nuff

jangan click !

poll

depan rumah

nuff

Thursday, September 22, 2011

penat rupanya kerja ni

assalamualaikum.

okeh. hari ni genap 2minggu aku kerja !
haha. gaya macam dah dua tahun. siap buat anniversary tiap minggu lagi dah berapa lama aku kerja tahuuuu.
sangat bersemangatkan saya ni ? hehe. *gelak comel*

okeh first time aku bekerja, aku ingat erja dekat 7eleven ni senang. kira barang dan bagi duit baki.
tapi, sangkaan aku sangat-sangat  meleset..chooii !
penat gila baby rupanya kerja ni.
then aku ingatan dah terlepas dari exam . rupa-rupanya tetap ada. memang exam ni takkan lari dan pergi dari hidup kita. *mengeluh *

first time aku kerja ni. penat sangat-sangat. hari pertama kerja serius nak patah kaki. balik rumah rasa membengkak macam ada aku bawak batu beribu raban kat kaki. berdiri 8jam non stop. kalau takde kerja, jangan harap kau nak duduk senang lenang sambil bergelak dan bergelek suka ria. jangan harap wei.
kalau takde customer kau kena buat kerja lain.
for example , buat cleaning . mop lantai,lap cermin,menyapu,kemas-kemas barang.
hahaha. mula-mula tu malu nak memop depan customer nyorok-nyorok je aku.
dah lepas berapa jam, hah pergi lantak la korang .

buat masa ni,aku masalah satu jek. suka ter-double- scan .
aku rasa akhir bulan nanti duit aku habis sebab kena potong je nanti.
kerja penat ala-ala separuh mati.
kalau buat ot, 12jam la berdiri.

hari tu ada customer yang kerja dekat ice room. maybe perempuan filipina kot..
au tengok plastik tu tak de bar code..so aku scan la sampai 6 kali. dalam plastik tu ada 6 biskut tu.
semua jumlah barang-barang dia beli RM20 .
aku pon fikir jugak macam tak logik gila harga ni. aku panggil senior aku.
then muka filipina tu macam kelat . aku rasa nak tampar bagi mampos je dia. aku admit tu salah aku. tapi aku tolak da semua harga yang aku terscan banyak tu.
tak lama lepas tu manager stor aku datang.
sedap wei kena perli. dia datang dengan kawan ni. kawan dia cakap, busy dah nani sekarang, dan manager aku balas ' haah , busy menscan double' .
FTW !
aku beli kot barang tu. tak payah la nak perli sangat. makan dalam wei.

masa tu dia bercuti.tapi dia datang.tu agaknya bengang tu terpaksa datang kat stor.
lama la jugak dia cuti. aman aku rasa.
tapi pagi tadi dia call suruh ambil dia,sebab kereta dia rosak. aku menyampah jugak.dah perli aku suke hati dia, tapi mintak tolong pandai.
and guess what, takde ucapan terima kasih pun.
yes agak padan muka dia bila field manager nak jumpa sebab cuti lama.
tapi tulah. kita jangan nak perli dan sakitkan hati orang tu kalau kau betul-betul memang tak harapkan pape dari dia.



huh.
sabar jelah aku.

3 comments:

teha said...

sabar jee laa kan.. hehe

Shahrul Hairy Shaharuddin said...

Salam Nani,
tak ku sangka kerja 7E cam tu sekali penat ye... huhuhu~ sabar, itulah dunia pekerjaan =)

Dila Gebu said...

dulu first time kerja, sakit kepala stress hahaha

Jom kita makan Minyak Ikan