nuff

jangan click !

poll

depan rumah

nuff

Wednesday, May 4, 2011

baru jadi cashier dah berlagak

Assalamualaikum.
hari ni keja aku asyik membute je .
boleh dikatakan seharian aku buat taik mata je kerja aku. yap. tu memang kerja tetap aku.mmang tak boleh dinafikan lagi.
lepas habis sekolah ni aku jarang keluar rumah. ehem.pembetulan. masa sekolah pon memang jarang kuar rumah.haha
tah aku pon tak tahu nape aku memang tak suka nak kuar dari kawasan rumah ni. walhal nak pergi kedai yang tak sampai brape meter tu.
oh sangat takde life ye. mawahaha

dahla aku bosan mengila baby sekarang nieh. bie rabbit pulak busy memanjang gan final exam dia ! dah habis exam pergi pulau aur pulak . seminggu lah jugak dia berkampung kat sana. line kat sana pulak macam hampeh. ok nasib baik masa tu aku dah masuk sekolah balik. takde la rosan nak mampus kan.  then habis balik dari pulau aur, dia konvo lak. kat ipoh pulak tu.memang say hi bye bye la kat dia. takde makna aku nak pergi ipoh tu.dahla takde sape2 teman. nanti kena bersekedudukan dengan family dia. tak mao tak moa. sebab adik lelaki dia sebaya dengan aku,takut dia tergoda dengan bakal akk ipar dia ni . *tuuiiii *

ok berbalik pada tajuk. ni yang aku ingat la.sebab dia macam dah memalukan ayah akukan.depan orang ramai pulak tu.
citer dia cam ni . ehem ehem.
aku gan family aku selalu pergi amek barang dekat jj..memandangkan kat sana terhad mall dia.mawaaaha.ni masa aku duduk ipoh lak.
lepas amek barang tu,kteorg ondaway nak pergi letak barang dalam kereta.tetiba adik aku merengek kata haus haus. biasala anak bongsu ni memang manja sikitkan .
kteowg pun tunggu la kat luar sementara ayah aku bawak adik aku beli air. kebetulan kat luar tu ada starbucks je. ayah aku pon bawak la adik aku pergi masuk kedai tu. dekat 10 minit gakla,baru dorang kuar. tengok adik aku tersengih2 ..tapi muka ayah aku baru macam lepas mengamuk.



mak aku tanya la kenapa muka macam tu ?
ayah aku citerla. masa dia mintak air kat cashier tu, lama je cashier tu pandang dia. dia pun pelikla.
dia order lagi sekali. tapi dengan muka yang sangat2 sinis dia pandang ayah aku dari atas sampai ke bawah.
ok...memang penampilan ayah aku biasa2 jek. juz kemeja gan suar slack .tapi punya la sempit pemikiran manusia tu, agaknya dia fkir pakai macam tu mesti tak berduit agaknya.
then dia tanya ayah aku. 'KAU NI ADA DUIT KE NAK BAYAR MINUMAN NI ? 10 HINGGET TAW '


serius terkejut kita orang dengar cerita tu.
taw tak ayah aku buat apa ?? dia bukak purse dia besar2 ..dia tunjuk isi dalam purse dia. hahaha.kalau akuada kat situ mesti aku malu tapi dalam hati nak gelak pun ada. mungkin mesti ada orang ingat ayah aku menunjuk nunjuk duit banyak masa tu.menda cashier tu punya mulut kurang aja.patutla jadi cashier kat situ je.mwahaha.tapi kalau ada yang jadi cashier kat situ gak, sila la bersopan santun dengan customer . sebab tanpa mereka mana nak dapat gaji korang..

mulut orang cashier tu

ayah aku beli gak kat situ sebab tengok adik aku terkebel kebel tak taw pape.
aku heran lah, kenapa sempit sangat pemikiran orang macam tu ? salah ke nak pakai yang sederhana je tanpa dilabel orang takde duit ? atau pun pakai yang mahal2 tapi semua berhutang ?
dahla orang sebangsa sendri. sedih betul dengan pemikiran cetek lelaki tersebut.

biar kita miskin , biar muka tak lawa .
tapi hati baik dan ikhlas.



gambar dari atok google

pintu diketuk pukul 1 pagi ?

assalamualaikum.
ni entry panas2 baru kuar oven so mai kita goreng garing2 ..
memandangkan adik aku tak off lagi lappy ni, aku kena la bukak nak shut down kan..
so dengan muka malas macam muncung itik panjang sedepa aku pon  dok la depan laptop.
tapi sebelum aku nak masuk bilik off laptop ni ada something happen.

tadi dalam pukul satu tepat maybe , aku siap2 kemas bantal kat depan sebab nak masuk bilik nak tidoq .
aku dukungla sekali bear bucukmasam aku tu masuk bilik sama. sebab takde bucukmasam tu tak lena tidoq aku.
dah kemas depan sume, cek pintu sume alright aku pon amek sabun muka kat dalam bilik aku ni nak bawak pergi toilet.

aku letak sabun tu atas meja makan. sebab aku dengar ada bunyik anak ayam menjerit kat belakang rumah , mungkin menanges la.sebab baby lagi. besar sikit dari guli je.
aku bukak la lampu luar belakanh rumah aku tu. then aku bukak pintu bila lampu tu dah terang benderang.
sebelum tu dah baca bismillah awal2 sebab takut nampak apa2 pulak nanti.
aku tengok keadaan kat luar takde apa pon, malahan itik gan ayam pulak pandang aku.. agak aku kacau dorang tidur kot.sebab kan lampu ni ganggu dorang . mwahahaha.
aku tengok mak ayam tu pon takde pun ke hulur ke hilir kalau nak carik anak dia.

sebelum aku tutup pintu tu, sempat lagik aku pandang sekeliling. takda apa2 . then aku tutup la.
pergi depan balik tutup lampu.
dah habis settle, aku pergi dapur balik. amek sabun tu and masuk toilet.
ingat nak basuh muka berjerawar aku ni dulu sebelum tidur and nak tunaikan hajat. theheheee..
baru aku bukak paip air, terdiam aku jap bila pintu rumah belakang kena tutup.dahla aku tak tutup pintu tandas ! berdepan lak dengan pintu daput tu !

tiga kali ketukan tak silap aku.serius aku terus larik tak tutup lampu and air. lari masuk bilik. ajak adik aku teman,dia tak nak,aku kol akak aku. naseb dia angkat,cepat2 aku tutup lampu  ttp air tu .
segala . dan tangan aku terus bergerak pantas untuk menhupdate dalam facebook.
serius ! nasib tak nampak. alhamdulillah.

sekarang ayat kursi tak lekang dari bibir dan phone aku.
berpeluh. sebab aku ter'smell ' soemething.


taknak tidur malam ni !

Monday, May 2, 2011

tawaran ke tingkatan 6

Assalamualaikum .

tadi tengok tengok facebook seperti selalunya, ada aku tengok orang tu post semakan ke tingkatan 6 . serius, aku tak pernah nak masuk form6 ni.
aku saje2 la cek .
tengok2 dapat . dapat dekat gan rumah pulak tu . boleh la aku asah lagi kemahiran nak bawak keta ni,nama je nak dekat setahun dapat lesen,tapi bawak jauh2 tak berani lagi.oh penakutnya T__T

tetiba hati aku berbelah bagi kepada 3 bahagian . berbelah nak masuk upu , tunggu spa atau masuk tingkatan 6.
aku jerit2 datang kat akak aku.nak tanya pendapat dia, sebab dia dulu pon amek stpm jugak.
dia kata better amek stpm ni, sebab peluang masuk u nanti cerah.tapi kau kena usaha kuat la.
orang cakap 2tahun . sebenarnya setahun setangah je. sebab masuk bulan 5 tahun 2011 . habis akhir tahun 2012.

 better amek form6 dari masuk kolej poly tech mara.
sebabnya tak tahu lagi elok ke tak kat sana, dapat  ke tak bawak subject tu. lagi pon aku dapat course human resources management . aku tengok buku akak aku yang amek dip kat unirazak tu. dia pon amek management dulu.serius tertelan air liur aku.lagi bosan dari sjearah .
semua pulak dalam bi. ok memang sume dalam bi sekrang kalau belajar,tapi aku kureng sikit nak speaking2 ni.terabur ke laut hoii..
lagi pun masuk poly tech mara tu 1500 hinget . aku malas pulak nak susah kan family aku(ala ala anak solehah.hahak)  .kalau dapat under uitm bayar 800 jek .
panjang lebar dia bagi syarahan kat aku.tapi tak berapa nak masuk dalam otak aku.

tak puas hati lagi ni , aku tanya akak aku lagi. dia jawab dalam 5 subject je. tapi jangan ingat 5 subject boleh nak honeymoon bagai.kalau kau nak masuk u ,kena belajar betul2 .
aku pon dok pikir lah. dahla tarikh daftar dia 9 mei, menda upu kuar akhir bulan 5 . sudah..pening aku.
kol lagi bie rabbit. dia kata boleh kalau nak masuk upu nanti.tapi masa daftar tu cakap la nak tunggu tawaran upu jugak.

so sekrang ni pendapat  aku stpm ni taklah rendah nilai dia. kalau rendah kenapa level dia lagi tinggi dari sijil kat poli ? (pendapat yang aku  baca) ,dan bukan ke stpm ni sama level gan diploma jugak ?
dia setahun setengah je , walaupun orang cakap 2tahun. tapi dip pulak 3 tahun.kalau result elok, boleh sambung degree . tak payah nak tunggu lama2 . lagi pon aku takut nanti kalau dapat upu tapi dapat course yangg langsung aku tak minat, dan aku jugak takut nanti minat nak belajar yang memang tak lekat kat hati aku tu nanti menyebabkan aku malas, dan hilang keseronokan nak belajar (berapa banyak kali dan ni? )
tapi walaupape pon, aku still tunggu untuk tawaran upu. tapi terima tawaran ke tingkatan 6 sebab takut terlepas peluang.





ni antara pandangan budak yang amek stpm dulu . sila la baca . :


2 - sy stdn f6 thn ni.f6 xle susah mana klu bndg dgn diploma n matrix..sy pun pkr f6 dlu xbwa makna.tp klu dlht krg ni,unv primer mc upsi lbh byk ambil stdn f6.pluang nk lanjutkn plajaran ke unv sgt cerah dbnding dgn matrix n diploma..klu ambil diploma pun blum tentu dpt ambil degree.da ckgu sy kta.klu nk ambil degree org akn plh best stdn dr matrex dlu then ke f6 bru da org akn pertimbangkn bdk kluaran diploma.
ambil f6 ni byk klbhan.kta blh msk dlm byk sektor.bidang dia x terhad cm diploma n matrix..sy dlu frust gler x dpt g matrix(ditwrkn course yg sy xnk) n xambil diploma..sy msk f6 dgn rs kcw.sy ingat f6 susah sgt tp sbnrnya x susah pun.
f6 cma plu rajin mbc je.musthil g sbgai stdn xnk belek n buka buku lsg tuk dibc wlaupun 5 minit..
yg xberjaya dlm f6 bsanye glongan yg malas.xdgr pe ckgu ckp n x luangkn sdkt msa nk stdy..trus trg sy ktakn sy x serajin kwn sy 2 org 2.da org rajin btl bt hmwok tp msh g sy dpt atasi da org.slh stu faktorny sy lbh ska blajar utk memahami bkn bljar hnya nk bt hmwk je..
jd f6 plukn kta rajin bljar sndri.cm subjek geo,kta plu bljar sndri sb sln xkn lari dr buku2 rujukan.ckgu xdpt bntu kta hafal pun.mka cma membimbing kta. kta sndri plu hafal tuk STPM..

2- STPM lebih high level berbanding:

1.sijil

2.diploma(politeknik,ipt)


3- Kepada semua warga Malaysia di luar sana(che wahh),

Masuk form 6 adalah satu keputusan yang anda takkan regret..memang sebetulnya BEST sangat..I myself was like..uh huh form 6?sekali wow..memang best..Saya masuk form 6 sebab tak ready untuk melangkah ke alam universiti..dpt offer di uitm ..since saya tak ready,so tolak la..ingat form 6 boring since semua org berlumba-lumba tak nak pakai baju sekolah lagi..so basically,saya takde kawan dr sekolah yg lame la..form 6 actually adalah pre-U..u can bring ur laptop..wifi provided..(hang nak layan facebook pun boleh)..buat research..tp research hanya akan dibuat mase upper 6.2010 lower adalah last batch untuk stpm..spm candidates 2010 akan alami sistem mcm U jugak iaitu semester..pengalaman masuk form 6 memang best..kita org slalu stay back..pegi joging la,main squash la,badminton,konda kondi..mcm budak2 kan?hahaha lebih2 lagi kelas kita org hanya ada 10 org..we are kinda close to each other la..kalau boleh hari2 pegi sekolah..betapa shiookknya life dkt skool..ok thats it,adios~

4-alhamdulillah. sy senang dgn komen2 adik2 semua. sy dulu penah belajar di ting.6. skrg sy pensyarah di universiti tempatan. sy syukur sy berpeluang belajar lg sehgga skrg utk phd sy pula. sy setuju dgn pndg adik2 bhw ting.6 bukan lah teruk tp ia juga adalah satu pintu utk kita dapatkan ilmu pengetahuan. Allah menyediakan bnyk pintu rezeki kpd kita. cuma pintu setiap org berbeza-beza. jika ada hanya 1 pintu ...alamatnya mati sesak la kita bila terpaksa berpusu2 masuk dgn org lain. Apa yg penting ialah cara mcmana kita mendapat ilmu dan bagaimana pula kita memanfaatkan ilmu tersebut. Saya mendoakan agar adik2 semua berjaya! 

Sbg pensyarah, sy dapat bandingkan pelajar lepasan matrikulasi dan pelajar dr Ting6 dan diploma. pd pengalaman sy, pelajar ting6 dan diploma lbh berpengalaman dan lbh menghargai ilmu berbanding pelajar matrik. Pelajar lpsn stpm dan diploma biasanya dpt menyelesaikan tugasan dgn baik dan matang berbanding pelajar matrik.

Namun, yg paling penting kita kene ikhlas dlm mencari ilmu. Teruskan usaha mu okay!

salam

5- nk tgk byk2 tekan sini okeh?


tapi ni pendapat aku jelah.tapi aky aku still nak tanya pendapat orang yang lebih berpengalaman .sebab kwn2 bie rabbit blja kat poli engku omar tu pon byk tak dpt u. so aku pulak jenis tak berani amek risiko.aku takut tak dapat bawak..
dan aku still tertanya2 . susah tak MUET ??



pape pon SELAMAT KEMBALI PAKAI UNIFORM !

haha


Monday, April 18, 2011

Tawaran jadi cikgu .....



Assalamualaikum.
tadi aku pening lalat segala sebab tak tahu nak ambek study kat mana.
tengah dok baring golek telentang atas katil, tetiba ada nombor tak dikenali kol . aku ingatkan cik kak dari KLMU tu kol. rupanya tekaan aku salah.
aku pon angkat la. ada suara perempuan. baru aku bersuara.kalau suara ore jante tadi memang aku letak.sebab aku sungguh annoying cakap gan orang lelaki. mesti nada tu ada miang miang.
pernah kawan lelaki aku kol,punya bosan aku nak dengar dia bebel, aku letak. hahaha. jahat gilosss.
then aku bagi macej sori line kat sini kureng sikit. tapi agaknya dia tahu kot aku memang malas layan dia. so sampai sekarang dah tak kontek. bukan kenal sangat pon.tak pon ada lagi satu trick , buat2  tidur . haha.konfem dia letak sendiri.

ok sambung pada tajuk . hape jadi cikgu??
ok sila jangan perasan la nani.. awak tu tak pandai ! grr grrr . paaanngggg !
ok lepas aku jawab kol tu, dia tanya macam2 .kira interview camtula.pas tu aku tanya kenapa tanya semua bende tu ? dia jawab sebab aku ada mintak jadi cikgu tadika. ok mmg terkejut. sebab tak sampai 24jam aku mintk dah dia kol .benda aku tengok kat komen tu berderet nak . bagi emel and number lagi. aku just bagi number. sebab aku tak berharap.
tapi rezeki ALLAH bagi. tapi yang tak sedapnya.. dekat shah alam. rumah aku kat semenyih . area kajang.
lama aku sembang gan dia. sampai pergi ke topic lain. dia cakap macam ada chemistry lak .ehem ehem. eh dia dah kawen ok.lagi pon dia perempuan. aku tanya umur dia. baru 32. tak la tua takla muda. bhahaha.
tapi dia ok la. seyez peramah .

aku tanya pendapat ada sorang hamba Allah ni. dia kata nak lari dari rumah ke ?
la.. aku kuar nak kerja.nak carik pengalaman. nape sampai cakap macam tu.
aku harap kuarga aku restula.sebab kalau aku nak sambung aku banyak dapat tawaran .tapi takde satu pon melekat kat hati aku. ada yang melekat tapi mahal.aku dari kuarga sedang2 jek. so dari aku bazir duit tu baik aku carik keja,carik pengalaman. macam akak tu citer dulu dia kerja kat mana tah aku tak paham nama syarikat tu tp management la. kerja situ 10 tahun. then dia quit and bukak tadika.
so aku nak carik pengalam cam tu jugak.boleh mintak tunjuk ajar dia nanti.
sebab tak guna jugak sijil segunung tapi kalau takde effort kn ?
lagi pun aku nak kerja yang tak buat aku serabut segala. budak kecik apala sangat.
yang buatkan aku nak, tiap2 malam akan ajar budak mengaji.serba sedikit dapat dekatkan aku lagi dengan ALLAH. sebab kadang2 je  baca al quran .

dia tanya gaji.aku malu nak jawab.sebab aku memang tak pernah ada pengalaman kerja. dia tawar 550 hinget,aku rasa jumlah tu kecik.tapi apa la sangat aku nak buat gan duit tu.aku xminat shopping.aku cuma minat dipenuhi dengan makanan ringan. bhahahaha .
aku tanya kat bie rabbit . dia kata ok.tapi dia juz risau.takut kalau benda tu tipu.
aku tak rasa la camtu sebab dari perwatakan akk tu baik je. (tapi tak tahu la hati dia)
. dia mtk bila blh dtg,then aku cakap minggu dpn.sebab nak kakak aku antakan.tapi tak tahu la dpat ke tak.
dia sanggup trun dari pucong nak ambek aku.sebab dia kata dia sgt2 perlukan komitmen org yang nak bkerja gan dia. sebab masa dia bagi segala soalan kat aku,semangat aku jawab. ohoho.
and then suruh antar resume sebab nanti dia nak anta kt jbtan pndidikn.tapi malangnya aku tak pernah wat resume. ohh losernya ~ waktu nilah encik google amat diperlukan. hikhik.
aku juz prlukn sokngan je supaya berani kena travel . :( walaupon takut2 gak,tapi sampai bila aku nak dalam takuk yang lama jekan?
tetepkanlah pendirian ku..amin..
tapi nanti kalau pergi sana.... macam mana dengan bear bear aku? kawan tidur ni . T___T
sedihnya. mungkin tak dapat bawak semua. urm.
pape pon, doakan aku dapat yang terbaik dalam hidup ni.
amin.~
semoga perjalanan hidup ku dirahmati oleh ALLAH =)

p/s : ni citer2 aku masa budak sekolah rendah.orang berangan sampai ke bulan.aku tahapni jek.hikhik

KLMU , UNISEL atau tunggu UPU ?

assalamualaikum .
heloooooo ...waktu menaip ni dengan sangat tergopoh gapah.

tadi dapat panggilan dari klmu , katanya aku diterima masuk.
tapi ramai orang cakap, tempat tu memang senang nak masuk.
erk?
tapi aku tak dapat nak ambek nursing, sebab kat sekolah dulu aku tak ambek science . rugi rugi . aku pergi ambek kimia . kang dah tersasar masuk longkang . mwahahahaa .
pendaftaran masuk 400hinget . terkedu jap aku.sebab mana nak cungkil duit tu.
aku ingatkan nak kerja dulu,dan dapat duit sendiri belajar nanti tak menyusahkan kuarga sangat.
tapi masalahnya,aku belum dapat rezeki aku..nak buat macam manakan?
aku piilih media ke pemenda nya, aku ambek kewartawanan . aku minat benda ni dari dulu lagik.
selalu soal orag macammacam nak korek info bagai. tapi problemnya nanti terkejar sana sini. tu aku tak berape gemar . sobss sobbss . tapi bab mencari info sume tu memang aku rajin.sebab aku minat.
so aku tanye pendapat seorang kawan ni,tapi dia budak UTP wei . segan gak memula nak tanya.
tapi bedal jelah,sebab si bie arnab dia ada kelas.
dia bagi cadangan ambek pngurusan , aku memang dah fikir gak dua benda ni. sebab kalau wartawan, susah nak cam dapat kerja.aku tak tahu sangat macam mana sume pasal benda yang berkaitan gan kewartawanan ( berterabur aku tulis)
pengurusan hotel lak dia macam steady je,lagi satu,hotel kat malaysia ni banyak.so peluang pekerjaan dia agak meluas.agak aku jelah.



hari tu sengaja apply unisel, sebab hari tu ada pergi sana.
tapi kawasan dia homaigooodddd . jauh ke dalam. dekat kuala selangor kot er er . tapi memang kedalam. ada pun pekan kecil je kat situ.
memang macam takde life kalau duduk sana.nak pegi merendek kalau cuti pun macam tak best.kuar pukul 11 pagi, sampai pukul 2 petang . pepandai aku jelah.hikhik .tapi hakikatnya memang kawasan dia pendalaman,kalau dibuatnya aku semput teruk,mau terkojol dah aku kat situ.sebab aku tengok ada satu clinic kecik je dalam campus .
nak balik menanges lah. KTM pon bapak jauh nak pergi.
kat sana aku dapat course science library . aku pilih menda ni sebab aku tengok ada perkataan library . bahahhaa. ceteknya pemikiran aku. (--_)"
aku tak tahu benda ni berkenaan apa. nanti mahu tanye encik google.



atau pun ..

aku nak tunggu tawaran dari IPTA je ?
tapi kalau tunggu lama lagi. kemasukan bulan julai. sekarang pon aku dah naik kertu kat rumah.
kerja pun still tak dapat.
by the way,saya tak pandai so saya taknak mohon biasiswa . sebab saya sedar diri. sobss sobss ..
tapi kalau masuk IPTS . otak kena ligat fikir untuk carik duit. sebab takkan nak mintak duit mak bapak lagi.
and memang banyak perlukan duit.




dan patut ke aku terima kolej politek mara ? DIPLOMA IN HUMAN RESOURCE MANAGEMENT  . 
HA.. cam mana ? huhuuu..
yang ni pendaftaran 250 hinget . 
sesi kemasukan 27/6/2011 . and yang lagi penting dia dekat cheras . tak jauh dari rumah aku.
ya ALLAH.. permudahkanlah perjalanan hidup ku..
amin..








so. adakah , dan perlukah .......
saya pening .

Sunday, April 17, 2011

sudah semkain nazak

assalamualaikum.

elo there. sehat ? dah makan? aku belom makan lagi,so asyik berbunyik jek la perut aku nieh.
aku ni makan pon malas. macam mane la badan nak naik . ni kurus jek. ada puting beliung aq xtw dpt slmt atau x. thehehe

lepas spm ni memang sangat sangat membosankan. sumpah kalau aku tahu pas sekolah bosan tahap nak mamp cmni jangan harap aku sia2kan saat tu.

hari tu aku ada pergi jenjalan cari kerja, mungkin takde rezeki aku lagi kot.sebab tak dapat pon.ouhhhh rejected betul aku.
duduk rumah lelama ni tension gak. tapi paling tak boleh blah waktu aku mintak keja kat kedai borong tu.muka cashier tu cam nak makan aku jek. tawla badan kau besar. ehehehhe..
kalau kau hempap aku gerenti takde nyawa la aku lagi lepas tu.

aku makin nazak plus kritikal nak keja ni. tido je lebey,makan kurang.
bosan..
waktu bosan macam ni la aku pergi kat peti sejuk amek segala atok moyang makanan yang sedap. eh nak sedap jekan? adatla.sapa nak makan benda tak sedap.
dah tersemput semput tetap aku makan askrem ni.
buatan sendiri. askerem walls yang tahap sedang tu aku amek, letak buah anggur , letak roti lalu ngap ngap ngap !


biar rupa tak menarik,janji sedap di tekak. 
mwahahaha

ok tak nak cakap lebey,sebab aku memang takde apa lagi  nak cakap.
ada sesiapa blh bagi aku keja?
T__T
serius aku sesak nafas gan kebosana dah rasanya dah sampai tahap kritikal.

Thursday, April 14, 2011

korang pernah nampak hantu tak ?

Assalamualaikum .


agak agak ni muka sedih tak dapat update atau sedih lepas kena pelempang?

muaxmuaxmuax hug dekat blog ! sangat rindu teramat rindu nak menulis.tapi bila dah terbukak laptop pergi bantai masuk lain. whatdeheck .
malam ni kumpul semangat kekitaan eh silap kecintaan terhadap blog baru boleh menaip balik.
agak risau meninggalkn blog sendrian. mana tahu nanti diperkosa plak dgn anasir jahat . teett !

ok berbalik pada tajuk . korang pernah nampak hantu ??
bagi aku , selalu aku nampak hantu ni, apetah lagi masa kat jalan. punya la laju dia bawak , sampai nak terkena side mirrow keta aku. ceet ! hantu punya mat rempit.
i hate mat rempit ( dalam gaya pondan tua)

pengalam yang aku nak citer ni memang jadi kat aku. bukan terjadi pada kak limah, atau usop dan lain lain lagi.
waktu tu dah nak dekat mangrib, hujan lak renyai renyai.. senja masa tu kuning2 . org tuatua cakap senja kuning ni tak elok.so jangan kuar rumah .
(tetiba jadi saspen nak citer, dalah malam jumaat)
aku yang still lagi kecik comei gojez lawa lagi masa tu pon dengan muka konfiden pergi bukak pintu belakang rumah atuk aku.

pandang je la kat luar. tapi tetiba je ada satu benda kepala dia terjulur jatuh dari atas atap.
(mengong tetiba teringat balik)
terkedu beb . mata terkelip kelip  mata aku pandang .
entah dari mana semangat aku datang,cepat cepat aku lari dalam rumah balik.
benda berkenaan ada lah yang suka main ting ting tu . suka main tali skipping bagai. dapat agak tak ? alah..dia ada bunjut atas kepala..
sengajakn nak aku terangkn dengan terprici?

tu pengalam pertama . yang selalu nampak sekali imbas tu tak kesah la.

ni punya kes plak masa aku pergi kem kat sg,siput perak.
pergi la masuk dalam felda sana. ye la, almaklumla pengawas ,nak pupuk semangat keberanian. wakkluuu gua cakap sama lu.
dulu masa form1 aku tak pergi sume ejek aku lemah semangat. hekkkeleehh makcik,saya ni ada asma,mana la family bagi pegi, yang ni lepas pun sebab aku mintak sgt nak pegi, siot kan kau ,lempangkan nak?

waktu , dah pukul 11 malam,kena masuk ladang kelapa sawit . dah la hujan. apa punya malang pon aku tak tahu la. (sambil geleng gelengkan kepala seperti usop).
ada sorang pakcik ni yang jaga kitaorang dia cakap ada kebolehan nampak benda cmtu. ok masa tu dah cuak.tapi tak nak gak percaya.
kena beratur panjang panjang kat tepi jalan nak jalan dalam barisan. tengah jalan tu tetiba dengar bunyi burung gila kuat dari mana pon tak tw tetiba ada.
memang tak habis air liur baca ayat kursi.
ada la rumah kosong ,memang sesuai utk wat citer misitk ni.

sedang  mulut still trkumat kamit tak henti membaca, aku nampak satu benda ni kat sebalah budak laki. fine aku tak kesah sebb ingatkn akak fasi. akk tu pon pakai tundg hitam jadi tak lah syak sgt .
mata aku ni pulak macam kena paku tak nak pandang tempat lain.
tengah aku pandang 360 darjah punya gila gila focus, aku nampak dia mengenepi . ok ok. bukan berjalan.tapi melayang .
memang dia pakai baju putih ,n rambut memang panjang sama dengan panjang baju putih tu. dia terapung kiri kana kekiri ke kanan.
taw tak sambil aku tulis ni sambil aku bayangkan?uhhuhhuhhhh.. nape la aku citer malam malam.malam jumaat pal tu. (--)"

aku pandg tmpt lain cepat2 , tapi pusing balik kepala tengok dah takde. alhamdulillah..
da sampai dalam hutan , dia bagi lilin alahai panjangnya.. panjg jri kelingking jek dia bg. dgn mncis dua btg.
dahla waktu hujan.
air lilin tu dahla panas,tapi sebab aku suka main api aku yang pegang,keras jari aku jadinya.
pakcik tu bagi nombor dia kata tak nak sebut nama sebab benda tu boleh menyamar n jgn ikut group lain sbb tkt tu bkn manusia.
sengal betul pkcik tu.
dah semua brkumpul balik kat satu tempat dalam ttengah tengah hutan tu, dorang suh sume duduk. dalah rumput basah,malam. katak lagi. tak kisah lagi cuma aku geli kalau ada cacing,sgt geli. (--_)".
sume kena suruh tutup mata.. kawan aku gatal tak tutup mata, balik balik citer ada benda kat group laki,yg putih rmbut tak rebonding tu la.
errrr . balik plak kena sorang2 . sgt kejam la pkcik tu. aku nmpk kwn aku, terus aku tegur dia.sampai kat khemah dia gtw dia tak jumpa pon aku.
T__T
so sape yang aku tegur tu. tapi masa balik tu badan memang penat tahap gaban, jalan pon dah tak rasa kaki.
sepanjang aktiviti kat sana memang hujan tak jemu teman kitaorang.
nasibla masa tu antibodi kuat. kalau tak mau aku kena tahan wad sebab asma.


#kalau suka sila tinggalkan komen #