nuff

jangan click !

poll

depan rumah

nuff

Sunday, May 15, 2011

minggu orientasi

assalamualaikum. seminggu menyepi.
al maklum dah jadi muda balik. ya terasa muda pabila kembali semula ke sekolah. haha. sebenar benarnya aku tak rasa pun aku ni dah habis SPM. rasa muda je lagi yuolas .jangan jelez. anda yang dah berumur 20++ sila jelez . haha .

hari first nak pegi sekolah balik cuak je. sebab kawan aku sekor pon tak nak masuk form6 . ada yang cakap buang masa, (wakkluu) ada yang tak nak sebab nama nya xsefamous budak2 u or kolej .  haha. kalau setakat masuk IPTS yang hanya so so je buat apa. takut nanti sijil kot ak laku je nanti . lebih baik ko pegi google and tengok ranking u atau kolej yang elok dalam malaysia ni. jangan main masuk je, kang menyesal tak sudah . dapat course merepek merabai , masuk mahal . buang masa , buang duit . (ayat geram)

esok nak pegi sekolah tu rasa tak bez. sangat2 tak bez sebabnya aku takde geng. dahla sekolah tu baruu,aku tak kenal sesape pon.nanti mati kutu lak aku kat sana.
tapi syukur sangat2 kawan aku nak masuk form6 and tak nak tukar tempat lain dah. aku pujuk baik punya.
aku nasihat jelah dari ko mek diploma tapi tu kos ko tak minat baik tak payah pegi. tapi kalau kau dapat upsi better pegi la. senang dia weh . mak dia guna orang dalam jek. jelez aku !

aku antara manusia yang kecundang tak dapat UPU. gila kecewa kau !
serius kecewa tak hingat. tapi padan la muka aku nak apply UPSI je . haish len kali aku kena beli cermin besar gedabak untuk cermin diri aku ni nanti . biar sedar diri sikit.
so jalan yang lain aku kena masuk form6 untuk meneruskan angan2 aku menjadi cikgu @ lecturer @ lawyer . pape pon abaikan ayat skema tu. hikhik

first day school kena daftar pukul 9 pagi . 8.30 camggitu aku dah siap kuar umah .
then dengan semangat aku mcg kawan aku siap2 tunggu aku kat bus stop .
tapi ko taw dak dia balas dia baru nak mandi . haish hangin gak aku.
kena jugak la dalam 15 minit aku tunggu dia kat situ . dibuatnya aku kena rompak kat situ naya je . (eh ada ke duit nak dirompak) . hihihi.
sampai kat sekolah pukul 9.30 . aku bawak dalam 100km/j cm gitu lar . oh jakunnya ~
 tapi yang lagi sakit hati .pukul 10 dah balik ! argghh ! hampeh . terasa dibuang sia2 waktu membute aku .so balik je aku gan kawan aku singgah tesco . beli air ice blog kejadah tu.konon2 nak rasa perasa baru, tapi hampeh tak sedap .

mak cik mana ni ? eh student rupenya.
hari selasa tu takde pape aktiviti  selain mengerutukan punggung duduk lama dan menadah telinga mendengar ceramah yang masuk telinga kanan kuar telinga kiri .
hari rabu agak seronok, sebab petang tu ada buat macam sukan macam kanak2 ribena tu, 
contoh yang dibuat :
1. angkat belon menggunakan tali . tangan tak boleh sentuh.
2. melepaskn tangan dari ikatan tali yang diikat . 
3. berlakon . siot je kena menari paling gedik . i want nobody2 buuutttt you ! smbil tepuk2 tangan . giler menyampah aku .
4. telefon rosak . aku adalah penyumbang utama kesalahan kata2.
(pak bakar masuk kedalam hutan untuk mencari kayu bakar untuk memasak ikan bakar. pak bakar mempunyai seorang anak bernama bakariah yang suke memakan ikan bakar yang dibakar oleh pak bakar di depan rumah pak bakar)
yang aku cakap (pak bakar masuk kedalam hutan untuk mencari kayu bakar. pak bakar mempunyai seorang anak bernama bakariah yang suke memakan ikan bakar yang dibakar oleh pak bakar di depana rumah pak bakar)
tapi laz2 yang dikata pak bakar pulak yang suka makan ikan bakar .
5 . sepak bola kedepan, then peluk bola tu.letak kayu hoki kat bawah sambil dahi ko melekap kat kayu hoki tu,pusing 10 kali. aku mule2 rilex je. then bila aku bangun terus ke jatuh. nasib sempat akak fasi tu pelok aku. ehem ehem.

hari khamis ada pulak kena stay back lagi ! oh tak hadap la aku. terus aku memblahkan diri. sori la aku bukan rajin nak bersosial ni.mwahahaha.

hari jumaat hari laz. oh sekolah kitaorang je yang sporting buat persembhan untuk akhirikan majlis tu . kami buat boria . paln tak sampai 15 minit. hebat tak kami ? haha.

tapi seriusla. kesedihan terasa jugak . ehemehem. 
sebab ramai nak tukar high school sebab kat kesuma tu susa nak pegi takde trnsport . skola tu msuk dlm skit . yang gedik2 nak pegi takde sebab tu memang aku bahan la. 
ada gak yang nak tukar sebab nak amek subject geografi . aku memang la sangat2 tak minat . hahhaa
so yang wajib utk aku amek . pngjian am , muet, bahasa melayu , pngurusan prnigaan dan yang pilihan aku pilih sejarah. tak nak aku mek risiko amek ekonomi tu . 
dengan ini aku kena tanam azam la. tak ley goyang kaki senang hati macam spm dulu. bajet hebat , then berjurai air mata . haha.
mari2 la same2 jadi cikgu ! 
 muka tak semenggah . aku benci tudung senget and kembong ni!


 okey .tudung baru . mari tersenyum  . hahaha

selamat hari guru kepada cikgu2 yang pernah ngajor aku . yang tak dapat dilupa cikgu praktikal zamry yang aku minat bagai ore gilo dulu. paling tak boleh blah waktu dia nak blah tu, gigit aku tercabut dekat sekolah. ok kita citer hok lain nanti !


sebelum tu . weiwei . ko kenal aku dalam fb jek. bila dah jumpe ko diam je . aku rasa mesti ko geli gelimat kan tengok muka aku ? ye aku taw aku tak lawa . muka aku tak licin cm aweks2 lain . aku ada jerwat . aku banyak kekurangan . tapi ada aku kesah ? janji aku sempurna . oh dan lagi , setakat kawan tengok muka . memang aku tak pernah heran la . peace !

TATA .
semoga berjaya di dunia dan di akhirat .
tiada istilah terlewat dalam kehidupan ini.



abaikan TYPO !

No comments: