nuff

jangan click !

poll

depan rumah

nuff

Sunday, July 22, 2012

DIY mask / masker untuk rambut

assalamualaikum semua.
sila jawab dalam hati sambil berkata sopan betul owner blog ni.baik dia bagi salam pada kita semua.
ehem.

ok abaikan kemerepekan yang tak ada kaitan langsung itu dan mari masuk ke isi yang lebih berguna sambil kunyah kerepek.
onom nom nom.

nani ni jenis yang suka baca blog ! tapi pemalas tahap lautan paling bawah sekali bila nak mengupdate.sebab sendiri tahu kalau update pon tiada siapa yang menanti untuk membacanya.
ok tanpa membuang masa kita start DIY kita pada hari ini.


nani paling rajin tengok you tube pasal mekap,mask muka dan mask rambut.
ada dua cara nani nak bagitaw.
sila baca betul-betul ye.tapi diingatkan kalau rambut korang rosak ke apa nani takde warranty ok?

first .

ambil sebijik telur.
ambil yang kuning telur sahaja ye.tak mahu yang putih.

.putih tu kalau tak nak membazir boleh campur dengan limau nipis untuk dibuat sebagai mask .

dah asingkan,ambil kuning telur tu,ambil sesudu atau dua sudu madu ikut kepanjangan atau ketabalan rambut korang.kalau tebal dan panjang ambil dua telur la ye.

mix mix mix .
lepas tu basahkan rambut korang sikit dan letak la mask  tu.
tapi bau dia agak euww la.
tapi menjadi ! biarkan selama 20 minit dan basuh. nak bagi hilang bau tu shampu rambut korang sikit .


cara kedua.

madu dan yogurt

yogurt plain tanpa ada apa apa perisa.
campurkan kedua2 bahan dia atas dan gaul-gaulkan sampai sebati.
basahkan rambut korang dan peram dia sampai 20 minit dan bilas.
untuk hilangkan bau shampu sikit ye,
bahan-bahan ni pon boleh apply kat muka.dan hasilnya yummeehh!!
lembut macam baby.

ok tu sahaja tips nani dapat kongsikan.
kalau korang tak berkenan atau geli tak payah buat ye.

till then . 


2 comments:

Anonymous said...

tradisional pun blh jga rambut kan ;)

headayah said...

New here :) Malam nii nak try buat la .thanks kongsi