nuff

jangan click !

poll

depan rumah

nuff

Saturday, January 1, 2011

apa yang aku buat waktu 2010 .

assalamualaikum .
heiheihei ! HAPPY NEW YEAR OK ! ?
dah pun bertambah umur ni . makin lama makin tua. makin lama ajal makin menjelma.
GULP ! (--_)"
jadi korang dah ada azam belum ni ? aku.. errr .. takde buat azam lagi ni. yelah.. nak kata study sungguh sungguh .. sekolah baru je habis. nak kumpul duit banyak banyak.. aku masih penggangur yang comel  berjaya. ni lah kerjaya tetap aku .bila teringat ingat balik .. rindu pulak tahun 2010 yang baru berlabuh semalam .setahu aku tahun 2010 aku ambil SPM. yang mana keputusannya masih tidak diketahui lagi. moga moga keputusan aku cemerlang. aku takut chemistry  and add math aku ni. cam ner kalau gagal  ouh tidak.. nanti aku kena pakai topeng sailormoon untuk menyembunyikan wajah kegagalan
T.T

list yang aku buat untuk 2010 . hope aku tak buat lagi tahun ni ;

  1. bangun je dari tidur, tenyeh mata cari makanan . tak gosok gigi tak basuh muka . wahahaha
  2. esok periksa baru nak bukak buku malam tu . 
  3. seminggu sebelum SPM baru nak insaf buat latihan add math
  4. waktu chemistry memain kat belakang 
  5. kutuk kutuk orang yang kutuk aku (-__-)"
  6. selalu pukul bear adik aku.
  7. selalu cari gaduh dengan lelaki ! insaf .. tak nak berlaku kejadian buruk menimpa aku .
  8. jatuh suka kat lelaki lain , sedangkan  di ipoh sana menanti dengan setia
  9. cepat naik angin kalau orang kutuk aku
  10. makan lewat . tidur lewat . mandi lewat . semua pun lewat
  11. bergaduh dengan perempuan gatal  . and hampir hampir disantau angin. ini kesah benar !
  12. menghabis kan kehidupan dengan laptop
  13. ghairah kepada facebook
  14. selalu melawan katakata orang lain
  15. dapat anak ayam comei !
  16. main dengan anak aym sampai tangan berbau taik .
  17. menulis blog tapi tiada sambutan (T.T)
  18. berangan nak cemerlang . tapi usaha kurang . hasil pon so so sahaja
  19. budak sekolah baru masuk sekolah baru. haihai ?
  20. selalu skodeng blog perempuan perempuan yang lawa ! hahahaaaa .
  21. abaikan telefon kecik molek apabila sudah dapat handpone gedabak .
  22. asyik meronda ronda petang sampai menghabiskan minyak
  23. memukul dan memarahi encik boifren hukhukhuhk...  

1 comment:

sue. said...

hahaha.....c0mel je entry ni..xmau nakal2 na..