Monday, April 18, 2011
Tawaran jadi cikgu .....
Assalamualaikum.
tadi aku pening lalat segala sebab tak tahu nak ambek study kat mana.
tengah dok baring golek telentang atas katil, tetiba ada nombor tak dikenali kol . aku ingatkan cik kak dari KLMU tu kol. rupanya tekaan aku salah.
aku pon angkat la. ada suara perempuan. baru aku bersuara.kalau suara ore jante tadi memang aku letak.sebab aku sungguh annoying cakap gan orang lelaki. mesti nada tu ada miang miang.
pernah kawan lelaki aku kol,punya bosan aku nak dengar dia bebel, aku letak. hahaha. jahat gilosss.
then aku bagi macej sori line kat sini kureng sikit. tapi agaknya dia tahu kot aku memang malas layan dia. so sampai sekarang dah tak kontek. bukan kenal sangat pon.tak pon ada lagi satu trick , buat2 tidur . haha.konfem dia letak sendiri.
ok sambung pada tajuk . hape jadi cikgu??
ok sila jangan perasan la nani.. awak tu tak pandai ! grr grrr . paaanngggg !
ok lepas aku jawab kol tu, dia tanya macam2 .kira interview camtula.pas tu aku tanya kenapa tanya semua bende tu ? dia jawab sebab aku ada mintak jadi cikgu tadika. ok mmg terkejut. sebab tak sampai 24jam aku mintk dah dia kol .benda aku tengok kat komen tu berderet nak . bagi emel and number lagi. aku just bagi number. sebab aku tak berharap.
tapi rezeki ALLAH bagi. tapi yang tak sedapnya.. dekat shah alam. rumah aku kat semenyih . area kajang.
lama aku sembang gan dia. sampai pergi ke topic lain. dia cakap macam ada chemistry lak .ehem ehem. eh dia dah kawen ok.lagi pon dia perempuan. aku tanya umur dia. baru 32. tak la tua takla muda. bhahaha.
tapi dia ok la. seyez peramah .
aku tanya pendapat ada sorang hamba Allah ni. dia kata nak lari dari rumah ke ?
la.. aku kuar nak kerja.nak carik pengalaman. nape sampai cakap macam tu.
aku harap kuarga aku restula.sebab kalau aku nak sambung aku banyak dapat tawaran .tapi takde satu pon melekat kat hati aku. ada yang melekat tapi mahal.aku dari kuarga sedang2 jek. so dari aku bazir duit tu baik aku carik keja,carik pengalaman. macam akak tu citer dulu dia kerja kat mana tah aku tak paham nama syarikat tu tp management la. kerja situ 10 tahun. then dia quit and bukak tadika.
so aku nak carik pengalam cam tu jugak.boleh mintak tunjuk ajar dia nanti.
sebab tak guna jugak sijil segunung tapi kalau takde effort kn ?
lagi pun aku nak kerja yang tak buat aku serabut segala. budak kecik apala sangat.
yang buatkan aku nak, tiap2 malam akan ajar budak mengaji.serba sedikit dapat dekatkan aku lagi dengan ALLAH. sebab kadang2 je baca al quran .
dia tanya gaji.aku malu nak jawab.sebab aku memang tak pernah ada pengalaman kerja. dia tawar 550 hinget,aku rasa jumlah tu kecik.tapi apa la sangat aku nak buat gan duit tu.aku xminat shopping.aku cuma minat dipenuhi dengan makanan ringan. bhahahaha .
aku tanya kat bie rabbit . dia kata ok.tapi dia juz risau.takut kalau benda tu tipu.
aku tak rasa la camtu sebab dari perwatakan akk tu baik je. (tapi tak tahu la hati dia)
. dia mtk bila blh dtg,then aku cakap minggu dpn.sebab nak kakak aku antakan.tapi tak tahu la dpat ke tak.
dia sanggup trun dari pucong nak ambek aku.sebab dia kata dia sgt2 perlukan komitmen org yang nak bkerja gan dia. sebab masa dia bagi segala soalan kat aku,semangat aku jawab. ohoho.
and then suruh antar resume sebab nanti dia nak anta kt jbtan pndidikn.tapi malangnya aku tak pernah wat resume. ohh losernya ~ waktu nilah encik google amat diperlukan. hikhik.
aku juz prlukn sokngan je supaya berani kena travel . :( walaupon takut2 gak,tapi sampai bila aku nak dalam takuk yang lama jekan?
tetepkanlah pendirian ku..amin..
tapi nanti kalau pergi sana.... macam mana dengan bear bear aku? kawan tidur ni . T___T
sedihnya. mungkin tak dapat bawak semua. urm.
pape pon, doakan aku dapat yang terbaik dalam hidup ni.
amin.~
semoga perjalanan hidup ku dirahmati oleh ALLAH =)
p/s : ni citer2 aku masa budak sekolah rendah.orang berangan sampai ke bulan.aku tahapni jek.hikhik
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
1 comment:
bestnyer dpt jadi cikgu... dari dulu lg mengidam nak jd cikgu tp belum dpt huhuhu
bokbong1010.blogspot.com
Post a Comment