nuff

jangan click !

poll

depan rumah

nuff

Thursday, November 28, 2013

Resepi Kek Marble Oren yang senang dan mudah

Assalamualaikum.


Minggu lepas aku ada buat kek marble oren . Rasa not bad ...
Jadi di bawah ni aku bagi cara-cara buat kek ni dengan tips yang mudah and senang ..

130 gram mentega / butter pon boleh.
1 cawan tepung naik sendiri ( Tapi aku guna tepung gandum je . jadi je.. tapi tak segebu mana )
2 biji telur gred A . Asingkan kuning dengan putih telur .
3/4 cawan gula castor ( aku guna je gula biasa tapi kisar dulu bagi halus and kuantiti dikurangkan sikit .)
1 biji oren dan parut kulitnya . Jusnya diperah .
1 camca teh coklat emulco ( aku takde..so aku ambil coklat masakan dan cairkan campur sikit dengan peanut butter :p)







Cara-cara :

Panaskan oven dahulu . 175c 10 minit .

1 ) Putar putih telur yang diasingkan daripada kuning telur tadi bersama sesudu gula sehingga kental (kalau letak atas kepala pon takjatuh dah ) lepas dah kental sila asingkan di bekas lain .
Dalam bekas pemutar tadi masukkan mentega/butter bersama gula . Putar sehingga gula hancur dan mentega menggebu .. kemudian masukkan kuning telur dan putar sehingga mereka sebati mesra alam . hehe .Kemudian masukkan pula parutan kulit limau tadi .

2 ) Perlahankan pemutar .. kemudian masukkan tepung selang seli dengan jus oren . buat sampai habis ..
putar bagi sebati .. dah sebati matikan pemutar dan masukkan puith telur yang kental tadi . buat kaup balik dengan spatula sampai mesra ;)

3 ) asingkan sedikit adunan dalam setengah cawan ( 3/4 sudu ) dan campurkan adunan yang diasingkan tadi dengan coklat emluco .kacau rata sampai sebati adunan dengan coklat itu.
tuang adunan kosong tadi dalam bekas pembakar ..rata2kan .. kemudian ambil sudu dan buat dot dot adunan coklat tadi atas adunan yang dah dituang dalam bekas tadi .corekkan guna lidi atau chopstik untuk buat corak.

4 ) bakar 45 minit (bergantung pada oven masing2) sehingga masak .
selepas masak keluarkan dan sejukkan ... lepastu apa lagi..makan .. hehe...

size bekas ( 9inci x 4inci x 3.5 inci ) . alas dengan kertas minyak okeh..

selamat mencuba uolss!  ;D


p/s : sorry kamera buruk ? mwahaha


No comments: