nuff

jangan click !

poll

depan rumah

nuff

Sunday, January 13, 2013

Resepi kek pavlova

Assalamualaikum..

malam tadi mood rajin nak membaking . jadi terhasilla sebuah pavlova. wah sebuah gitu. blerghhh~
sebelum ni buat dah dua kali. tapi tak de whipping cream jadi topping dia buat2 sendiri. hehe
mari cekidouttt resepi di bawah ini :


Bahan-bahan : 4 biji telur ambil putih saja . yang kuning goreng buat makan pon boleh.
                      3/4 cawan gula kastor . nak kurangkan pon boleh sebab manis .
                      1 sudu besar tepung jagung
                      1 sudu esen vanila
                      1 sudu cuka makan

topping pulak guna whipping cream dlm 3/4 cawan and buah2 masam . stoberi,anngur,kiwi.terpulang..

ok bahan bahan kat atas ni untuk buat meringue a.k.a kek dia tula

cara buat dia :   1.  masukkan telur putih tadi di dalam mixer dan pukul sampai di kembang berbuih lawa gitu
                         2. ambil gula tadi masukkan sikit sikit sampai habis dan PASTIkan gula tu hancur . ( aku              selalu tak berapa hncur bila buat kek.amatur mmg begini)
3. pukul sampai dia berkilat dan kalau dah jadi try angkat atas kepala pon dia tak jatuh. bila jadi akan nampak tanduk2 ok.
4. masukkan tepung jagung,cuka dan esen vanila tadi. dan kacau cepat2 dengan spatula ke apa ok
(tapi aku pukul je dlm mixer sekali hahahha)

lepas tu cara nak bakar dia korang ambil kertas minyak lukisla bentuk bulat untuk buat besar mana korang nak.


masa korang tengah buat benda2 kat atas ni,boleh panaskan oven terlebih dahulu 150c dalam masa 15 minit
lepas tu korang bolehla masukkan adunan tadi dalam oven dan bakar ikut oven korang ok. macam nani 150c sejam tapi xberapa masak belah kiri tu . jadi tambah lagi dalam 15 minit cm gitula

bila dah dengar bunyi TENG ! hahaha ok pavlova da masak . try cucuk untuk tgk dalam masak ke x.
biar sejuk dalam oven sekejap.tak lama pon .bukak sikit tapi jangan keluarkan.

masa tengah bakar kek tu pon korang boleh pukul guna mixer la ye whipping cream korang tu.pukul sampai kental. macam nani guna jenama vivo . ok lah. tak payah tambah pape lagi.sesedap rasa dah.
beli kat bakery . murah !

lepas tu bolehla hias dengan whip cream yang dah pukul tadi hias atas dia. lepas tu letak buah2an pilihan korang. nani ambil stoberi je.

hasilnya jadila ini ... hahahhaa. orang tak kreatif jgn gelak ocey ? >.<




ok korang., jumpa lagi bila sya rajin mengupdate . papai . Assalam ^^

4 comments:

Siti said...

rajinnya masak2 ;)

Hanida Moss said...

suka tgk pavlova, makan pun suka, nak buat tak suka :p

Danny said...

entry yg bagus. memberi suntikan semangat supaya blogger perempuan try memasak. hehe

Siti said...

sedapnya!