nuff

jangan click !

poll

depan rumah

nuff

Thursday, December 23, 2010

jamuan kelas *tata all*

entry kali ni aku nak muatkan dengan gambar je. gambar pon bakal di songlap kat facebook kawan aku.muahha.mula mula merjauk tak nak datang , alih alih datang gak.
err sori lambat dua jam ok ?
;p


ni budak budak kelas paling sempoi . kenkadang tak kering gusi .
*boys 5sc3 * ;)
cepat cepat ! mana menjadi pilihan hati ??

=p


kenal budak budak ni *cis budak ? * baru dalam tahun ni. so far diaorang bestt ! takde yang bajet bagus mcm disana. tuttt !

aku yang mana ? haa... agak agak ?

ceria . yang sorang tak sabar nak melahap.


haku tak merasa pun spageti tu .
(T.T)

akmal (belah kanan) menang. kecin si belon kuning tu . taknak meletop.sama macam tuan dia. degil ! muahahaha

kenangan terindah
*ceeewaahh ! *

ni anugerah budak paling pandai dalam kelas ni. happy je memanjang pinjam jap otak kamu boleh aaina ? hehe

anugerah pelajar paling cun.
ermm. aku tak suka dia nieh . sape tah
hahaha
=;p
 
anugerah budak paling handsome ! cewaahh !
thiben . sorry klu salah eja.

budak paling pendiam .
akil .
;)

pelajar paling over. hah ! sesuai la dengan kau !!
haha

aisyah and aaina ;)

amalina with . ish .malas sebut nama budak sorang tu . 
;p

tu jelah aku dapat curi . haha. sebenar benarya pamlas .kan kan kan ?
muahahahaa

btw m sabtu ni kena tolak ipoh balik. ayah sakit. ttiba tiba heart attack and diabetes . ermm.
doakan cepat sembuh ok?

;)

Friday, December 17, 2010

lu dengki apa pasai sama gue ?

lu kan.. betoi betoi buat wa bikin mau gosok lu punya muntot sama air belacan ooo . 
gua tada bikin pasal dengan lu maaa. tapi lu bikin gua manyak HOOTT ! . lagie hot dari itu kehepci .
sama sekalang ooo ... lu talak mintak maap pon sama guaa..apa salah gua sama lu yang lu hentam hua punya hati ? lu punya mulut manyak buusuukk oooo. 
*prootsss* nah li adiah dari gua .

lu tahu tak , lu suda bikin gua banyak malu maa. kalau ikut hati gua , lu punya badan sama lu punya mulut suda berkecai dengan pemampor sedas tangan gergasi gua ni. 
nasib baik dalam surau . mahu menunaikan solat berjemaah . lu talak boleh solat duduk diam diam maaa. dalam surau pon maceh mahu ketuk kutuk olang lain. haaiyaaa. dengki la lu punya hati .

gua tahu la gua tak hot macam lu. tapi lu lagi la tak hot langsung . hahahahaa.
gua taw gua talak cantik macam itu datuk siti nurhaliza ma.. tapi gua secantik rozita che wan . so apa lu punya msalah ? cakap belakng bontot gua aja maa lu berani . sebab waktu tu lu belakang gua . 

(T.T) 
ni nak nanges ni ..

aku tahu la kau pandai sikit dari aku, sebab alu lagi banyak pandai dari kau . tapi tak payah la kau nak memperendahkan aku walau pun kau lagi bantut dari aku . 
aku bukan rapat pon dengan kau ,mulut kau macam budu sangat kenapa?

aku ingat lagi kata kata kau tu. 
dahla tinggi , kurus pulak , muka berjerawat . benci betul aku tengok muka dia . 

yang kau bermasalah sangat dengan aku kenapa ? memang la aku tinngi . tak sebantut kau . memang la aku kurus . aku tak mintak duit kau pon makan kan ? janji aku tak sebantut dan segemuk kau yang macam da beranak sepuluh . at least aku putih dari kau kan ? bukan aku nak hina kau . tapi kau lagi la terlebih lebih " kekurangan " jadi asal kau tak cermin diri dulu sebelum kutuk aku ? aku pon sedar aku macam mana. tu sebab aku tak cari pasal.. ingat la manusia ni takde yang sempurna,
an biar aku berjerawat dari kau yang ada mulut ala ala donald duck !
 tak payah la buruk kan kekurangan aku kat orang lain. siap tunjuk tunjuk lagi aku dengan jari gemok kau tu. 
HUH !
da beranak nanti bertambah di pam pam gak badan ni. wahahahaa.
pada kau . LANTAK KAU ! .




Thursday, December 16, 2010

cuti yang membosankan



Assalamualaikum . korang baik ? sehat ? da makan ?
baik tak aku tanya semua ni kat korang ? aku taw aku baik . terima kasih daun keladi =)

aku rasa tajuk aku kat atas kurang sesuai. sebab aku bukan cuti. tapi tepat dikatakan bahawa aku seorang penggagur yang masih baru bertapak. kenapa masih baru ? macam korang tak tahu. aku kan budak lepasan SPM . ^.^ V . hahaha . perlu ke bangga ? tak perlu la kan . sebab maksudnya sudah tua. bukan student lagi nak buat perangai macam beruk tu . kena la aku control sekarang suara aku . tak boleh jerit jerit da . tak dapat latih vokal lagi ;p

dalam masa kebosanan ni , apa yang aku reti hanya melantak. takde keja da.
malam hari tu aku download id mobile . kira sume im dari segenap myspace , facebook , ym dan segala galanya dapat chat . dah aku bosan . spe yang tegur aku tegur la balik .
dan dan budak si dari pakistan tu jugak yang tegur aku . da la bahasa inggeris aku macam haremmm . aku bantai je la. tak suka kau jangan la chat kan ? *mauahaahhaha*

dia tanya ada facebook x. aku jawab je la ye.  lepas di approve kan makin galak dia nak berchatting . kepala aku mula naik bosan . bosan . bosan. kalau muka cam messi xpe jugak !
             \ (--") /  . surrender . jangan kacau saya lagi .

sekarang gigi da buat hal . tu la padah asyik makan keropok and candy setiap masa. walaupun di jamban . haha. ok tu tipu .
kepala da berat . kena hujan .haisshh . kenapa la antibodi aku tak kuat . kuar 3 hari brturut turut da kena telan  2 bijik panadol . hati sakit , sebab anak aku basah . ;((  . anak aku c bucukmasam tu . =)) .
k la. bosan da. apa kesudahan nanti ? aku pun tak taw. ahad da balik selangor balik .
sayonara . bai bai .

Monday, December 13, 2010

aku tak dapat sekolah lagi. tolong aku !

Assalamualaikum . 
heellllooooo uoollss.tetiba aku rasa rindu yang amat nak mengupdate blog ni. walauuuuu pun xde orang nak baca, xpe r.. aku redha dengan nasib aku. sekali tiup blog aku ni terus terbang tak nampak bayang.
sobb sobbss .
niat aku nak menulis blog ni sebab aku terasa bangga. bangga aku da habis paper.. hek eleh.. tu pon nak bangga kan ? apo kono lar budak sekorr ni. tapi pape pon aku tetap nak senyum.. senyum lebar gitu. ala ala berok yang dapat bunga. muahaha..
dada rasa lapang gila. tapi aku mmg tak pernah rasa tension pun. sebab kalau aku study tak masuk, aku tutup buku, lalu edisi beradu dimulakan. ha ! senang kan? ikut la tips ni.. takkan menyesal. tapi jangan tidur tak bangun2 pulak.. kang lain jadinya. tak koma ko mati. kankan?


last paper perdagangan, boleh tahan, tapi tak taw la aku dapat A ke idak. (T.T) . masa tak cukup. kalau aku dapat tangkap masa ni, aku simpan dalam perut aku ni. tak dapat kau lari da, ;D
rasa nak menangis. tapi aku tak rasa pulak wujud rasa tu dalam hati ni ha. haii hati.. kenapa la berat sangat kau nak menangis ? sungguh keras ini hati. tapi tak bermakna aku tade perasaan kan ?
sape sape yang dapat PLKN tu .TAHNIAH !  kahkahkahkahkah..
sape sape yang hambek subject chemistry tu , takziah bebanyak. dituju gak kepada diri aku. benci la . kenapa aku p amek subject tu?
apa, kau ingat otak ko tu expert sangat (T.T) . tapi aku ada alasan baik ok. saya baru amek tahun ni.. mana nak catch up sangat =) .
hahahaa. terima kasehhh alasan .


 meh layan gambar akhir akhir sekolah ni ;)
credit pic to aaina nadia . ;))

                               tetiba rasa putih dalam picture ni ! hahahaa..



                                     si kiri m alyn . dia sgt happening . sampai kekadang aku rasa pening .
                                        si kanan ct. dia dia dia.. haha. siti la. apa lagi ;)





  . habis je sekolah gerak ipoh. sangat lega sebab dapat berjumpa dengan encik mucuk saya . hehe. *gedik jiwang sebentar*.  tapi dalam junpa ni rasa sedih + happy . gembira kerana berjumpa dengan si encik mucux, bersedih kerana dia smbung degree at johor. johor -> selangor . jauhhhh ! naseb takde da smbung kt jepun tu,. kalau taakkk ! ..........




                     blog ni takkan berseri jika takde gambar aku. muahahaa

                       
                                                  da tade idea.  terhd betoiii pemikiran aku ! hhaa
 bai bai .

Saturday, November 20, 2010

ciri ciri orang yang menyayangi mu

Dalam kehidupan, kamu tidak sedar apa yang dilakukan oleh seseorang terhadap diri kamu merupakan satu petanda yang dia mencintai kamu. Dia tidak ingin kamu tahu secara terus daripada mulut dia tetapi dia menunjukkannya melalui perbuatan. Berikut merupakan 24 ciri-ciri yang dilakukan oleh seseorang yang menunjukkan bahawa dia mencintai kamu.
  1. Orang yang mencintai kamu tidak pernah mampu memberikan alasan kenapa dia mencintai kamu. Yang dia tahu di hati dan matanya hanya ada kamu satu-satunya.
  2. Walaupun kamu sudah memiliki teman istimewa atau kekasih, dia tidak perduli! Baginyayang penting kamu bahagia dan kamu tetap menjadi impiannya.
  3. Orang yang mencintai kamu selalu menerima kamu apa adanya, di hati dan matanya kamu selalu yang tercantik walaupun mungkin kamu merasa berat badan kamu sudah bertambah.
  4. Orang yang mencintai kamu selalu ingin tahu tentang apa saja yang kamu lalui sepanjang hari ini, dia ingin tahu kegiatan kamu.
  5. Orang yang mencintai kamu akan mengirimkan SMS seperti ‘selamat pagi’, ‘selamat hari minggu’, ‘selamat tidur’, ‘take care’, dan lain-lain lagi, walaupun kamu tidak membalas SMS nya, kerana dengan kiriman SMS itu lah dia menyatakan cintanya, menyatakan dalam cara yang berbeza, bukan “aku CINTA padamu”, tapi berselindung ayat selain kata cinta itu.
  6. Jika kamu menyambut hari jadi dan kamu tidak mengundangnya ke majlis yang kamu adakan, setidak-tidaknya dia akan menelefon untuk mengucapkan selamat atau mengirim SMS.
  7. Orang yang mencintai kamu akan selalu mengingat setiap kejadian yang dia lalui bersama kamu, bahkan mungkin kejadian yang kamu sendiri sudah melupakannya, kerana saat itu ialah sesuatu yang berharga untuknya. dan saat itu, matanya pasti berkaca. kerana saat bersamamu itu tidak boleh berulang selalu.
  8. Orang yang mencintai kamu selalu mengingati setiap kata-kata yang kamu ucapkan, bahkan mungkin kata-kata yang kamu sendiri lupa pernah mengungkapkannya. Kerana dia menyematkan kata-katamu di hatinya, berapa banyak kata-kata penuh harapan yang kau tuturkan padanya, dan akhirnya kau musnahkan? Pasti kau lupa, tetapi bukan orang yang mencintai kamu.
  9. Orang yang mencintai kamu akan belajar menggemari lagu-lagu kegemaran kamu, bahkan mungkin meminjam CD milik kamu, kerana dia ingin tahu apa kegemaran kamu – kesukaan kamu kesukaannya juga, walaupun sukar meminati kesukaan kamu, tapi akhirnya dia berjaya.
  10. Kalau kali terakhir kalian bertemu kamu mungkin sedang selesema, atau batuk-batuk, dia akan sentiasa mengirim SMS atau menelefon untuk bertanya keadaan kamu – kerana dia bimbangkan tentang kamu, peduli tentang kamu.
  11. Jika kamu mengatakan akan menghadapi ujian, dia akan menanyakan bila ujian itu berlangsung, dan saat harinya tiba dia akan mengirimkan SMS ‘good luck’ untuk memberi semangat kepada kamu.
  12. Orang yang mencintai kamu akan memberikan suatu barang miliknya yang mungkin buat kamu itu ialah sesuatu yang biasa, tetapi baginya barang itu sangat istimewa.
  13. Orang yang mencintai kamu akan terdiam sesaat, ketika sedang bercakap di telefon dengan kamu, sehingga kamu menjadi bingung. Sebenarnya saat itu dia merasa sangat gugup kerana kamu telah menggegarkan dunianya.
  14. Orang yang mencintai kamu selalu ingin berada di dekat kamu dan ingin menghabiskan hari-harinya hanya dengan kamu.
  15. Jika suatu saat kamu harus pindah ke daerah lain, dia akan sentiasa memberikan nasihat agar kamu waspada dengan persekitaran yang boleh membawa pengaruh buruk kepada kamu dan jauh.
  16. Dihatinya dia benar-benar takut kehilangan kamu, pernah dengar ‘jauh dimata, dekat dihati?’
  17. Orang yang mencintai kamu bertindak lebih seperti saudara daripada seperti seorang kekasih.
  18. Orang yang mencintai kamu sering melakukan hal-hal yang SENGAL seperti menelefon kamu 100 kali dalam masa sehari. Atau mengejutkan kamu di tengah malam dengan mengirim SMS. Sebenarnya ketika itu dia sedang memikirkan kamu.
  19. Orang yang mencintai kamu kadang-kadang merindukan kamu dan melakukan hal-hal yang membuat kamu pening kepala. Namun ketika kamu mengatakan tindakannya itu membuat kamu terganggu dia akan minta maaf dan tak akan melakukannya lagi.
  20. Jika kamu memintanya untuk mengajarimu sesuatu maka ia akan mengajarimu dengan sabar walaupun kamu mungkin orang yang terbodoh di dunia! Bahkan dia begitu gembira kerana dapat membantu kamu. Dia tidak pernah mengelak dari menunaikan permintaan kamu walau sesukar mana permintaan mu.
  21. Kalau kamu melihat handphone-nya maka nama kamu akan menghiasi sebahagian besar INBOX-nya. Dia masih menyimpan SMS-SMS dari kamu walaupun ia kamu kirim berbulan-bulan atau bertahun-tahun yang lalu. Dia juga menyimpan surat-surat kamu di tempat khas dan segala pemberian kamu menjadi benda-benda berharga buatnya.
  22. Dan jika kamu cuba menjauhkan diri daripadanya atau memberi reaksi menolaknya, dia akan menyedarinya dan menghilang dari kehidupan kamu, walaupun hal itu membunuh hatinya.
  23. Jika suatu saat kamu merindukannya dan ingin memberinya kesempatan dia akan ada menunggu kamu kerana sebenarnya dia tak pernah mencari orang lain, dia sentiasa menunggu kamu.
  24. Orang yang begitu mencintaimu, tidak pernah memaksa kamu memberinya sebab dan alasan, walaupun hatinya meronta ingin mengetahui, kerana dia tidak mahu kamu terbeban dengan karenahnya. Saat kau pinta dia berlalu, dia pergi tanpa menyalahkan kamu, kerana dia benar-benar mengerti apa itu cinta.
“Pernah adakah orang yang berbuat seperti di atas kepada kamu? Jika ada, jangan pernah mensia-siakan orang tersebut… Kamu akan menyesal melakukannya!”

HA ! apa tuu

ni salah satu cara untuk asah ketajaman mata anda. AHA ! jangan salah sangka..
lihat ok ?


how ? kalau korang still nampak lain.
korang memang otak 'biru'
wahaahahaa

pengorbanan MAMA kita

Mungkin ni cerita lama.. maybe korang da baca .. tapi aku tetap nak post.. sebab aku nak korang baca lagi. 
bukan apa. untuk sekadar menyedarkan diri kita ni.. bila masa kita balas pengorbanan dan jasa mak mak kita nikan ?
kadang kadang tak sedar yang kita wat hati mak kita terguris. (T__T) nak nages r plak.. sobbss soobsss -____-
 * sambil type sambil jilat sapu hingus*


 Semasa kita berumur 1 tahun, ibu menyuapkan makanan dan memandikan kita. Tapi kita hanya membalasnya dengan menangis sepanjang malam..

3 tahun, ibu menyediakan dan menyuapkan kita dengan makanan yang penuh lazat dan berzat. Namun kita membalas budinya dengan menumpahkan makanan ke lantai... 

4 tahun, ibu membeli krayon untuk mengajar kita lukisan. Tapi kita membalasnya dengan menconteng dinding di rumah..

5 tahun, ibu membeli kita baju raya yang baru di Hari Raya. Namun kita mengotorkannya apabila kita jatuh ke dalam lopak.. 

7 tahun, ibu menghantar kita ke sekolah. Tapi kita mengatakan dan menjarit.."TAK NAK".. 

10 tahun, ibu menghantar kita pergi menghadiri kelas tuisyen, bershopping, ke rumah kawan. Namun, kita tidak pernah toleh ke belakang dan mengucapkan terima kasih... 

11 tahun, ibu membelikan kita sebiji bola sepak. Tapi kita membalasnya dengan memecahkan cermin tingkap rumah jiran kita... 

12 tahun, ibu sentiasa menasihatkan kita agar jangan tengok tv selalu. Namun, kita tidak mengendahkanya lagi-lagi bila ibu tiada di rumah.. 

13 tahun, ibu menegur fesyen rambut kita yang kurang sopan. Tapi kita membalasnya dengan mengatakan "IBU NI TAKDE TASTELAH!!"

16 tahun, ibu inginkan dakapan daripada kita setelah penat dan baru balik daripada kerja. Namun kita membalasnya dengan mengunci diri kita di dalam bilik dan bersendirian... 

17 tahun, ibu menangis kegembiraan apabila kita mendapat keputusan yang cemerlang. Tapi kita tidak pulang ke rumah sampai lewat malam kerana celebrate dengan kawan-kawan.. 

19 tahun, ibu membelanjakan wang yang banyak untuk kita masuk universiti dan mengangkat beg kita dengan penuh rasa kasih dan sayang. Namun,kita membalasnya dengan menyalam ibu di luar dorm kerana malu nampak dek kawan-kawan..

20 tahun, ibu bertanya sama ada kita mempunyai gf/bf?Tapi kita membalasnya dengan mengatakan.."KEPOHLAH IBU NI!".. 

21 tahun, ibu bertanya apa cita-cita kita? Namun kita menjawabnya.."BUKAN MACAM IBU!!"..

23 tahun, ibu membelikan kita baju baru kerana kita mendapat kerja baru. Tapi kita membalasnya dengan mengatakan kepada kawan-kawan bahawa baju itu tidak cantik kerana ibu yang belikan.. 

25 tahun, kita berumahtangga dan ibu menangis kegembiraan dan berkata ibu sayang dan kasih kepada kamu. Namun,kita membalasnya dengan berpindah dan berjauhan dengan ibu sejauh 300km.. 

27 tahun, ibu menelefon kita dan memberi nasihat tentang penjagaan bayi. Tapi kita membalasnya dengan mengatakan "ZAMAN SEKARANG LAINLAH BU!!" 

40 tahun, ibu menelefon dan memberitahu ada kenduri di kampung. Namun kita membalasnya dengan mengatakan.."SAYA SIBUKLAH BU SEKARANG NI!!"... 

50 tahun, ibu sakit dan memerlukan penjagaan dan kasih sayang kita.. Kita balik melawatnya dengan membawa buah epal dan merungut tentang kesibukan di tempat kerja..dan segera balik ke kota..

Satu hari, ibu meninggal dunia.. Sempatkah kita membalas jasa ibu? Berbaloikah jasa ibu ke atas kita? Sedangkan kita langsung tidak mebalas budinya.. 
Sayangilah ibu sebelum dia pergi meninggalkan kita. Meninggalkan dunia, meninggalkan kenangannya bersama kita. Sedangkan dia telah pergi menemui cinta suci... cinta hakiki.. cinta teragung..




LOVE U.. ;)                                                         

Thursday, November 18, 2010

Bahan Facebook

menda ni aku men copy je kat facebook. sebab untuk pengetahuan yang lain kalau masih tak taw lagi =)
btw , selasa ni aku dah spm. doakan la kejayaan aku ye ? Semoga ALLAH SWT. melimpahkan nikmat rezki kepda korang. AMIN.

 nah baca !


KISAH MENGENAI DAJAL – HARAP ANDA SEMUA MENGAMBIL IKTIBAR SELEPAS MEMBACANYA

oleh Mohamaed Aidil Mustapha pada pada 17hb November 2010 pukul 8.31 ptg
Bayi ini bukan dajal... Sebenarnya dajal adalah seorang lelaki dewasa yang telah wujud sejak zaman Rasulullah. -Gambar Hiasan
                Berita tentang bayi bermata satu yang dilahir di Israel beberapa tahun lalu menjadi gempar. Ramai yang membuat ramalan, inilah dajal yang dijanjikan Allah lewat hadis-hadis Nabi Muhammad s.a.w.. Kemunculan dajal di akhir zaman memang sentiasa ditunggu-tunggu. Dan memang kita pun sekarang ini telah berada di satu episod akhir zaman. Tanda-tanda kecil kiamat sudah kita lihat hampir keseluruhannya, setiap hari. Hanya menanti tanda-tanda besar saja yang belum berlaku. Antaranya dajal.

                Dajal… popularnya manusia yang memiliki nama itu. Ada berbagai-bagai versi cerita tentangnya yang menimbulkan bermacam-macam persepsi. Tapi kebanyakan orang Islam di Malaysia dan Nusantara amnya beranggapan dajal adalah makhluk bermata satu melintang. Ada juga yang mengatakan bahawa dia separuh manusia dan separuh jin kerana ibunya berasal dari keturunan jin dan ayahnya daripada bangsa Yahudi.

                Sebagaimana yang telah disebutkan di awal-awal tadi, dajal adalah manusia dan sememangnya dia adalah manusia biasa. Dia bukan keturunan jin, gergasi, dewa atau apa saja yang selain manusia. Banyak persoalan yang timbul tentang dajal menjadi salah faham. Antaranya: Siapa dajal? Di mana tempat tinggalnya? Siapa keturunannya? Bila dia dilahirkan? Bagaimana rupa fizikalnya? Bila dia akan muncul? Dan bagaimana untuk mengelakkannya?


                Memang benar dajal tidak ada disebut di dalam al-Quran tetapi ia banyak disebut di dalam hadis nabi. Malah banyak hadis nabi yang salih menceritakan tentang dajal, yang menyebutnya sebagai salah satu tanda besar kiamat. Masalahnya banyak juga hadis yang palsu tentang dajal, ia menimbulkan salah faham masyarakat tentangnya.

                Menurut pensyarah Jabatan Pengajian al-Quran dan al-Sunah, Fakulti Pengajian Islam, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Fadlan Mohd. Othman, banyak hadis yang salih menceritakan perihal dajal yang lengkap termasuk untuk mengelakkan fitnah dajal.

                Katanya berdasarkan dari hadis yang diriwayatkan oleh Imam Ahmad,“Sesungguhnya dajal adalah lelaki yang pendek, badan gempal, matanya rosak (mengecut). Kalau kamu masih ragu-ragu tentang Tuhan kamu. Sesungguhnya Tuhan kamu tidak rosak matanya.

                Dari situ sudah jelas bahawa dajal adalah manusia biasa yang diberikan Allah kekuasaan luar biasa. Setiap nabi yang diutus akan memberi peringatan berkenaan dajal yang matanya rosak dan pembohong.

                Tambahnya lagi, dajal adalah manusia yang ada keistimewaan, telah hidup sejak zaman Nabi Muhammad. Dia digelar  al-Masihi ad-dajal kerana matanya yang rosak dan kebolehan luar biasanya menghidupkan orang mati.

                “Tertulis di dahinya perkataan, ‘Kaf-Fa-Ra’ (kafir). Tulisan itu boleh dibaca oleh semua orang Islam sama ada dia pandai membaca atau tidak. Asalkan orang itu mengucap syahadat maka tulisan itu boleh dibaca.

                “Yang pastinya dajal adalah manusia yang ditangguhkan ajalnya oleh Allah, sehingga suatu masa dengan keizinan Allah dia akan muncul semula untuk menguji keimanan manusia,” jelas Fadlan.

                Terdapat lagi hadis yang diriwayatkan oleh Huzaifah di dalam sahih Muslim bermaksud, “Dajal ialah orang yang buta mata sebelah kirinya, lebat rambutnya serta mempunyai syurga dan neraka. Nerakanya itu merupakan syurga dan syurganya pula adalah neraka.”


KEISTIMEWAAN DAJAL
                Allah memberikan dajal banyak keistimewaan untuk menguji keimanan manusia ketika akhir zaman nanti. Semua itu telah dijelaskan di dalam hadis sahih. Di antara keistimewaannya selain boleh menghidupkan orang mati, dajal juga ada beberapa keistimewaan. Antaranya:

                Pertama, ada bersamaan syurga dan neraka. Dajal akan menggunakan kedua-duanya untuk menguji keimanan orang Islam. Apa yang dajal berikan sebagai syurga sebenarnya adalah neraka. Dan apa yang diperlihatkan sebagai neraka sebenarnya adalah syurga.

                Kedua, dajal akan pergi ke daerah yang kemarau, kebuluran dan hasil dagangan tidak menjadi. Dajal akan menurunkan hujan di daerah itu jika penduduknya mengaku beriman kepadanya. Maka daerah itu akan kembali subur dan hasil dagangan melimpah ruah. Manakala bagi daerah yang penduduknya tidak mahu mengaku dajal sebagai tuhan, akan berada di dalam kebuluran dan kesusahan.

                Ada sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Ibnu Majah bermaksud,“Para sahabat bertanya: Ya Rasulullah, apa yang dimakan oleh orang Islam yang beriman pada hari itu nanti?”

                Rasulullah menjawab, “Mereka akan menjadi kenyang dengan tahlil, takbir, tasbih dan bertaubat. Zikir-zikir itu yang akan menjadi makanan mereka.”

               Ketiga, boleh menjelajahi seluruh pelosok bumi ini di dalam masa 40 hari dan kepantasan yang luar biasa. Sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Muslim menjelaskan, “Kami bertanya: Wahai Rasulullah, bagaimana kepantasan perjalanannya di muka bumi ini? Nabi menjawab: “Kepantasan perjalanannya adalah seperti Al-Ghaist (hujan atau awan) yang dipukul angin kencang.” Hanya dua tempat saja yang tidak boleh dimasuki oleh dajal iaitu Mekah dan Madinah.

               Menurut Fadlan, Nabi mengingatkan orang yang beriman supaya menghindarkan diri dari berjumpa dengan dajal. Malah nabi bersabda, hanya seorang lelaki dari Madinah yang dapat berdepan dengan dajal. Lelaki itu akan mengatakan bahawa kamu adalah dajal lalu lelaki itu dibunuh oleh dajal. Kemudian dajal menghidupkan semula lelaki itu. Lalu dajal berkata tidakkah kamu percaya kepada aku. Lelaki itu menjawab, “Tidak, melainkan bertambah keimananku kepada Allah.” Kemudian dajal cuba membunuh lelaki itu tetapi telah diselamatkan oleh Allah.


BILA DAJAL DILAHIRKAN
Menurut Fadlan, dajal telah ada di muka bumi ini sejak zaman nabi lagi. Ia telah dipenjarakan di sebuah pulau seperti mana yang disebutkan di dalam hadis yang diriwayatkan oleh Fatimah Qais, Nabi menceritakan tentang Tamin ad-Dari yang beragama Kristian tetapi telah memeluk Islam. Tamin pernah bercerita padaku tentang satu perkara yang pernah aku ceritakan kepada kalian mengenai al-Masihi ad-dajal.

Tamin telah berlayar bersama 30 orang anak kapalnya. Tiba-tiba kapalnya dipukul rebut dan mereka terdampar di sebuah pulau. Di pulau itu ada seekor binatang yang lebat bulunya hingga tidak dapat dikenal yang mana ekor dan kepalanya. Binatang itu yang dinamakan al-Jassasah (si pencari berita). Di situlah bermulanya dialog anataraTamim dan al-Jassasah.

Al-Jassasah: Wahai manusia pergilah kamu berjumpa dengan lelaki itu.

Lalu Tamim dan kumpulannya masuk ke dalam hutan dan berjumpa dengan manusia yang dimaksudkan. Lelaki itu mempunyai saiz badan yang besar daripada manusia biasa, dirantai dengan rantai yang cukup kuat, tangannya diikat ke leher, di antara lutut dan buku lalinya dirantai dengan besi.

Tamim: Siapakah kamu?

Dajal: Kamu akan tahu siapa aku nanti. Tapi siapa kamu?

Tamim pun jelaskan siapa dia sebenarnya dan kisah kapalnya yang dipukul badai lalu terdampar di pulau itu.

Tamim: Kami adalah orang Arab, kami sesat.

Dajal: Beritahu aku tentang kebun-kebun kurma di Bysan. Adakah ia sedang berbuah?

Tamim: Ya.

Dajal: sekejap lagi kebun itu tidak akan berbuah lagi. Beritahu aku tentang tasik Tabariah, adakah masih banyak airnya?

Tamim: Airnya banyak lagi.

Dajal: Tidak lama lagi airnya akan berkurangan dan kering. Beritahu aku tentang mata air Zughar. Adakah masih banyak airnya dan digunakan oleh penduduk untuk bertani.

Tamim: Banyak dan masih digunakan oleh penduduk.

Dajal: Tidak lama lagi air itu akan kering. Ceritakan padaku tentang nabi Arab yang buta huruf. Sudahkah dia keluar dari Mekah dan menetap di Madinah. Adakah orang Arab sudah memeranginya dan kemudian mentaatinya?

Tamim: Dia sudah keluar dari Mekah dan menuju Madinah. Orang Arab telah mentaatinya.

Dajal: Betulkah itu? Sesungguhnya mentaatinya adalah lebih baik. Aku akan mengatakan pada kamu tentang diri aku. Aku adalah al-Masihi ad-dajal sesungguhnya masanya sudah semakin hampir aku akan diizinkan untuk keluar. Aku akan berjalan di muka bumi dan masuk ke seluruh daerah di dalam tempoh 40 hari kecuali Mekah dan Madinah. Kedua-dua negeri itu dilarang bagiku, setiap kali aku ingin memasukinya aku akan diadang oleh malaikat yang di tangannya ada pedang berkilau dan tajam menghambatku.

DAJAL TINGGAL DI MANA?
                Di manakah kedudukan pulau itu pun dijawab oleh Nabi Muhammad menerusi sabdanya,: “Ketahuilah bahawa dajal berada di laut Syam dan laut Yemen… akan datang dari arah Timur (lalu baginda menunjukkan tangannya sebelah Timur).” – Riwayat Muslim.

                Kemudian ada satu lagi hadis yang menunjukkan dengan tepat dari mana dajal keluar yang kemudian disertai oleh pengikutnya terdiri dari orang perempuan dan kanak-kanak. Daripada Abu Bakr al-Siddiq, Nabi Muhammad s.a.w. bersabda, “Dajal akan muncul ke bumi dari arah Timur bersama Khurasan.” Riwayat al-Tarmizi.

                Di dalam hadis yang lain pula daripada Anas bin Malik, bersabda Rasulullah s.a.w.,: “Dajal akan keluar dari kota Yahudi, Khurasan bersama 70,000 Yahudi dari Isfahan.” – Riwayat Imam Ahmad.

                Menurut Fadlan, ketika keluarnya dajal, ramai perempuan dan kanak-kanak akan menjadi pengikutnya. Sehinggakan orang lelaki terpaksa bertindak mengikat ahli keluarga perempuan mereka supaya tidak menjadi pengikut dajal.

                “Menerusi penyelidikan yang saya lakukan juga, didapati bahawa air tasik Tabaria yang terletak di sempadan Syria-Palestin dan mata air Zughar si Selatan Syria sudah semakin berkurangan.

                Adakah itu bermakna dajal sudah semakin hampir tempoh pembebasannya. Jika benar apakah persediaan kita untuk menghadapinya?

                Jelas Fadlan, Rasulullah telah memberikan beberapa tip kepada umatnya untuk mengelakkan fitnah dajal. Perkara pertama perlu dilakukan adalah menghafal 10 ayat pertama surah al-Kahfi.

                Kedua kita diarahkan oleh Rasulullah supaya membaca doa ini sebelum salam setiap kali solat, “Ya Allah, aku berlinding dengan-Mu dari azab neraka jahanam, azab kubur, ujian hidup dan mati dan kedahsyatan ujian al-Masihi ad-dajal.”

                Katanya, dajal akan menjelajah seluruh dunia dan akan berakhir di Baitulmaqadis dan dibunuh oleh Nabi Isa. Seperti mana yang disebut di dalam sahih Muslim, “Dajal akan dibunuh oleh Nabi Isa, selepas Nabi Isa dan umat Islam bersolat di belakang al-Imam Mahdi, mereka berhadapan dengan dajal dan tenteranya. Bila dajal lihat Nabi Isa, dajal akan mula cair. Akan tetapi Nabi Isa dapat membunuhnya dengan menikamnya.”

(Dipetik dari Al-Islam keluaran November 2010)

Pulau Bermuda... dikatakan menjadi tempat persembunyian dajal.
Tasik Tabariah a.k.a. Sea of Galilee... dajal sedang menanti air tasik itu kering.

Tuesday, November 16, 2010

alasan nak kawen lagi

Ada orang cakap lelaki ni cepat bosan dengan sesuatu perkara. lepas tu mula nak cari lain.
err ni dari apa yang aku dengar la ok ?
macam macam alasan si hidung belang apabila dah ada yang berkenan di hati.
salah si isteri juga dicari. tapi korang tahu tak , tu semua berpunca dari si hidung belang jugak. dan dan lepas tu nak kawen lain. tu lah tiket dia. cakap awak da xcun cm dulu.tak bergetah lagi. bla blaaa blaaaa


Alasan ‘awak nampak tua!’ ‘awak dah gemuk ‘ dan ‘awak tak secantik dulu’ selalu diberi oleh segelintir suami kepada isteri sebagai tiket untuk cari perempuan lain atau berpoligami. Tapi si suami tak sedar , isteri mereka nampak tua dan gemuk disebabkan sikap ignorant mereka jugak…..



Tahukah anda;
1. Makan dengan perlahan dan mengunyah makanan sehingga benar-benar hancur, itu akan membantu proses penghadaman kita, sekaligus mengelakkan kita gemuk.. Tapi  kaum ibu, mereka terpaksa makan laju-laju, telan terus tanpa sempat dikunyah kerana nak memujuk anaknya yang menangis. Si suami, selamba saja sambung makan, buat-buat tak dengar anaknya menangis. Jadi, wanita pun mudah jadi gemuk sebab  tak sempat nak hadam makanan  betul-betul.

2. Wanita juga mudah gemuk kerana sifat mereka yang tidak suka membazir. Makanan yang tidak habis dimakan oleh anaknya, maka dialah yg akan menghabiskannya pulak. Sayang katanya…takut membazir.. Membazir tu kan amalan syaitan. Si suami pula dengan riaknya mengatakan “awak ni kuat makan betullah!”

3. Bila anak menangis tengah malam nak susu, bapanya akan tidur mati. Kalau dengar pun buat-buat tidur juga. Malas nak bangun. Wanitalah yang dalam satu malam, entah berapa puluh kali terpaksa bangun membuat susu untuk anak. Bila tak cukup tidur, mulalah muka nampak letih dan cepat nampak tua. Kedut-kedut pun mula timbul.  Masa tu kalau guna Total Effect Anti Aging pun dah tak guna. Kepada wanita-wanita malang kategori ini, ada dua petua untuk kekalkan kecantikan; minum air banyak-banyak, dan TIDUR SECUKUPNYA.

4. Wanita yang berkerjaya pulak, dahlah penat bekerja nak membantu menambah pendapatan keluarga, bila balik rumah, semuanya dia yang kena uruskan. Dengan perangai anak-anak, perangai bapak anak.. Nak itu, nak ini. Jadi, wanita pun membebel, marah-marah… Dan bila banyak marah dan banyak berleter,  cepatlah pula menjadi tua walaupun marah kerana sayang.
Kesimpulannya, wanita cepat tua & cepat gemuk adalah disebabkan segelintir  LELAKI atau lebih tepat lagi segelintir SUAMI.. Oleh itu, hargailah segala pengorbanan isteri anda.  Kalau sehari  je isteri korang takde, dan korang  perlu memikul  tanggungjawab dia, nescaya hidup korang  akan tunggang-langgang. Jangan pandai ambil jalan mudah, tinggalkan isteri yang dah tua dan gemuk sebab korang & pergi cari perempuan kurus keding. Dan kalau nak isteri tu cantik, janganlah kedekut nak belikan produk2 kecantikan..


mcm ner la muka aku da tua nanti -.-"

Tuesday, November 9, 2010

meninggal di depan mata

assalamualaikum.
post kali ni agak sedih.melibatkan kawan aku.tapi bukan diala. kakak dia.
kakak dia ni bakal berkahwin pada 28.11.2010 ni.
tinggal berapa minggu la sangatkan ?
satu pagi tu . dalam angaran pukul 10 pagi ke bawah la agaknya. kakak dia naik motor dengan si tunang untuk cek darah for HIV test .kan nak nikah dah , jadi kena la buat pemeriksaan tu.
nak dikatakan ceritanya , selama ni diaorang memang naik kereta je lah .ni pertama kali naik motor. mungkin pertama kali naik berdua.
berita ni masuk kat radio era. sebab jalan memang jadi jammed gila .aku pulak dengar cerita ni dari akak aku. dia kata kat kajang depan JPJ . sape tahu tu maybe la dah taw citer ni .

kat sekolah cerita ni mcm kecoh jugak la. tak sedar aku , yang si mangsa ni kakak kawan aku jugak.kami kenalan biasa biasa je.
exciden ni jadi sebab , tunang dia maybe terkejut atau takut . lalu tak dapat handle motor tu. sebabnya , lori yang bodoh gila , macam tak de otak driver dia tu , pergi buat u turn atau undur kat situ . bodoh ke tak  bodohkan ?
si kakak dia ni jatuh atas jalan , si tunang jatuh kat tepi jalan .
akak dia ni dah nak bangun dah . nak pergi kat tunang dia. 
tapi sedih gila. driver lori yang buta tu tetap jalan ! 
memang *********** ! 
kat situ kepala dia pecah. leper . mata terkeluar . lidah terjelir.
astafirullahalazim..
dari pinggang ke ats hancur . bayang kan la perasaan tunang dia. insan tersayang meninggal dengan tragis depan mata. bila dengar cerita ni nak menangis je rasa. 

tadi kat sekolah , kawan aku tu diam je. tanye sihat ke tak, kejap geleng kejap angguk .
nak cakap takziah pun mcam tak samapi hati. 
memang aku takut nak naik motor ni dah. TAUBAT aku !
dengar cerita , driver lori tu pun separuh mati dipukul orang ramai .
entahla. tak dapat aku bayangkan.
dah ajal datang menjemput . tak sempat nikah. tak de jodoh la kat dunia ni.
takpelahh .. boleh dikatakan meninggal cara cam tu mati syahid kan ?
moga roh akaknya aman dan ditempatkan di orang orang yang beriman,

AL FATIHAH.