nuff

jangan click !

poll

depan rumah

nuff

Monday, April 18, 2011

Tawaran jadi cikgu .....



Assalamualaikum.
tadi aku pening lalat segala sebab tak tahu nak ambek study kat mana.
tengah dok baring golek telentang atas katil, tetiba ada nombor tak dikenali kol . aku ingatkan cik kak dari KLMU tu kol. rupanya tekaan aku salah.
aku pon angkat la. ada suara perempuan. baru aku bersuara.kalau suara ore jante tadi memang aku letak.sebab aku sungguh annoying cakap gan orang lelaki. mesti nada tu ada miang miang.
pernah kawan lelaki aku kol,punya bosan aku nak dengar dia bebel, aku letak. hahaha. jahat gilosss.
then aku bagi macej sori line kat sini kureng sikit. tapi agaknya dia tahu kot aku memang malas layan dia. so sampai sekarang dah tak kontek. bukan kenal sangat pon.tak pon ada lagi satu trick , buat2  tidur . haha.konfem dia letak sendiri.

ok sambung pada tajuk . hape jadi cikgu??
ok sila jangan perasan la nani.. awak tu tak pandai ! grr grrr . paaanngggg !
ok lepas aku jawab kol tu, dia tanya macam2 .kira interview camtula.pas tu aku tanya kenapa tanya semua bende tu ? dia jawab sebab aku ada mintak jadi cikgu tadika. ok mmg terkejut. sebab tak sampai 24jam aku mintk dah dia kol .benda aku tengok kat komen tu berderet nak . bagi emel and number lagi. aku just bagi number. sebab aku tak berharap.
tapi rezeki ALLAH bagi. tapi yang tak sedapnya.. dekat shah alam. rumah aku kat semenyih . area kajang.
lama aku sembang gan dia. sampai pergi ke topic lain. dia cakap macam ada chemistry lak .ehem ehem. eh dia dah kawen ok.lagi pon dia perempuan. aku tanya umur dia. baru 32. tak la tua takla muda. bhahaha.
tapi dia ok la. seyez peramah .

aku tanya pendapat ada sorang hamba Allah ni. dia kata nak lari dari rumah ke ?
la.. aku kuar nak kerja.nak carik pengalaman. nape sampai cakap macam tu.
aku harap kuarga aku restula.sebab kalau aku nak sambung aku banyak dapat tawaran .tapi takde satu pon melekat kat hati aku. ada yang melekat tapi mahal.aku dari kuarga sedang2 jek. so dari aku bazir duit tu baik aku carik keja,carik pengalaman. macam akak tu citer dulu dia kerja kat mana tah aku tak paham nama syarikat tu tp management la. kerja situ 10 tahun. then dia quit and bukak tadika.
so aku nak carik pengalam cam tu jugak.boleh mintak tunjuk ajar dia nanti.
sebab tak guna jugak sijil segunung tapi kalau takde effort kn ?
lagi pun aku nak kerja yang tak buat aku serabut segala. budak kecik apala sangat.
yang buatkan aku nak, tiap2 malam akan ajar budak mengaji.serba sedikit dapat dekatkan aku lagi dengan ALLAH. sebab kadang2 je  baca al quran .

dia tanya gaji.aku malu nak jawab.sebab aku memang tak pernah ada pengalaman kerja. dia tawar 550 hinget,aku rasa jumlah tu kecik.tapi apa la sangat aku nak buat gan duit tu.aku xminat shopping.aku cuma minat dipenuhi dengan makanan ringan. bhahahaha .
aku tanya kat bie rabbit . dia kata ok.tapi dia juz risau.takut kalau benda tu tipu.
aku tak rasa la camtu sebab dari perwatakan akk tu baik je. (tapi tak tahu la hati dia)
. dia mtk bila blh dtg,then aku cakap minggu dpn.sebab nak kakak aku antakan.tapi tak tahu la dpat ke tak.
dia sanggup trun dari pucong nak ambek aku.sebab dia kata dia sgt2 perlukan komitmen org yang nak bkerja gan dia. sebab masa dia bagi segala soalan kat aku,semangat aku jawab. ohoho.
and then suruh antar resume sebab nanti dia nak anta kt jbtan pndidikn.tapi malangnya aku tak pernah wat resume. ohh losernya ~ waktu nilah encik google amat diperlukan. hikhik.
aku juz prlukn sokngan je supaya berani kena travel . :( walaupon takut2 gak,tapi sampai bila aku nak dalam takuk yang lama jekan?
tetepkanlah pendirian ku..amin..
tapi nanti kalau pergi sana.... macam mana dengan bear bear aku? kawan tidur ni . T___T
sedihnya. mungkin tak dapat bawak semua. urm.
pape pon, doakan aku dapat yang terbaik dalam hidup ni.
amin.~
semoga perjalanan hidup ku dirahmati oleh ALLAH =)

p/s : ni citer2 aku masa budak sekolah rendah.orang berangan sampai ke bulan.aku tahapni jek.hikhik

KLMU , UNISEL atau tunggu UPU ?

assalamualaikum .
heloooooo ...waktu menaip ni dengan sangat tergopoh gapah.

tadi dapat panggilan dari klmu , katanya aku diterima masuk.
tapi ramai orang cakap, tempat tu memang senang nak masuk.
erk?
tapi aku tak dapat nak ambek nursing, sebab kat sekolah dulu aku tak ambek science . rugi rugi . aku pergi ambek kimia . kang dah tersasar masuk longkang . mwahahahaa .
pendaftaran masuk 400hinget . terkedu jap aku.sebab mana nak cungkil duit tu.
aku ingatkan nak kerja dulu,dan dapat duit sendiri belajar nanti tak menyusahkan kuarga sangat.
tapi masalahnya,aku belum dapat rezeki aku..nak buat macam manakan?
aku piilih media ke pemenda nya, aku ambek kewartawanan . aku minat benda ni dari dulu lagik.
selalu soal orag macammacam nak korek info bagai. tapi problemnya nanti terkejar sana sini. tu aku tak berape gemar . sobss sobbss . tapi bab mencari info sume tu memang aku rajin.sebab aku minat.
so aku tanye pendapat seorang kawan ni,tapi dia budak UTP wei . segan gak memula nak tanya.
tapi bedal jelah,sebab si bie arnab dia ada kelas.
dia bagi cadangan ambek pngurusan , aku memang dah fikir gak dua benda ni. sebab kalau wartawan, susah nak cam dapat kerja.aku tak tahu sangat macam mana sume pasal benda yang berkaitan gan kewartawanan ( berterabur aku tulis)
pengurusan hotel lak dia macam steady je,lagi satu,hotel kat malaysia ni banyak.so peluang pekerjaan dia agak meluas.agak aku jelah.



hari tu sengaja apply unisel, sebab hari tu ada pergi sana.
tapi kawasan dia homaigooodddd . jauh ke dalam. dekat kuala selangor kot er er . tapi memang kedalam. ada pun pekan kecil je kat situ.
memang macam takde life kalau duduk sana.nak pegi merendek kalau cuti pun macam tak best.kuar pukul 11 pagi, sampai pukul 2 petang . pepandai aku jelah.hikhik .tapi hakikatnya memang kawasan dia pendalaman,kalau dibuatnya aku semput teruk,mau terkojol dah aku kat situ.sebab aku tengok ada satu clinic kecik je dalam campus .
nak balik menanges lah. KTM pon bapak jauh nak pergi.
kat sana aku dapat course science library . aku pilih menda ni sebab aku tengok ada perkataan library . bahahhaa. ceteknya pemikiran aku. (--_)"
aku tak tahu benda ni berkenaan apa. nanti mahu tanye encik google.



atau pun ..

aku nak tunggu tawaran dari IPTA je ?
tapi kalau tunggu lama lagi. kemasukan bulan julai. sekarang pon aku dah naik kertu kat rumah.
kerja pun still tak dapat.
by the way,saya tak pandai so saya taknak mohon biasiswa . sebab saya sedar diri. sobss sobss ..
tapi kalau masuk IPTS . otak kena ligat fikir untuk carik duit. sebab takkan nak mintak duit mak bapak lagi.
and memang banyak perlukan duit.




dan patut ke aku terima kolej politek mara ? DIPLOMA IN HUMAN RESOURCE MANAGEMENT  . 
HA.. cam mana ? huhuuu..
yang ni pendaftaran 250 hinget . 
sesi kemasukan 27/6/2011 . and yang lagi penting dia dekat cheras . tak jauh dari rumah aku.
ya ALLAH.. permudahkanlah perjalanan hidup ku..
amin..








so. adakah , dan perlukah .......
saya pening .

Sunday, April 17, 2011

sudah semkain nazak

assalamualaikum.

elo there. sehat ? dah makan? aku belom makan lagi,so asyik berbunyik jek la perut aku nieh.
aku ni makan pon malas. macam mane la badan nak naik . ni kurus jek. ada puting beliung aq xtw dpt slmt atau x. thehehe

lepas spm ni memang sangat sangat membosankan. sumpah kalau aku tahu pas sekolah bosan tahap nak mamp cmni jangan harap aku sia2kan saat tu.

hari tu aku ada pergi jenjalan cari kerja, mungkin takde rezeki aku lagi kot.sebab tak dapat pon.ouhhhh rejected betul aku.
duduk rumah lelama ni tension gak. tapi paling tak boleh blah waktu aku mintak keja kat kedai borong tu.muka cashier tu cam nak makan aku jek. tawla badan kau besar. ehehehhe..
kalau kau hempap aku gerenti takde nyawa la aku lagi lepas tu.

aku makin nazak plus kritikal nak keja ni. tido je lebey,makan kurang.
bosan..
waktu bosan macam ni la aku pergi kat peti sejuk amek segala atok moyang makanan yang sedap. eh nak sedap jekan? adatla.sapa nak makan benda tak sedap.
dah tersemput semput tetap aku makan askrem ni.
buatan sendiri. askerem walls yang tahap sedang tu aku amek, letak buah anggur , letak roti lalu ngap ngap ngap !


biar rupa tak menarik,janji sedap di tekak. 
mwahahaha

ok tak nak cakap lebey,sebab aku memang takde apa lagi  nak cakap.
ada sesiapa blh bagi aku keja?
T__T
serius aku sesak nafas gan kebosana dah rasanya dah sampai tahap kritikal.