nuff

jangan click !

poll

depan rumah

nuff

Sunday, April 29, 2012

review mederma ubat parut

assalamualaikum.

hari ni hari ahad . nani tengah melantak roti berjemkan coklat dan stoberi.
tengah-tengah malam makan benda cenggini memang akan membuatkan kadar kalori naik tapi nani ni susah naik berat badan.so bedal sajala. hakhakhak *gelak jahat*


oke habis intro yang merepek gila tu.memang failed ar buat pendahuluan ni.cis cis.
ok berbalik pada tajuk kita.memandangkan muka nani ni banyak parut jerawat jadi nani telah mengoogle segala nenek moyang dan khazanah untuk mengetahui cara menghilangkan parut.
tengah sedap cuci mata nani tertarik dengan product yang diberi nama mederma.

terus nani call afiq suruh belikan. hehe...
orang takde duit memang macam ni.suka hati limpa je main order nak tu ini.
so afiq pon belikanlah memandangkan dia sangat pemurah *bodek* .
tapi dia lupa nak tanyakan kat orang farmasi tu sama ada mederma tu ok ke idak dengan kulit sensitif.
jadi nani pon try and error jela.err betulke istilah ni ? ah lantak. haha

sampai je encek  posmen tu nani terus berlari macam kerbau . dengan baju besar gedabak ,rambut ikat tinggi2 macam lepas pregnant. macam orang gila pon ada ye.tapi peduli hape kan.
dahla hujan,lagilah macam raksasa muka nani.
huehue.
 ok meh tengok gambar benda tu camner.oh ni pic dari oven ye. sebab nak buat entry ni baru tangkap.huwhuw

kualiti kurang sebab snap guna webcam.



ini body dia



 ok . dapat je terus nani pakai ye .
sangat gelojoh tahap babun dah ni.
dua hari lepas nani pakai masyaALLAH....kulit nani bengkak. nani kalau dah bengkak ni confirm allergic dengan benda tu.
nani stop pakai.lepas tu mulala penderitaan hidup. huehuehuee..
kulit jadi kering maha dahsyat. merah macam badut dekat bawah badut. bengkak gila.muka rasa tegang nak mati.gatal-gatal dan menyakitkan hati.

macam-macam lah nani cuba guna. oat campur madulah,timunlah tapi semua tak berkesan sangat.
sedih woo..tak boleh nak kuar ikut mak dengan akak mengedik gedik nak keluar.muka kering tahap babun.
pakai apa pon muka jadi macam apa tah.tsk tsk :(

waktu malam nani pergi pakai krim malam. ha dapat kau ! esok muka jadi macam pakai botox.gilala.
aku tak dapat bayangkan muka orang pakai botox tegang tegang nak mampus ni.

so decide pakai pelembab je. yes pelembab kesayangan !! simple.

ini kesayangan number dua.



 pakai pelembab simple ni dia kurangkan bengkak muka nani.
masa hari isnin tu nak tak nak nani kena jemput adik nani balik dari kls tmbhan dia.
muka merah jangan cakaplah.kalau korang tengok citer 4bia yang permaisuri mati sebab allergic tu muka dia merah-merah cam gitulah nani.
sampai ada minah tu usya nani tak lepas. langgar kang tanggal bjik mata tu. hahahaa.
jadi nani drive satu tangan je sebab satu tangan lagi tutup muka dengan selendang.

oh lagi satu bedak ubat anti resdung tu pon ok.dia kurangkan bengkak and merah jugak.so suka !!

from google.

tapi semua tu tetap tak dapat nak ubatkan kulit nani yang tah macam apa tu.
sampai pelembab tu dah nak licin dah. tskkk tsskkk :'(

and waktu ni nani beli balik dalacin t. uh uh my hero.sebab dulu pakai cosmoderm yg anti jerawat tu kulit meradang cam ni jugak.tapi beli cepat takde seteruk macam pakai mederma.kulit mengelupas.sampai ada kesan kat dahi sikit.jadi cam hitam .tapi takpe benda tu cepat hilang.bukan macam parut jerawat..benci !
sampai nani kena pakai madu kat muka urut pelahan-lahan tanggalakn kulit mengelupas tu.pedih taw :(

kecintaan saya.


terpaksa beli baru sebab yang lama dah habis.cinonet sangat !nasib mujarab.
afiq dengan kak zoey zau yah suruh pergi klnik ambil ubat.tapi taknak sebab malas and malu.
oh i love you dalacin t !


semua gambar malam ni.hodohkan tak mekap.




ok.tu sahaja untuk review pasal mederma.
taubat tak pakai lagik ! letak kat kaki and tangan je kalau ada parut.
hakhakhak.

hai saya memang tak lawa.edit je bolehla ! jangan histeria tengok muka ini ye.
muka dah nak bobom pon !


ada rezki and panjang umur kita jumpa lagi.doakan saya. ^__________^
assalamualaikum.

Tuesday, April 10, 2012

berfikir tentang kematian

assalamualaikum.

semua orang pasti akan mati dan akan rasa macam mana sakratulmaut tu datangkan ?
kalau kita dapat rasa sakit masa sakratulmaut tu sekarang,nescaya kita yang akan menangis mengenangkan diri kita nanti.

nani selalu berfikir kematian. pada mulanya benda ni sangat2 menganggu kenteteraman nanila.sebab jadi takut je rasa.
tapi percayalah setiap apa yang berlaku dan akan terjadi semuanya mempunyai himah dan sebab menusabahnya.
dengan memikirkan kematian ni nani sedar yang dunia ni kita duduk tak lama.
yang kekal abadi di alam barzakh tu je nanti. antara syurga atau neraka. (nauzubillah)

tadi afiq pergi ipoh bawak tokcik dia jumpa besan dia sebab dah nazak.sampai je dah meninggal.
inalillah..dari dia kita datang..dari dia juga kita pergi. :")
baru baru nipon sibok and kecoh pasal sorang arwah ni. yang mengatakan mak dia bermimpi arwah mintak tolong padamkan gambarnya yg tidak menutup aurat.
nani tengok facebook dia.dan ini menjadi pengajaran buat nani untuk jangan mendedahkan aurat.
allahuakhbar..
usia dia sebaya dengan nani dan ini membuatkan nani makin rasa takut kerana dihambat dengan perasaan dosa-dosa yg dilakukan. baru 19 dah pergikan.
ajal maut ni tak kira umur tak kira usia.

nani pon sekarang tengah memperbaiki diri kearah yang lebih baik.
mudah2an . :")

hina sangat rasa diri ni dengan dosa2 yang dah dilakukan.

jangan fikir kiamat nak dekat baru kita nak tutup aurat sebab akan ada yang mengatakan bahwa lambat lagi kiamat.
tapi tahu tak korang yang paling dekat dengan kita ialah kematian ?

semoga kita semua selamat dunia dan akhirat.

amin :")

Sunday, April 8, 2012

tips untuk kulit bermasalah dan berjerawat

assalamualaikum

tajuk macam tak boleh nak panjang je lagikan?
mwahahahaa...
ok kalau siapa  yang kenal nani tu,dorang akan tahu macam mana keadaan kulit nani.
nani ada banyak bekas parut jerawat and ada jugak yang berlubang.
jerwat tumbuh lepas nani chicken pop. bunyi sedap je macam makanankan.
hahaha. tapi sebenarnya tu penyakit. jangan meleleh lak air liur korang.
bluerkkss


ok mari masuk kepada isinya selepas pendahuluan macam hape pon aku tak taw.
nani ada jumpa satu blog ni. dia cikgu kot.tapi nani dah lupa.
dia tulis dia pon ada masalah parut berlubang ni.so nani tertarik nak baca.
dia syorkan satu product ni yang memang BERKESAN !
nampak tak betapa berkesannya. hehe

nani pakai dah hampir sebulan dah. memang rasa ok.
oh dia krim malam taw.
memang tq sesangat la kat akak tu walaupun harga barang tu agak mahal bagi nani.
nak credit kat blog akk tu tapi pemalas yang amat.
huhu

nama benda tu LOREAL WHITE PERFECT transparent rosy whitening.


nani terpaksa pakai and cari macam mana nak pulihkan kulit nani.sebab nani terlanjur guna product local yang salah.
terpengaruh punya pasal la.dah la cinonet gila benda tu.hihi
tapi tak berkesan pada kulit nani jelah ye.
tak tahu pulak pada korang.sebab masa nani pakai kulit nani jadi meradang and merah-merah.tapi bukan jerawat taw.
dan nani sangat pandai sebab nani picit and timbulakn jerawat balik sebab ingatkan ubat itu elok
huawaa..
susah la kulit super sensitif nak mam ni.

nani pakai dalacin T sekrang.tapi dah habis.ok lah..dia keringkan jerawat and hilangkan merah tu.
yeay ! tak mampu oh nak beli.
harga 30-38 gitula.

my hero !!

untuk pencuci muka nani pakai jenama simple.harga pon rm19 keatas la.wuuuuu T.T
facial wash,toner and moisturizing .
sesuai untuk kulit super sensitif !
ehh .tu bkn korek tlnga ok.tu buat untuk bbir -.-

dalacin t,toner simple,facial wash simple,moisturizing simple,vaseline ,loreal,bedak berubat (jrg guna),bb cream garnier (jrang guna)


that all!!! 
sorry panjang pulak entry ni..

till then ! assalamualaikum 

nak menangis

assalamualaikum

tolong nani boleh tak..sekarang ni nani takut sangat nak tidur.
sebabnya kadang2 nani mimpi bukan2..macam mimpi nak kena mandi masa matila,mimpi arwah atok la..tak boleh bangun tidur la.
ni jadi lepas nani ada rasa berdenyut kat sekita pusat.kat tepi2 la.bukan kat pusat betul.

lepastu nani pergila google sebab apa.dan2 terjumpa pasal  100 hari sebelum kematian tu.
since baca tu rasa macam ada je ciri2 tu.
but the problem is tu ciri2 40 hari. sekarang dah lebih pon.
penah jugak berdenyut kat tengah dahi ni.
ada yang cakap benda tu tak sahih.
entahla nani tak taw.

dulu masa pergi pusara arwah atpk, ada tengok pusara sebelah dia tu. gaduh dengan adik pasal umur orang tu meninggal.
bodohkan nani ?
malam tu nani main2 tangkap gambar tengok2 macam ada bertelekung kat belkang kerusi tu.
allahuakhbar..terkejut sangat2...
tapi tenangkan hati,tengok2 ada sweater ayah kat situ.

then since dari saat tu nani jadi penakut.
hmmm.
dunno sampai bila nak jadi cmni.
:"( help me

.

masa balik ipoh hari tu ada main2 piano dengan akak music macam hantu.
then mak buat mengilai.nani rakam la
dengar2 ada suara mengilai lain.mengucap panjang
yaALLAH.....semangat nani  sekarang lemah sangat

walau apa pon nani anggap ni ujian ALLAH... dan nani harap ada hikmah pada setiap perkara sekrang ni.
astaghfirullahalazim...

 :"))) :"((

Saturday, March 17, 2012

saya guna naturactor . best !


assalamualaikum.

hari ni nani nak buat review pasal satu product yang nani beli online ni
.sementara tunggu cerita adnan yang asyik sempit ni tak habis mendownload.dua jam dah ni.rasa nak cekik je internet ni.
so disambungkan cerita,
nani beli kat facebook je.nama kedai tu naturactor borong jepun.
korang cari la dalam facebook tu.gerenti dapat jumpa .sebab barang ni sangat-sangat laku.
ni link dia ok.dia memang ori ! nani suka,hehee  tekan sini

untuk pengetahuan korang nani tak dibayar sama sekali taw untuk promosi barang ni.hehehe
nani hanya suggestkan untuk para gadis *cewaahh*di luar sana yang tak tahu macam mana nak
sembunyikan cela kat wajah korang tu.
sebab nani pun banyak sangat sangat sangat sangat kuasa limapulohkali bekas jerawat dan chciken chop eh pop kat pipi kesayangan ni.. haha.

porduct ni keluaran meiko.dia dari jepun.
dan nani ambil masa yang lama ye utk research ni benda ni ye.
takut terbeli yang tak ori.dan setahu nani yang china pon ori tapi tidak dijual dalam satu satu kotak !
melainkan dia yang dari jepun punya.

yang ni naturactor original dari jepun dan dijual dalam satu kotak


yang ni ori  china

foundation ni tak berminyak !
sangat sesuai dengan muka nani yang menternak minyak ni.

first time nani guna walaweeiiii .. putih gila.haha...
tapi lama-lama dia sebati dengan peluh dan kulit jadi lawa .


gambar atas ni contoh nani pakai naturactor ni .tapi nani tepek dengan 171 yang warna hijau tu sebagai base dan kurangkan merah.
nani terpaksa beli sebab nani ada tersalah pakai produk untuk skincare .
tapi sebenarnya takde hijau atau base pon tak pe.tak ada beza sangat.huehueee :p


cara cara nak pakai dia pon sangat senang !

1. cuci muka elok-elok ,tepek toner.
2. pakai pelembab . nani guna jenama simple .best !tapi bagi meresap dalam kulit dulu taw.
3. lembabkan span dan sapu pada krim dan ditepekka di muka.

edit bagi effect pink and sweet. hehe :p

till then :)

19tahun genap !

Assalamualaikum. 

dah lama tak menulis ni nani rasa sangat-sangat kekok pulak..bila tulis rasa macam "eiii...hodoh betul gaya penulisan nieh"
ok mari abaikan.
nani nak tanye ni...
korang korang, birthday korang bila eh ?

nani isnin hari tu. 12 march. 
pejam celik je tengok-tengok dah besar panjang nani ni. ini dah boleh nak kawen dah ni.hahaa ;p
tapi tahun ni kebetulan hari isnin tu nani and sefamily pergi ipoh.duduk sana kejap lah dalam empat hari.
so tahun ni ayah nani punya turn la pulak beli kek ^^,v

tapi mungkin disebabkan ayah nani ni lelaki,so dia tak  pandai nak beli kek yang sesuai untuk umur anak panjang dia ni. sebab dia beli kek design labah-labah.
bukak je kotak kek tergelak terus. tak baik betul :p
 lalalalalaa

;p

tapi bersyukur la sebab ada jugak orang sudi nak belikan kek lagi.
dan pada tahun ni nani tak letak lilin ye,sebab nya korang cari la sendiri.huehuee :'D

hadiah pulak mak nani bagi skirt and baju. 
makin tua ni makin minat pulak pakai skirt.sebab bagi nani pakai dia sangat simple.and yang penting tak ikut bentuk kaki macam kita pakai jeans.
tapi pastikan lah skirt tu panjang taw !

muka birthday girl  yang T.T

ok. till then  ;')


Friday, February 24, 2012

Diam-diam rupanya pencuri !

assalamualaikum.
hamboi-hamboi lama betul nani tak menulis dalam blog ni.mengalahkan lisa surihani yang nak bersanding pulak. eh tetiba je ! motip ? 

ok , cerita ni dah lapuk dan macam dah sesuai jadi makan anai-anai je dah.
kan dulu nani ada cerita nani dah berhenti kerja 7e kan?
eh kejap..pernah ke nani cerita ? macam nanhadoo jek.

oklah,kesimpulannya nani dah menganggur selama 5 bulan ye.bukan lima hari.haha.ehemehem.takpela lahkan. *sedapkan hati sendiri*
sebenarnya sayang jugak nak tinggalkan 7e tempat nani kerja tu . walaupun baru keja SEBULAN LEBIH je kan. gaya macam dah sepuluh tahun jekan.hehe.
sebenarnya bukan nani nak berhenti sangat,walaupun dah memang berniatkan.bukan apa,letih amat tangan ni. al maklumla tempat dia strategik sangat . dekat dengan hospital , depan sekolah rendah and menengah . 
boleh bayangkan perangai budak-budak sekolah ni mcam manakana?
dengan pengotornya.tangan memang tak payah cerita la jadi macam mana. kena mop jek keja.rasa macam nak cekik budak2 tu. 

lepas kita mop dia sengih-sengih masuk dengan kasut penuh lumpur.bencik sangat okeh !
rasa nak telan je otak dia.

EH! 

jauh dahkan melalut. actually, nani berhenti sebab nani dah tak selesa kerja kat situ. sangat complicated . 
yang si azlin bulat tu  sangat-sangat hipokrit . depan baik jek.belakang siap mengadu dekat store manager aku  buat kerja lembab . ei gemok *ops* kau tak rasa kot penat shift pagi macam mana.boleh la senang cakap. nak kira semua rokok lagik, cek jualan rokok lagik, tulis invoice segala . ingat aku cukup masa ke ?
kau kerja malam senangla. bila CDC sampai baru kau kena susun. tu pon kecoh, PADAN MUKA kau bila dapat shift pagi pulak bila aku dah dapat shift malam.

so nak  dipendekakan cerita yg dah sememangnya panjang bebonar nani dah tulis ni , 
hari tu nani masuk kerja pukul 8 malam sampai 8 pagi. dah macam kilang pulakkan,tapi gaji langsung TAK BERPATUTAN ! *tak puas hati* 
waku tu kawan baik nani masa tulah , MASA TU saje ok . dia dari 4 petang  sampai 12 malam.so nani dengan dia jelah.

nani break awal dulu,sebab malas nak break pukul 5pagi  camtu.busy kalau cdc sampai.
dia pon baik hati . oh nani pergila...catherine boleh jek jaga sorang.
lepas aku break dia plak.break pon setngah jam je wei.kejamkan??
dia  bukak topic.dia cakap dia suka bertudung and jangan terkejut kalau satu hari nanti dia masuk islam. 
nani pon macam bagi la sokongan kat dia. oh terkejut jugak asal dia macam tu. buang terbiat mungkin.

lepas dia balik, dia macej nani yang dia hilang beberpa belas ringgit. dia suruh nani tolong carikkan sebab tu je duit poket dia lagik.nani pon ok jela.
dalam pukul 2pagi camtu nani dengan wong je tinggal, penat lepas cuci stor tu nani pergi nak beli air.
tup tup duit limopuloh hingget seketul nani hilang.rasa nak nages la.macam mana nak bayarkan.even staff kat situ,takdenya dia nak bg half price .nanhado la kan.
so wong belanja nani.rasa serba salah sebab wong kedekut gila.tapi nasib malam tu dia baik hati.
nani mengadu nani hilang duit, dia cuma cakap OH ....

dua hari lepas tu nani report kat store manager ,dia cakap dia akan investigate .
dia suruh nani tgk cctv.
ohyaaaa.catherine yg biol tu lepas dia masuk bilik belakang terus dia tendang beg nani jauh dari cctv. tapi mungkin dia tak sedar,yang bontot dia sangat besar masa dia tengah busy selongkar beg nani tu.
haremm kau .....

lepastu nani buat baik je dengan dia.pura2 ok. sebab SM suruh,nak perangkap konon-konon. 
tapi hampas rupanya,tak menjadi .bahananya nani balik 1.30 pagi sebab plan sengal tu !

bila dah terbongkar segalanya , dia burukkan nani depan SM..dia kata nani burukkan azlin bulat tu .suruh panggil mek .sebab nani benci dia.oh mungkin catherine tu yang melagakan kitaorang :)

nani rasa dah sangat complicated kat situ ! and tak lama lepas tu nani resign.
si catherine tu sampai mulutut pegang kaki nani,mungkin adat dorang camtu kot.buat salah mulutut.
sorry to say, nani bukan jenis nak cakap nani maafkan someone tu bila hati nani tak boleh nak accept semua tu.

dia mencurik sebab segala duit gaji dia,dia bagi boyfriend yang baru dia kenal baru beberapa bulan dalam fb !

oh ya.
till then . so sorry amat panjang ! but ni pengalaman nani :)

tata 


p/s : terpaksa membahasakan diri sebagai nani,sebab mungkin aku terlalu kasar