nuff

jangan click !

poll

depan rumah

nuff

Sunday, September 19, 2010

kisah RASULULLAH sebagai pengajaran

1) Kalau ada pakaian yang koyak, Rasulullahmenampalnya sendiri tanpaperlu menyuruh isterinya. Beliau juga memerah susukambing untuk keperluankeluarga mahupun untuk dijual.
2) Setiap kali pulang ke rumah, bila dilihattiada makanan yang sudah siapdi masak untuk dimakan, sambil tersenyum bagindamenyinsing lengan bajunyauntuk membantu isterinya di dapur. Sayidatina'Aisyah menceritakan 'KalauNabi berada di rumah, beliau selalu membantuurusan rumahtangga.

3) Jika mendengar azan, beliau cepat-cepatberangkat ke masjid, dancepat-cepat pula kembali sesudah selesai sembahyang.'

4) Pernah baginda pulang pada waktu pagi.Tentulah baginda teramat laparwaktu itu. Tetapi dilihatnya tiada apa pun yangada untuk sarapan. Yangmentah pun tidak ada kerana Sayidatina 'Aisyahbelum ke pasar.Maka Nabi bertanya, 'Belum ada sarapan yaKhumaira?' (Khumaira adalahpanggilan mesra untuk Sayidatina 'Aisyah yangbererti 'Wahai yangkemerah-merahan')Aisyah menjawab dengan agak serba salah, 'Belumada apa-apa wahaiRasulullah.'Rasulullah lantas berkata, 'Jika begitu aku puasasaja hariini.' tanpa sedikit tergambar rasa kesal di raut wajah baginda.

5) Sebaliknya baginda sangat marah tatkalamelihat seorang suami sedangmemukul isterinya. Rasulullah menegur, 'Mengapaengkau memukul isterimu?'Lantas soalan itu dijawab dengan agak gementar,'Isteriku sangat keraskepala! Sudah diberi nasihat dia tetap degil juga, jadiaku pukul lah dia.''Aku tidak bertanyakan alasanmu,' sahut Nabi s. a. w.'Aku menanyakan mengapaengkau memukul teman tidurmu dan ibu kepadaanak-anakmu?'

6) Pernah baginda bersabda, 'sebaik-baik lelakiadalah yang paling baik,kasihdan lemah lembut terhadap isterinya.' Prihatin,sabar dan tawadhuknyabaginda dalam menjadi ketua keluarga langsungtidak sedikitpun menjejaskankedudukannya sebagai pemimpin umat.

7) Pada suatu ketika baginda menjadi imam solat.Dilihat oleh parasahabat,pergerakan baginda antara satu rukun kesatu rukun yang lain amatsukar sekali.Dan mereka mendengar bunyi menggerutup seolah-olahsendi-sendipada tubuh baginda yang mulia itu bergeser antarasatu sama lain. SayidinaUmar yang tidak tahan melihat keadaan baginda itulangsung bertanya setelahselesai bersembahyang,

'Ya Rasulullah, kami melihat seolah-olah tuanmenanggung penderitaan yangamat berat, tuan sakitkah ya Rasulullah?''Tidak, ya Umar. Alhamdulillah, aku sihat dan segar.'

'Ya Rasulullah...mengapa setiap kali tuanmenggerakkan tubuh, kamimendengar seolah-olah sendi bergeselan di tubuhtuan? Kami yakin engkausedang sakit...' desak Umar penuh cemas...

Akhirnya Rasulullah mengangkat jubahnya. Parasahabat amat terkejut. Perutbaginda yang kempis, kelihatan dililiti sehelaikain yang berisi batukerikil, buat untuk menahan rasa lapar baginda.Batu-batu kecil itulah yang menimbulkanbunyi-bunyi halus setiap kalibergeraknya tubuh baginda.

'Ya Rasulullah! Adakah bila tuan menyatakan lapardan tidak punya makanankami tidak akan mendapatkannya buat tuan?'Lalu baginda menjawab dengan lembut, 'Tidak parasahabatku. Aku tahu, apapun akan engkau korbankan demi Rasulmu. Tetapiapakah akan aku jawab dihadapan ALLAH nanti, apabila aku sebagai pemimpin,menjadi beban kepadaumatnya?' 'Biarlah kelaparan inisebagai hadiah ALLAH buatku, agar umatku kelaktidak ada yang kelaparan didunia ini lebih-lebih lagi tiada yang kelaparan diAkhirat kelak.'

8) Baginda pernah tanpa rasa canggung sedikitpunmakan di sebelah seorangtua yang dipenuhi kudis, miskin dan kotor.

9) Hanya diam dan bersabar bila kain rida'nyadirentap dengan kasar olehseorang Arab Badwi hingga berbekas merah dilehernya. Dan dengan penuh rasakehambaan baginda membasuh tempat yang dikencingsi Badwi di dalam masjidsebelum menegur dengan lembut perbuatan itu.

10) Kecintaannya yang tinggi terhadap ALLAH swtdan rasa kehambaan yangsudah sebati dalam diri Rasulullah saw menolaksama sekali rasa ke tuanan.

11) Seolah-olah anugerah kemuliaan dari ALLAHlangsung tidak dijadikansebab untuknya merasa lebih dari yang lain, ketikadi depan ramai mahupundalam keseorangan.

12) Pintu Syurga telah terbuka seluas-luasnyauntuk baginda, bagindamasih lagi berdiri di waktu-waktu sepi malam hari,terus-menerus beribadahhinggakan pernah baginda terjatuh lantaran kakinyasudah bengkak-bengkak.

13) Fizikalnya sudah tidak mampu menanggungkemahuan jiwanya yangtinggi.Bila ditanya oleh Sayidatina 'Aisyah, 'YaRasulullah, bukankahengaku telah dijamin Syurga? Mengapa engkau masihbersusah payah begini?'Jawab baginda dengan lunak, 'Ya 'Aisyah, bukankahaku ini hanyalah seoranghamba? Sesungguhnya aku ingin menjadi hamba-Nyayang bersyukur.'

Rasulullah s. a. w. bersabda,'SAMPAIKANLAH PESANKUWALAUPUN SEPOTONGAYAT..'

No comments: