bagus. Anak aku Hafiz, memang dia train elok2 ngaji alQuran.. Alhamdulillah, semoga esok2 dia jadik anak yang soleh. Bagi aku itu la investment yang sangat2 menguntungkan!

Tapi sebenarnya dalam tempoh tu, kami x seperti pasangan yang lain, kot. Makin hari aku makin bosan ngan rumah tangga kami. Ara memang suka menyepi, jarang borak panjang2. Aku pulak suka keluar lepak ngan kawan2. Makin lama makin jarang aku duduk rumah. Lewat malam baru balik, bini dah tido. Esoknya pagi2 aku dh kena gi keje.. Dalam tempoh tu jugak, aku sebenarnya asyik keluar dengan sorang ofismate aku. Nama dia Lisa. Budak baru kat ofis aku.. Berbekalkan muka yang agak ade market ni, dia macam sangkut lak kat aku. So dialah yang slalu aku ajak kluar malam, teman aku borak2, kadang2 sampai pagi!

Aku sedar aku seolah2 mempergunakan dia untuk hiburkan hati aku.. Teringin nak kawin ngan dia, takot kecik hati si Ara pulak.. Dengan Lisa la tempat aku luahkan perasaan, kadang2 gadoh, kadang dia tercarut2 siap kat aku. Pastu minta maaf, dia kata tersasul.. Tapi aku mmg terhibur bila dok ngan Lisa. Bini aku kat rumah, dengan anak aku jarang sangat aku luangkan masa.. 

Ara sedar akan perubahan aku dari hari ke hari. Dia mula sedar aku ada pompuan lain. Satu hari dia bagitahu, dia izinkan kalu aku nak kawin lagi, tapi mesti dengan wanita yang elok2, sebab dia tak mahu pelajaran Hafiz terganggu. Aku pelik, apa kaitan??

Dan aku terfikir, Lisa tu wanita yang elok ke? Pakaian hari2 kompem ketat, make up kat muka 2 inci macam xleh kena air, x ambik air semayang ke? X semayang ke? Ke cuti sepanjang tahon?!

So aku postpone dulu hajat nak kawin ngan Lisa. Terfikir lepas kawin boleh nasihat kot sikit2, tapi time bencinta pon asyik lawan ape aku cakap. So sad!..

Ketika perkahwinan aku ngan Ara mencecah 4 tahun dulu, rumahtangga kami ditimpa dugaan yang maha besar. Ara mula jatoh sakit, batuk dia makin teruk, akhirnya masuk hospital. Dan saat itulah baru aku diberitahu, Ara mengidap penyakit barah tekak. Ya Allah!!

Doktor bagitau, Ara dah lama senarnya kena barah tu, penyakit yang akan buat dia slalu batuk, dan trpaksa menahan sakit bila bercakap! Aku rasa bagai kena tusuk dengan anak panah yang tumpul bila dengar benda tu!! Patut la Ara jarang sangat bercakap. Kenapa dia x bagitau aku??

Doc tu cakap lagi, penyakit tu makin lama makin teruk, dan bagi effect kat jantung. Sebab pernafasan dia selalu kurang dari sepatutnya. So jantung jadi lemah.. So itulah yang menyebabkan Ara jatuh sakit. Jantung dia skarang makin rosak akibat barah tu.

Jadi camane dia boleh ajar anak aku mengaji? Doktor tu bagitau, memang ada ubat utk diminum sebagai pelincir dalam tekak. Tapi hanya kurangkan rasa sakit, dan ia bertahan kejap je.. Tapi Ara x boleh selalu minum sebab ubat tu sangat mahal!!

Aku buntu..

Masa tulah baru aku terfikir, kami x penah bertikah lidah, x penah gado.. Mgkin itu hikmah dia.. Tapi aku x sedar selama ni.. Aku asyik tinggalkan dia, bergembira dengan pompuan lain.. Dia pula sanggup tanggung derita setiap kali perlu menjawab pertanyaan aku. Dan x penah luahkan derita kat aku..

Jantung Ara dah lemah sangat, doktor kata mungkin Ara x dapat bertahan lama.. Aku menangis depan doktor tu puas2, wlapun doktor pompuan. Aku dh x kisah. Aku menyesal dgn cara aku layan Ara selama ni.

Dia dah bagi aku macam2, jaga makan minum, pakaian aku, ajar anak kami mengaji, mmg x penah lawan apa aku cakap, apa aku suruh..

Aku suruh dia benti keje dulu, dia ikut. Walaupon kat rumah dia tetap baca buku pasal ubat-ubatan! Dia minat sangat dengan keje dia.. Maafkan abang Ara..

Bila balik rumah nak mandi kejap, aku sempat tengok balik kenangan2 kami.. Aku belek2, terjumpa kotak hantaran masa kami kawin dulu. Ada satu kotak jam, jam yang aku pakai sekarang.. Aku terkejut bila ada sehelai kertas dalam tu. Mula2 ingat kertas resit, tapi rupanya sepucuk surat!

1 Julai 2007,

Buat suami yang baru kupunya,

Terima kasih kerana menawarkan cintamu,
Yang ku tunggu-tunggu sejak kita mula bertemu dulu,
Ara memang cinta padamu,
Dan Ara menangis bila abang melamarku

Buat suamiku yang baru kupunya,

Luaranku mungkin nampak sempurna,
Luaranku mungkin ramai yang terpesona,
Tapi diriku bukanlah sesempurna abang sangka,
Kerna suaraku bukan kepunyaan kita

Buat suamiku yang baru kupunya,

Andai abang ingin melihat Ara ketawa,
Ara hanya mampu tersenyum pada abang,
Andai abang mahu Ara berjenaka,
Mungkin Ara kan menangis dibahu abang,

Kerana Ara tak mampu berbica,
Seperti orang lain berbicara,
Kerana Ara tak mampu ketawa,
Seperti orang lain ketawa

Jika membaca surat ini akan meleburkan cinta abang,
Ara pasrah dan relakan abang menjauhi,
Jika membaca surat ini Ara tetap dihati abang,
Ara sujud sejuta syukur pada Ilahi..

Yang benar,
Isteri yang menyanjungmu.

*Ara selitkan surat ini dalam kotak jam abang, semoga abang mudah terlihat surat ini..


Berderai lagi airmata jantan aku. Kenapa aku x terbaca surat ni 4 tahun dulu? Kenapa aku x tahu penderitaan Ara awal2 dulu? Kenapa baru sekarang?

4 tahun usia perkahwinan kami, Ara beri aku segala2nya.. dan paling penting dia bagi seorang anak yang comel dan bijak. Tapi apa yang pernah aku beri kat Ara?

Mulai saat tu aku jaga Ara sepenuh hati. Hari-hari memang keje ulang alik hospital. Masuk ofis pon kjap2. Anak aku bagi kakak Ara yang jaga. Masa tu aku dah serabai giler. Sangat x terurus. Baru aku sedar pentingnya Ara dalam hidup aku.

Dalam keadaan Ara yang agak lemah, aku minta kebenaran doktor untuk bawa dia melancong. Aku nak temani dia puas2. Aku nak bahagiakan dia dalam sisa2 hayat dia. Biar dia terlupa akan derita dia. Saat itu dia menangis kat bahu aku. Sejak dia sakit kami hanya berbalas tulisan kat kertas.. dan kertas2 tu aku kan simpan sampai bila2.

Dia tulis dia x menyesal kawin dengan aku. Dia tulis sangat bahagia hidup dengan aku. Siap cuba lukis gambar orang senyum.. haha.. Ya Allah hari2 itu kami sangat bahagia. Namun Ara dah makin lemah. Aku dah x mampu tengok dia derita. Setiap kali dia nak tarik nafas, sangatlah azab pada aku melihatnya.

“Ya Allah, jika Kau masih panjangkan hayat isteriku, Kau berilah aku separuh kesengsaraannya, biar kurang kesensaraannya Ya Allah.. Tapi jika hanya kematian yang dapat mematikan sengsara isteriku, aku redha Ya Allah..”

Aku x tahu apa lagi boleh aku buat.. Aku bacakan Yaasin ditelinganya berulang-ulang, biarkan anak kami dipangkuan memeluk-meluk ibunya..

Akhirnya Tuhan menjemputnya kembali. Aku pasrah. Kesedihanku terubat bila kulihat dia pergi dengan tenang. Sempat kuajarkan Syahadah.. dan dahinya berpeluh jernih. Lalu kukucup buat kali terakhir..

Kini, hmpir 5 tahun prkawinan kami, tinggal aku dengan Hafiz, dengan helaian2 tulisan terakhir Ara..



how ?memang sedih. agak agak nak nagis tak >wuu ~ (T.T)

Wednesday, October 27, 2010

kebencian

  buat cerita ? ala..saya tak berapa pandai la..saya ni kena ada mood.kalau mood tu ada, sampai berpuluh page pon saya boleh postkan..tapi sekarang orak agak baron . sebab apa ? sebab add math ! grrr ~ geget kang add math ni (T.T) .

semalam aku pergi beli barang barang nak prepare pakai masa hari graduation day nanti. kat UKM bangi. wah , bapak semangat aku ni. heh. aku tak beli banyak mana , just selendang dengan dengan skarf . tu je pon . kasut pulak aku rembat je lah adik aku punya. haha. tak der kejadahnya nak beli high heels tu. weekss~ ehe~
beli dua menda alah tu pon da 20hinget ~ benci aku . shawl 12. menda kosong je.  skarf 8.ok la gak. uh ! ikut hati tak moh pergi (T.T)
tak pandai la nk dress up cm orang lain. dorang boleh la cun, lawa, comel. aku apa ada ? habuk pon tarak .

semalm lepas pergi tesco ,pergi the store jap. mula mula masuk je dah ada da bunyi jantan gatal miang gila ni. tersiul siul memekak kat  telinga aku ni. akak and pakcik aku selamba je. tapi aku memang pantang , bagi aku orang mcm tu tak ada adab . dah la pekerja kat situ. betul betul kurang aja la. dah luar dari tempat tu pun still wat bunyik tikus tu. huh. sekali aku pandang belakang. aku tengok je muka dia. TAK HANDSOME ok . muka dia diibaratkan duduk kat bawah matahari 24 jam non stop ~ so paham paham la apa aku nak maksudkan.

bukan maksud nak menghina ciptaan ALLAH SWT. tapi memang perangai dia macam tak da adab. ni siap gelak gelak lagi. macam kutuk kutuk kitaorang lagi. mentang mentang aku tak cantik ! ko pon tak handsome ! -____- ' / . so aku lepas aku pandang dia.. aku sound tepat bertepek kat muka dia. ala ala mak tiri gitu . oi ! mulut tu boleh diam tak ? nak bekerja ke nak mengatal ? memekak je . 




                                         

                                              takut tak  ? garang nieh ! heh.




aku punya sikap ni . aku pon tak tahu mcm ner nak cakap. yang penting aku tak suke hipokrit. orang ramai cakap aku ni lembut . lembik . tapi tak per. aku hanya senyum dan mendengar je. sebab aku je tahu sapa diri aku sebenarnya .orang boleh menilai kita , kalau dia tahu siapa sebenarnya kita ni. so aku nasihatkan, jangan judge someone tu dari luaran je ok ? dan yang paling penting . SENYUM SELALU  ! haha. nasihat yang gila skema. aku pon nak  muntah dengar eh. =P

Monday, October 25, 2010

Bosan tanpa kata , pening rasa nak tidur .

malam ni aku rasa  hening. hening ke ? baru pukul 8 p.m . hah. mata aku da lalok mcm orang ambik dadah. Eh, aku memang ambil dadah.tapi dalam kuantiti yang sikit la. nak tangkap masuk serenti ? pergi la habaq kat polis. ni amek nombor polis.999. kol cepat.tapi sebelum tu suh dia tangkap doktor tu dulu.hehe. dia yang bagi aku.siap suruh aku makan 3kali sehari lagi tu. heh. tu yang mata tangkap lentok ni (--_) ase nak membute je. heh. tak macam student pun perangai aku ni . tido , bangun , pergi skola. hadap laptop , tido . bangun . makan . heh. patut la aku bijak semacam . bila kesedaran nak menerangi aku suda. study kejap . tido lama. ush !. cm ner nak ubah ye ? -____- *sob*

malam ni aku gan akak aku nak kuar jap. teman dia lepak gan kawan dia kejap. kedai mana aku pon tak tahu .. tapi nanti nak bawak kertas past year spm B.I . agak agak.. sampai pukul berapa aku boleh tahan ? ehe. wait okeh ?

     ni spesis aku lar nieh (T.T)

hari sesi berjumpa doktor

hari isnin ni, hari malas sedunia..betul tak ?klu korang cakap tak, sila tampar muka korang lajulaju ok ?jangan nak tipu. saya ada kuasa super natural ok ?eheh. merepek pulak.
baru baru ni, perasaan nak menulis blog berkobar kobar, tapi bila berjumpa facebook, blog dilupakan. (T.T) ,sori ye my blog, but i love u lor. muahx ! hehe. bukan apa..malu dengan penulisan sendri, tengok blog orang lain mantap mantap je . jadi diri ni terasa rendah diri pulok . *sob*

badan masih tak berapa nak sihat, bila nak sihat pun tak tahulah.heh.
da seminggu lebey, perut asyik memulas je. bila nk pergi skolah lagi susa, time tunggu van la perut ni buat hal. tapi lepas pergi toilet, tak ada apa pun jadi. jahat betul mempermain2 kan aku -__- . jadi terpaksa la kaki ni yang bawak aku *sob* tak, setiap langkah dapat pahalakan ? tapi hari ni aku tak skola pon. heh. malas sikit sebab badan penat sebab semalam ada family day kat sunway lagoon . so ingat nak rehat la. tapi kena pergi klinik pulak jumpa doktor

sampai je klinik, tgk ttp. tengok jam pukul dua . takkan break lagi ? so akak aku suruh tengok notice dia tampal. upe2nya pindah kat blog belakang.nasib tak balik uma balik. kalau tak menghabiskan duit minyak je.heh.dapat number 1128. *gulp* . takpela, redha je, nama pon klinik kerajaan. singet je melayang, daripada 30lebeh tu. maceh jela. ubat pon sama je dia bagi.hehe.bukan kedekut, tapi mesti berjimat yedak ?
masuk jumpa doktor,ckp la sume apa aku rasa, then doktor tu suruh aku amek air kencing. *grr* dlu darah, skg kencing lak. dia takut ada virus kencing. pas pergi makmal, result dia normal. alhamdulillah =)
tapi  mcm2 la ubat dia bagi. huh. nak baik telan je la.

semalam family day, aku rasa tak cm family day, masing2 dok wt hal msing2. tak de pon tego tego.ahhax. apa aku kesa ? ;p. . aku just sempat naik apa tah, yang mcm ada kat fun fair tu, cawan pusing and tomohawk . betul ke tak aku eja ni ? abai kan je.hehee . separuh jugak la nyawa aku melayang naik minatang tomohawk. kuss semangat !

ni ada sikit pic aku nak share .tapi muka aku buruk ye, harap maklum (T.T) . jelez muka orang lain yang memang cantik and comel2 . *dush* !


     burung ni sangat romntic . sebelum akak aku snap pic dia, dia dok berkepit je gan couple dia.


       arnab ni sangat comel . tapi err. dalam gambar mata dia hilang plok. bulu tebal sangat ni


           yang ni, nama dia apa eh ? tapi cumel..hehehe. cm nak bawak balik je .

      yang lain semua ok je. yang tengah tu 'problem 'sikit. *sob*

 yang ni nama dia apa ? aku selamba je panggil burung garuda. haha. besar !

  aku ni pergi mandi ke pergi zoo ? (T.T) .

 ni kat bahagian rama rama. sangat cantik :) hehe. ase nak tangkap je . tapi pic tak dpt tangkap, kecik ,
jadi tangkap pic kteowg je la.haha

 eleh ~



ok . aku tak nak post banyak banyak . nak tengok lebih2 , pergi tengok kat mukabuku saya ok ? ^^.