nuff

jangan click !

poll

depan rumah

nuff

Wednesday, March 23, 2011

Keputusan peperiksaan SPM 2010

Assalamualaikum .




hati mula berdebar . saat itu akn tiba dalam masa 12 jam lagi.
dup dap dup dap .
eh annoying pulakkan ?

dah tiga bulan waktu berlalu . kini masanya sudah tiba .kalau boleh esok rasa nak pengsan sepanjang hari .bukan mati ye . saya nak hidup.
rasa cuak giler bila kenangkan cikgu ada tersenyum senyum nanti bila nak amek result .
yaALLAH , tenangkan lah hati hamba mu ini .
aku hanya dapat lakukan apa yang termampu je masa tu .
aku hanya boleh bagi alasan . ya memang alasan sebab aku belajar subject tu tak sampai setahun . benda orang lain dah dua tahun .
alasan kan ?
tapi tulah hakikat .
CHEMISTRY !
ada yang cakp susah . ada yang cakap macam kacang , aku pulak hanya boleh tersenyum . hahahahhahaa.dan berasa teramat bimbang , sebab markah masa form4 takde . and hanya berharap pada form5 sahaja . hurm .

ADD MATH  ! terima kasih kerana wujud dalam hidup saya . memang terasa begitu cuak . takut . (T__T)
apatah lagi memang agak lemah eh silap bukan agak tapi memang lemah dalam hal-hal calculate semua ni .

SEJARAH . saya dah lakukan terbaik . tapi masa trial tak silap dapat B jek . hmm
dan terasa menyesal apabila mengatal pergi semak jawapan . semak punya semak , saya buat dalam tiga kesalahan kot . saya buat jawapan yang betul , tapi saya tak pasti and pergi padam . benda jawapan yang pertama adalah jawapan yang benar dan saksama .
oh loser nya .

ICT . ni lagi satu subject yang diambil tak sampai setahun . rasa tension gila kena buat kerja form4 and form5 sekligus . uhhh  ~ nasib kerja ni jadi backup . ada 30 markah dalam tangan . cikgu berpeluh bila tahu saya tak buat apa pun lagi . benda dah bulan 6 masa tu . memang agak nazak terpaksa buat dalam masa yang singkat .
sampai sekarang cable tu tak siap pon . apa nama cable tu pon tak taw . haha . loser !

MATH ! ok . subject ni senang bagi sesiapa yang rajin buat revision . dan susah bagi saya . sebab saya tak minat math ni. apatah lagi bila naik form4 dan form5 memerlukan skills masa form2 and 3 .
tapi saya takde skills tu sebab cikgu masa form2 suka sgt tambah zuriat and tidur sebab letih jaga anak .
bila dah start mengajar , bila taktaw jawab dia akan pukul2 kita macam makwe pukul dada pakwenya bila dah terkantoi something . maaf saya menyalahkan cikgu pulak ! sorry ..tension .
tapi tak tipu . memang mula dari situ saya rasakan subject math ni bukan kegemaran saya sampai sekrang .
oh loser !

perdagangan .subject ni pon saya ambil dalam masa tak sampai setahun . alhamdulillah boleh bawak . and masa exam penggal pertama saya dapat markah paling tinggi dalam kelas untuk subject ni .
walaupon hanya A- .
tapi oklah daripada gagal .
grrr  . sangat takut . tapi kenapa bila waktu spm saya rasa masa sangat sangat tak cukup untuk subject ni.
bila habis je masa, balik masuk kereta , air mata mula kuar .
hurm ~

berharap akan banyak ditanda A pada slip keesokkan hari .
amin...

banyaknya alasan tercipta . papepon tak boleh buat apa apa. tawakal je la.
sebab keputusan tu mengambarkan apa usaha yang kita da buat .
just sangat berharap subject yang tak gemarkan itu lebih2 lagi untuk math,addmth and chemistry .
saya redha jelah
. bhahahahahhahahaa .(gelak tutup gelisah )
tapi terima kasih la kat ustaz err apatah nama tu , bagi saya air penenang hati . serius , masa masuk dewan sikit pon tak rasa takut. rasa macam biasa je.
dah habis exam air tu pun entah letak dimana
(T___-T) .
yeay . saya berasa gementar .
hhuuuaawaaaaa ~


p/s : sambiil tension menulis bila teringat nak amek keputusan esok sambil menelan air susu  vitagen and disusuli dengan 3 keping roti disalut planta and gula .
tension punya pasal .

yaALLAH,permudahkanlah segala urusan ku pada esok hari .
yang buruk itu datang dari ku , dan yang baik itu datang daripada-MU .
amin ya robbal alamin ~

maaf jugak kepada anak ayam aku yang asyik menjerit je . err. macam mana tah bunyik dia.
tengok makanan dah ada , air dah ada . last last aku amek air botol dan bagi penuh tempat air dia , sampai berlimpah ruah pulak .huu. tak bermaksud .
dan terasa nak menangis .  maaf ye anak ayam . tak bermaksud . tapi takpe tempat awak lebar untuk awak tidur .
errmm

1 comment:

Anonymous said...

Xpe,hdup pnjg lg..