nuff

jangan click !

poll

depan rumah

nuff

Sunday, July 22, 2012

tak pergi sekolah potong tangan

assalamualaikum

sekian lama tak menulis blog macam orang busy berniaga.
sebenarnya tak buat apa pun. kahkah.
semalam dah masuk hari pertama berpuasa. korang apa macam ? okeh ke ko.kalau k.o esok tanam semangat lebih sikit ye,takkan baru pukul 10 pagi dah merengek nak makan . kan ?tak malu ke budak tadika pon dah boleh puasa apatah lagi korang yang dah boleh jadi mak ayah orang .hehe.
gurau je ok. tapi memang jangan buat alasan gastrik kalau  kau kena gastrik waktu bulan puasa sahaja . memang rasa nak kena baling batu lakan?
hehee..

hari tu nani teman pakcik keluar sebab nak repair kereta dia. orang kedai tu tengah repair kita orang pon mana la boleh duduk diamkan. kami memang hyperaktif punya orang.
mula la bangun tengok-tengok kedai tu.bila dah bosan duduk balik.
lepastu pakcik dah bosan ala ala bontot dah panas sebab duduk je,dia call maksu..
ajak nak keluar lepas jemput dia dari rumah.

nak dijadikan cerita kitaorang singgah kedai kereta lagi.
memang tersenyum la orang kedai kereta tu tengok ada customer datang.tapi lepas tu mesti dia menyumpah-nyumpah  kami selepas kami keluar kedai dia.barang  mahal gila.
gila pun benci tengok dia punya harga.
kahkah.dah senget pulak.
waktu dalam kereta tu la,nani nampak pusat tuisyen dengan tema ke apa tah yang berbunyik begini.
"suntikan semangat unggul "
perghh~~ ayat dia...lepas tu maksu nani tetiba menyampuk cakap dekat anak dia yang baru masuk tadika tu kalau tak pergi tadika dan tak jadi pandai kena masuk situ.
kalau bodoh nanti kena suntik lepas tu potong tangan.
kahkahkah, orang zaman jepun pon takde sekejam tu.
apa lagi habis pucat lesi la muka budak tu sambil buat pandangan takut.

idea bagus . insyaALLAH  akan dipraktikkan pada anak aku nanti.
nantikan anak akan datang ku.



p/s ; entry macam ni pun mahu tulis ke wei?
eh suka hati akulah. kahkahkah,
kbai.

Sunday, April 29, 2012

review mederma ubat parut

assalamualaikum.

hari ni hari ahad . nani tengah melantak roti berjemkan coklat dan stoberi.
tengah-tengah malam makan benda cenggini memang akan membuatkan kadar kalori naik tapi nani ni susah naik berat badan.so bedal sajala. hakhakhak *gelak jahat*


oke habis intro yang merepek gila tu.memang failed ar buat pendahuluan ni.cis cis.
ok berbalik pada tajuk kita.memandangkan muka nani ni banyak parut jerawat jadi nani telah mengoogle segala nenek moyang dan khazanah untuk mengetahui cara menghilangkan parut.
tengah sedap cuci mata nani tertarik dengan product yang diberi nama mederma.

terus nani call afiq suruh belikan. hehe...
orang takde duit memang macam ni.suka hati limpa je main order nak tu ini.
so afiq pon belikanlah memandangkan dia sangat pemurah *bodek* .
tapi dia lupa nak tanyakan kat orang farmasi tu sama ada mederma tu ok ke idak dengan kulit sensitif.
jadi nani pon try and error jela.err betulke istilah ni ? ah lantak. haha

sampai je encek  posmen tu nani terus berlari macam kerbau . dengan baju besar gedabak ,rambut ikat tinggi2 macam lepas pregnant. macam orang gila pon ada ye.tapi peduli hape kan.
dahla hujan,lagilah macam raksasa muka nani.
huehue.
 ok meh tengok gambar benda tu camner.oh ni pic dari oven ye. sebab nak buat entry ni baru tangkap.huwhuw

kualiti kurang sebab snap guna webcam.



ini body dia



 ok . dapat je terus nani pakai ye .
sangat gelojoh tahap babun dah ni.
dua hari lepas nani pakai masyaALLAH....kulit nani bengkak. nani kalau dah bengkak ni confirm allergic dengan benda tu.
nani stop pakai.lepas tu mulala penderitaan hidup. huehuehuee..
kulit jadi kering maha dahsyat. merah macam badut dekat bawah badut. bengkak gila.muka rasa tegang nak mati.gatal-gatal dan menyakitkan hati.

macam-macam lah nani cuba guna. oat campur madulah,timunlah tapi semua tak berkesan sangat.
sedih woo..tak boleh nak kuar ikut mak dengan akak mengedik gedik nak keluar.muka kering tahap babun.
pakai apa pon muka jadi macam apa tah.tsk tsk :(

waktu malam nani pergi pakai krim malam. ha dapat kau ! esok muka jadi macam pakai botox.gilala.
aku tak dapat bayangkan muka orang pakai botox tegang tegang nak mampus ni.

so decide pakai pelembab je. yes pelembab kesayangan !! simple.

ini kesayangan number dua.



 pakai pelembab simple ni dia kurangkan bengkak muka nani.
masa hari isnin tu nak tak nak nani kena jemput adik nani balik dari kls tmbhan dia.
muka merah jangan cakaplah.kalau korang tengok citer 4bia yang permaisuri mati sebab allergic tu muka dia merah-merah cam gitulah nani.
sampai ada minah tu usya nani tak lepas. langgar kang tanggal bjik mata tu. hahahaa.
jadi nani drive satu tangan je sebab satu tangan lagi tutup muka dengan selendang.

oh lagi satu bedak ubat anti resdung tu pon ok.dia kurangkan bengkak and merah jugak.so suka !!

from google.

tapi semua tu tetap tak dapat nak ubatkan kulit nani yang tah macam apa tu.
sampai pelembab tu dah nak licin dah. tskkk tsskkk :'(

and waktu ni nani beli balik dalacin t. uh uh my hero.sebab dulu pakai cosmoderm yg anti jerawat tu kulit meradang cam ni jugak.tapi beli cepat takde seteruk macam pakai mederma.kulit mengelupas.sampai ada kesan kat dahi sikit.jadi cam hitam .tapi takpe benda tu cepat hilang.bukan macam parut jerawat..benci !
sampai nani kena pakai madu kat muka urut pelahan-lahan tanggalakn kulit mengelupas tu.pedih taw :(

kecintaan saya.


terpaksa beli baru sebab yang lama dah habis.cinonet sangat !nasib mujarab.
afiq dengan kak zoey zau yah suruh pergi klnik ambil ubat.tapi taknak sebab malas and malu.
oh i love you dalacin t !


semua gambar malam ni.hodohkan tak mekap.




ok.tu sahaja untuk review pasal mederma.
taubat tak pakai lagik ! letak kat kaki and tangan je kalau ada parut.
hakhakhak.

hai saya memang tak lawa.edit je bolehla ! jangan histeria tengok muka ini ye.
muka dah nak bobom pon !


ada rezki and panjang umur kita jumpa lagi.doakan saya. ^__________^
assalamualaikum.

Tuesday, April 10, 2012

berfikir tentang kematian

assalamualaikum.

semua orang pasti akan mati dan akan rasa macam mana sakratulmaut tu datangkan ?
kalau kita dapat rasa sakit masa sakratulmaut tu sekarang,nescaya kita yang akan menangis mengenangkan diri kita nanti.

nani selalu berfikir kematian. pada mulanya benda ni sangat2 menganggu kenteteraman nanila.sebab jadi takut je rasa.
tapi percayalah setiap apa yang berlaku dan akan terjadi semuanya mempunyai himah dan sebab menusabahnya.
dengan memikirkan kematian ni nani sedar yang dunia ni kita duduk tak lama.
yang kekal abadi di alam barzakh tu je nanti. antara syurga atau neraka. (nauzubillah)

tadi afiq pergi ipoh bawak tokcik dia jumpa besan dia sebab dah nazak.sampai je dah meninggal.
inalillah..dari dia kita datang..dari dia juga kita pergi. :")
baru baru nipon sibok and kecoh pasal sorang arwah ni. yang mengatakan mak dia bermimpi arwah mintak tolong padamkan gambarnya yg tidak menutup aurat.
nani tengok facebook dia.dan ini menjadi pengajaran buat nani untuk jangan mendedahkan aurat.
allahuakhbar..
usia dia sebaya dengan nani dan ini membuatkan nani makin rasa takut kerana dihambat dengan perasaan dosa-dosa yg dilakukan. baru 19 dah pergikan.
ajal maut ni tak kira umur tak kira usia.

nani pon sekarang tengah memperbaiki diri kearah yang lebih baik.
mudah2an . :")

hina sangat rasa diri ni dengan dosa2 yang dah dilakukan.

jangan fikir kiamat nak dekat baru kita nak tutup aurat sebab akan ada yang mengatakan bahwa lambat lagi kiamat.
tapi tahu tak korang yang paling dekat dengan kita ialah kematian ?

semoga kita semua selamat dunia dan akhirat.

amin :")

Sunday, April 8, 2012

tips untuk kulit bermasalah dan berjerawat

assalamualaikum

tajuk macam tak boleh nak panjang je lagikan?
mwahahahaa...
ok kalau siapa  yang kenal nani tu,dorang akan tahu macam mana keadaan kulit nani.
nani ada banyak bekas parut jerawat and ada jugak yang berlubang.
jerwat tumbuh lepas nani chicken pop. bunyi sedap je macam makanankan.
hahaha. tapi sebenarnya tu penyakit. jangan meleleh lak air liur korang.
bluerkkss


ok mari masuk kepada isinya selepas pendahuluan macam hape pon aku tak taw.
nani ada jumpa satu blog ni. dia cikgu kot.tapi nani dah lupa.
dia tulis dia pon ada masalah parut berlubang ni.so nani tertarik nak baca.
dia syorkan satu product ni yang memang BERKESAN !
nampak tak betapa berkesannya. hehe

nani pakai dah hampir sebulan dah. memang rasa ok.
oh dia krim malam taw.
memang tq sesangat la kat akak tu walaupun harga barang tu agak mahal bagi nani.
nak credit kat blog akk tu tapi pemalas yang amat.
huhu

nama benda tu LOREAL WHITE PERFECT transparent rosy whitening.


nani terpaksa pakai and cari macam mana nak pulihkan kulit nani.sebab nani terlanjur guna product local yang salah.
terpengaruh punya pasal la.dah la cinonet gila benda tu.hihi
tapi tak berkesan pada kulit nani jelah ye.
tak tahu pulak pada korang.sebab masa nani pakai kulit nani jadi meradang and merah-merah.tapi bukan jerawat taw.
dan nani sangat pandai sebab nani picit and timbulakn jerawat balik sebab ingatkan ubat itu elok
huawaa..
susah la kulit super sensitif nak mam ni.

nani pakai dalacin T sekrang.tapi dah habis.ok lah..dia keringkan jerawat and hilangkan merah tu.
yeay ! tak mampu oh nak beli.
harga 30-38 gitula.

my hero !!

untuk pencuci muka nani pakai jenama simple.harga pon rm19 keatas la.wuuuuu T.T
facial wash,toner and moisturizing .
sesuai untuk kulit super sensitif !
ehh .tu bkn korek tlnga ok.tu buat untuk bbir -.-

dalacin t,toner simple,facial wash simple,moisturizing simple,vaseline ,loreal,bedak berubat (jrg guna),bb cream garnier (jrang guna)


that all!!! 
sorry panjang pulak entry ni..

till then ! assalamualaikum 

nak menangis

assalamualaikum

tolong nani boleh tak..sekarang ni nani takut sangat nak tidur.
sebabnya kadang2 nani mimpi bukan2..macam mimpi nak kena mandi masa matila,mimpi arwah atok la..tak boleh bangun tidur la.
ni jadi lepas nani ada rasa berdenyut kat sekita pusat.kat tepi2 la.bukan kat pusat betul.

lepastu nani pergila google sebab apa.dan2 terjumpa pasal  100 hari sebelum kematian tu.
since baca tu rasa macam ada je ciri2 tu.
but the problem is tu ciri2 40 hari. sekarang dah lebih pon.
penah jugak berdenyut kat tengah dahi ni.
ada yang cakap benda tu tak sahih.
entahla nani tak taw.

dulu masa pergi pusara arwah atpk, ada tengok pusara sebelah dia tu. gaduh dengan adik pasal umur orang tu meninggal.
bodohkan nani ?
malam tu nani main2 tangkap gambar tengok2 macam ada bertelekung kat belkang kerusi tu.
allahuakhbar..terkejut sangat2...
tapi tenangkan hati,tengok2 ada sweater ayah kat situ.

then since dari saat tu nani jadi penakut.
hmmm.
dunno sampai bila nak jadi cmni.
:"( help me

.

masa balik ipoh hari tu ada main2 piano dengan akak music macam hantu.
then mak buat mengilai.nani rakam la
dengar2 ada suara mengilai lain.mengucap panjang
yaALLAH.....semangat nani  sekarang lemah sangat

walau apa pon nani anggap ni ujian ALLAH... dan nani harap ada hikmah pada setiap perkara sekrang ni.
astaghfirullahalazim...

 :"))) :"((

Saturday, March 17, 2012

saya guna naturactor . best !


assalamualaikum.

hari ni nani nak buat review pasal satu product yang nani beli online ni
.sementara tunggu cerita adnan yang asyik sempit ni tak habis mendownload.dua jam dah ni.rasa nak cekik je internet ni.
so disambungkan cerita,
nani beli kat facebook je.nama kedai tu naturactor borong jepun.
korang cari la dalam facebook tu.gerenti dapat jumpa .sebab barang ni sangat-sangat laku.
ni link dia ok.dia memang ori ! nani suka,hehee  tekan sini

untuk pengetahuan korang nani tak dibayar sama sekali taw untuk promosi barang ni.hehehe
nani hanya suggestkan untuk para gadis *cewaahh*di luar sana yang tak tahu macam mana nak
sembunyikan cela kat wajah korang tu.
sebab nani pun banyak sangat sangat sangat sangat kuasa limapulohkali bekas jerawat dan chciken chop eh pop kat pipi kesayangan ni.. haha.

porduct ni keluaran meiko.dia dari jepun.
dan nani ambil masa yang lama ye utk research ni benda ni ye.
takut terbeli yang tak ori.dan setahu nani yang china pon ori tapi tidak dijual dalam satu satu kotak !
melainkan dia yang dari jepun punya.

yang ni naturactor original dari jepun dan dijual dalam satu kotak


yang ni ori  china

foundation ni tak berminyak !
sangat sesuai dengan muka nani yang menternak minyak ni.

first time nani guna walaweeiiii .. putih gila.haha...
tapi lama-lama dia sebati dengan peluh dan kulit jadi lawa .


gambar atas ni contoh nani pakai naturactor ni .tapi nani tepek dengan 171 yang warna hijau tu sebagai base dan kurangkan merah.
nani terpaksa beli sebab nani ada tersalah pakai produk untuk skincare .
tapi sebenarnya takde hijau atau base pon tak pe.tak ada beza sangat.huehueee :p


cara cara nak pakai dia pon sangat senang !

1. cuci muka elok-elok ,tepek toner.
2. pakai pelembab . nani guna jenama simple .best !tapi bagi meresap dalam kulit dulu taw.
3. lembabkan span dan sapu pada krim dan ditepekka di muka.

edit bagi effect pink and sweet. hehe :p

till then :)

19tahun genap !

Assalamualaikum. 

dah lama tak menulis ni nani rasa sangat-sangat kekok pulak..bila tulis rasa macam "eiii...hodoh betul gaya penulisan nieh"
ok mari abaikan.
nani nak tanye ni...
korang korang, birthday korang bila eh ?

nani isnin hari tu. 12 march. 
pejam celik je tengok-tengok dah besar panjang nani ni. ini dah boleh nak kawen dah ni.hahaa ;p
tapi tahun ni kebetulan hari isnin tu nani and sefamily pergi ipoh.duduk sana kejap lah dalam empat hari.
so tahun ni ayah nani punya turn la pulak beli kek ^^,v

tapi mungkin disebabkan ayah nani ni lelaki,so dia tak  pandai nak beli kek yang sesuai untuk umur anak panjang dia ni. sebab dia beli kek design labah-labah.
bukak je kotak kek tergelak terus. tak baik betul :p
 lalalalalaa

;p

tapi bersyukur la sebab ada jugak orang sudi nak belikan kek lagi.
dan pada tahun ni nani tak letak lilin ye,sebab nya korang cari la sendiri.huehuee :'D

hadiah pulak mak nani bagi skirt and baju. 
makin tua ni makin minat pulak pakai skirt.sebab bagi nani pakai dia sangat simple.and yang penting tak ikut bentuk kaki macam kita pakai jeans.
tapi pastikan lah skirt tu panjang taw !

muka birthday girl  yang T.T

ok. till then  ;')