nuff

jangan click !

poll

depan rumah

nuff

Monday, October 22, 2012

Pengalaman bergaduh di sekolah / bukan lemah lembut

Assalamualaikum

muka tak mekap ginilah
.

ha malam ni terus buat dua entry  !
nilah padahnya bila dah start menaip. hewhew .
setiap orang mesti ada pengalaman masa zaman sekolahkan ?ada yang kena buli,membuli,pemalu dan macam2 lah .
kalau saya,saya pernah rasa dibuli masa sekolah rendah . membuli di sekolah menengah . hehehe.
walaupun saya pernah jadi pengawas dan PRS (pemimpin rakan sebaya) sekolah . tapi tak bererti saya ni jenis patuh pada peraturan .

masa sekolah semua ingat saya lembik .
ye memang luarannya nampak begitu . saya bercakap macam bercakap dengan semut . tapi itu dengan orang yang saya kenal macam tu je. kawan yang betul kawan dengan saya kenal saya macam mana.
eh ayat berbelit ! tapi faham kan ?

dulu pernah kena tegur  dengan cikgu pengawas jalan lemah gemalai macam mak minah balik pasar .
malu saya bila ditegur di depan senior . bukan saya jalan macam tu cikgu .. saya tengah moody waktu tu...
dahla kain ketat ... auntie tu jahit macam saya kena buat cat walk . -.-
kalau cikgu nak tahu saya jaga kelas budak lelaki bising saya sepak meja dia taw cikgu . saya tumbuk papan hitam belakang kelas tu. cikgu ni... ishish... masa nak exam pon saya boleh bergaduh lagi sebab ada mamat tu ambil tempat saya . cikgu  tahu saya buat apa? saya sepak kerusi sampai dia jatuh . saya campak je beg dia . dia nak lempang saya cikgu . tapi saya lagi bagi pipi saya suruh tampar kalau berani sangat .
haa ! lemah lembut ke saya ni ? hihi . saya garang dengan budak lelaki je ye ^^

bila adik saya dah strat masuk form 1 kalau ada apa2 dia mengadu kat saya .
ada hari tu dia mengadu ada budak perempuan ni macam nak carik gaduh dengan dia..siap kutuk saya sekali.tapi saya sendri dah lupa sebab apa..
ditakdrikan kelas saya Pj sama dengan kelas adik saya .maknanya budak perempuan tu pun ada sekali.
saya pandang2 jugak dia . tapi dia macam takut-takut nak pandang saya . hahaha
ingatkan budak tu takut. tapi sebenarnya tidak !
tengok ! saya baik je dengan budak-budak 


waktu tukar baju sukan , dalam banyak-banyak suara tu saya dengar suara budak tu . saya tengah tukar baju ni tapi bila dengar je dia mengumpat saya dari belakang terus sarung baju kurung cepat-cepat dan keluar cari budak tu .
boleh dia cakap macam ni ' eleh aku ingatkan berani sangat dia tu . rupanya tak ! beriya je pandng-pandang and nak takutkan aku . ' dan bla bla blaaa .....
saya geram ... saya datang belakng dia..saya rentapp baju dia pandang saya.
ye saya menjerit marah -.-
uh uh uh malunya... hihihi
saya suruh dia pandang saya dan ulang semua dia cakap tadi . dia tak mengaku . tapi ni semua jadi kat dalam bilik persalinan taw. saya dengar suara cakap stopla .
saya ingatkan kawan saya... rupanya adik saya ada dalam salah satu bilik tu ..
jadi saya lepas kan lah ... ada jugak yang cakap ala tu je ke ? eehh, habis tu takkan saya nak belasah pulak ? sound bolehla ..hewhew

ingatkan budak tu insaf..keluar je dari persalinan dia cakap dengan kawan2 dia ' ingat aku takut ke ?'
amboi dikkkk. akak lepas kan je kamu sebab akak dah nak masuk kelas.
tapi lepastu memang dia takde dah nak carik pasal dengan adik saya and mnegutuk saya.
yelah..dalam kelas main phone..bermekap... buat bising... -.-
haishh.

tapi tu semua kenangan la...hihihi...
sekarang takde dah ;p
tapi kalau saya tahu ada orang carik pasal dgn kawan atau family saya...mesti saya tanya orang tu dulu .
macam pembela nasib plak -.- hew hew .
kalau tak bernasib baik saya sound .

errr . oklah... dah lama tak berblog ni..
tulis pon macam apa je . -.-

papai uolsss ``

Perubahan diri

Assalamualaikum.

dalam kehidupan ni kadang-kadang kita sering alpa..lupa tentang apa yang kita lakukan.
iman surut naik . seringkali diri seakan lupa bahawa wujudnya kehidupan di akhirat kelak.
tapi bila sampai waktunya,baru kita nak memyesal..

dulu saya buat blog ni tulis sesuka hati . post gambar tak tutup aurat sesuka rasa.
menulis sesuatu yang mungkin membuatkan seseorang terasa. harap mohon ampun ye.
saya tak tuju kepada sesiapa. kalau ada harap maaf..

banyak dah saya delete post yang terdahulu. tapi tetap jugak muncul gambar terdahulu.
sedihnya :'(
sejujurnya saya sedang merangkak ingin mendekati-NYA.
saya harap saya kuat untuk menuju ke jalan-NYA.
sedih bila mengenangkan diri yang sering kali lupa pada dosa. :'(
sedih bila saya tak tutup aurat dulu ;'(
entah sesiapa sahaja pernah tengok saya tak bertudung.

tapi bagi saya itulah hikmah,
kalau kita tak lakukan kita tak tahu apa salah yang kita lakukan.
yang buruk itu dijadikan sempadan. yang baik itu tauladan.

kita kalau nak berubah kita kena berusaha.
kita kena cari hidayah. sebab hidayah takkan datang dengan sendirinya.
macam kita kalau nak makan . kena carik barangnya . kena dimasak . disuapkan kedalam mulut.
baru lepas tu kita dapat rasakannya.

jadi marilah kita saling membantu antara satu sama lain.
saya tak perlukan kata2 perlian,mengumpat dan mencaci untuk menegur .
sejujurnya cara tu buat kan orang lagi menyampah.
dekati dengan cara yang berhemah . lembut dan teguran yang baik. ok ?


ada umur dan rezeki jumpa lagi.
sayonara ~~

as'salam ..

doakan saya terus kekal begini satu hari nantiii

Sunday, September 9, 2012

suara mengilai di piano

assalamualaikum.

petang tadi semenyih hujan lebat. dan paling sadis sekali charger laptop nani kena sambar kilat.
ada 4 laptop dalam rumah ni, tapi kilat memilih untuk mengambil chager laptop nani pergi.
mwahaaha . gelak dalam tangisan.
ni pun pinjam charger mak . nak beli tengah kering. T.T

ok hari tu nani balik ipoh.tak silap masa bulan 6.
tapi sekrang dah bulan berapa ye? hahaa. pemlas nak update memang mcm ni lah jadinya,.
bila tengok draft baru ingat balik.

kat rumah ipoh nani ada piano . tapi beli hanyala sia2 sebab tak de sape yang pandai main.lol
yang ada hanyala muzik rekaan zombie dari kami adik beradik. mueheee.
nak disebutkan cerita, petang tu nani dengan kakak,mak dan adik tak tahu nak buat apa.
jadi tangan pon rasa menggatal nak main piano tu.yelah kamikan tak suka membuang masa.
loolololol.

kami buat muzik hantu. tekan la lama2 jejari piano tu. jejari?
kahkahkah
kami buat muzik hantu.. mak buat suara mengilai. nani rakam guna phone.tapi rakam suara jela.
nasib bukan rakam video , kalau tak mahu pengsan kalau nampak kelibat yang tak dipinta tu.
tengah syiok mengada2 mengilai, nani play apa yang dirakam tu,
guess what??
ada suara mengilai lain pada akhir record.
perghhh meremang bulu bulu roma kami .
suara dia , halus dan nyaring..
sekali je dengar terus nani padam T.T

lepas tu masing masing diam membisu. kitaorang pandang antara satu sama lain. terus lari naik atas.
dah la waktu tu nak hujan lebat,mendung gila.

jadi sekarang kalau nani nak rakam apa apa mesti nani trauma/.
dulu masa form2 nani pernah dengar juga suara tu.sebelum puasa la. ishhh...
mungkin hijab nani dengan akk nipis.dan selalu nampak benda bukan2.

next entry nani update pasal benda kelip2 wanrna merah.
korang tahu tak apa benda? benda halus jugak..dia ada kepala je bawak terbang.
;p

till then.

salam. xoxo

Sunday, July 22, 2012

DIY mask / masker untuk rambut

assalamualaikum semua.
sila jawab dalam hati sambil berkata sopan betul owner blog ni.baik dia bagi salam pada kita semua.
ehem.

ok abaikan kemerepekan yang tak ada kaitan langsung itu dan mari masuk ke isi yang lebih berguna sambil kunyah kerepek.
onom nom nom.

nani ni jenis yang suka baca blog ! tapi pemalas tahap lautan paling bawah sekali bila nak mengupdate.sebab sendiri tahu kalau update pon tiada siapa yang menanti untuk membacanya.
ok tanpa membuang masa kita start DIY kita pada hari ini.


nani paling rajin tengok you tube pasal mekap,mask muka dan mask rambut.
ada dua cara nani nak bagitaw.
sila baca betul-betul ye.tapi diingatkan kalau rambut korang rosak ke apa nani takde warranty ok?

first .

ambil sebijik telur.
ambil yang kuning telur sahaja ye.tak mahu yang putih.

.putih tu kalau tak nak membazir boleh campur dengan limau nipis untuk dibuat sebagai mask .

dah asingkan,ambil kuning telur tu,ambil sesudu atau dua sudu madu ikut kepanjangan atau ketabalan rambut korang.kalau tebal dan panjang ambil dua telur la ye.

mix mix mix .
lepas tu basahkan rambut korang sikit dan letak la mask  tu.
tapi bau dia agak euww la.
tapi menjadi ! biarkan selama 20 minit dan basuh. nak bagi hilang bau tu shampu rambut korang sikit .


cara kedua.

madu dan yogurt

yogurt plain tanpa ada apa apa perisa.
campurkan kedua2 bahan dia atas dan gaul-gaulkan sampai sebati.
basahkan rambut korang dan peram dia sampai 20 minit dan bilas.
untuk hilangkan bau shampu sikit ye,
bahan-bahan ni pon boleh apply kat muka.dan hasilnya yummeehh!!
lembut macam baby.

ok tu sahaja tips nani dapat kongsikan.
kalau korang tak berkenan atau geli tak payah buat ye.

till then . 


tak pergi sekolah potong tangan

assalamualaikum

sekian lama tak menulis blog macam orang busy berniaga.
sebenarnya tak buat apa pun. kahkah.
semalam dah masuk hari pertama berpuasa. korang apa macam ? okeh ke ko.kalau k.o esok tanam semangat lebih sikit ye,takkan baru pukul 10 pagi dah merengek nak makan . kan ?tak malu ke budak tadika pon dah boleh puasa apatah lagi korang yang dah boleh jadi mak ayah orang .hehe.
gurau je ok. tapi memang jangan buat alasan gastrik kalau  kau kena gastrik waktu bulan puasa sahaja . memang rasa nak kena baling batu lakan?
hehee..

hari tu nani teman pakcik keluar sebab nak repair kereta dia. orang kedai tu tengah repair kita orang pon mana la boleh duduk diamkan. kami memang hyperaktif punya orang.
mula la bangun tengok-tengok kedai tu.bila dah bosan duduk balik.
lepastu pakcik dah bosan ala ala bontot dah panas sebab duduk je,dia call maksu..
ajak nak keluar lepas jemput dia dari rumah.

nak dijadikan cerita kitaorang singgah kedai kereta lagi.
memang tersenyum la orang kedai kereta tu tengok ada customer datang.tapi lepas tu mesti dia menyumpah-nyumpah  kami selepas kami keluar kedai dia.barang  mahal gila.
gila pun benci tengok dia punya harga.
kahkah.dah senget pulak.
waktu dalam kereta tu la,nani nampak pusat tuisyen dengan tema ke apa tah yang berbunyik begini.
"suntikan semangat unggul "
perghh~~ ayat dia...lepas tu maksu nani tetiba menyampuk cakap dekat anak dia yang baru masuk tadika tu kalau tak pergi tadika dan tak jadi pandai kena masuk situ.
kalau bodoh nanti kena suntik lepas tu potong tangan.
kahkahkah, orang zaman jepun pon takde sekejam tu.
apa lagi habis pucat lesi la muka budak tu sambil buat pandangan takut.

idea bagus . insyaALLAH  akan dipraktikkan pada anak aku nanti.
nantikan anak akan datang ku.



p/s ; entry macam ni pun mahu tulis ke wei?
eh suka hati akulah. kahkahkah,
kbai.

Sunday, April 29, 2012

review mederma ubat parut

assalamualaikum.

hari ni hari ahad . nani tengah melantak roti berjemkan coklat dan stoberi.
tengah-tengah malam makan benda cenggini memang akan membuatkan kadar kalori naik tapi nani ni susah naik berat badan.so bedal sajala. hakhakhak *gelak jahat*


oke habis intro yang merepek gila tu.memang failed ar buat pendahuluan ni.cis cis.
ok berbalik pada tajuk kita.memandangkan muka nani ni banyak parut jerawat jadi nani telah mengoogle segala nenek moyang dan khazanah untuk mengetahui cara menghilangkan parut.
tengah sedap cuci mata nani tertarik dengan product yang diberi nama mederma.

terus nani call afiq suruh belikan. hehe...
orang takde duit memang macam ni.suka hati limpa je main order nak tu ini.
so afiq pon belikanlah memandangkan dia sangat pemurah *bodek* .
tapi dia lupa nak tanyakan kat orang farmasi tu sama ada mederma tu ok ke idak dengan kulit sensitif.
jadi nani pon try and error jela.err betulke istilah ni ? ah lantak. haha

sampai je encek  posmen tu nani terus berlari macam kerbau . dengan baju besar gedabak ,rambut ikat tinggi2 macam lepas pregnant. macam orang gila pon ada ye.tapi peduli hape kan.
dahla hujan,lagilah macam raksasa muka nani.
huehue.
 ok meh tengok gambar benda tu camner.oh ni pic dari oven ye. sebab nak buat entry ni baru tangkap.huwhuw

kualiti kurang sebab snap guna webcam.



ini body dia



 ok . dapat je terus nani pakai ye .
sangat gelojoh tahap babun dah ni.
dua hari lepas nani pakai masyaALLAH....kulit nani bengkak. nani kalau dah bengkak ni confirm allergic dengan benda tu.
nani stop pakai.lepas tu mulala penderitaan hidup. huehuehuee..
kulit jadi kering maha dahsyat. merah macam badut dekat bawah badut. bengkak gila.muka rasa tegang nak mati.gatal-gatal dan menyakitkan hati.

macam-macam lah nani cuba guna. oat campur madulah,timunlah tapi semua tak berkesan sangat.
sedih woo..tak boleh nak kuar ikut mak dengan akak mengedik gedik nak keluar.muka kering tahap babun.
pakai apa pon muka jadi macam apa tah.tsk tsk :(

waktu malam nani pergi pakai krim malam. ha dapat kau ! esok muka jadi macam pakai botox.gilala.
aku tak dapat bayangkan muka orang pakai botox tegang tegang nak mampus ni.

so decide pakai pelembab je. yes pelembab kesayangan !! simple.

ini kesayangan number dua.



 pakai pelembab simple ni dia kurangkan bengkak muka nani.
masa hari isnin tu nak tak nak nani kena jemput adik nani balik dari kls tmbhan dia.
muka merah jangan cakaplah.kalau korang tengok citer 4bia yang permaisuri mati sebab allergic tu muka dia merah-merah cam gitulah nani.
sampai ada minah tu usya nani tak lepas. langgar kang tanggal bjik mata tu. hahahaa.
jadi nani drive satu tangan je sebab satu tangan lagi tutup muka dengan selendang.

oh lagi satu bedak ubat anti resdung tu pon ok.dia kurangkan bengkak and merah jugak.so suka !!

from google.

tapi semua tu tetap tak dapat nak ubatkan kulit nani yang tah macam apa tu.
sampai pelembab tu dah nak licin dah. tskkk tsskkk :'(

and waktu ni nani beli balik dalacin t. uh uh my hero.sebab dulu pakai cosmoderm yg anti jerawat tu kulit meradang cam ni jugak.tapi beli cepat takde seteruk macam pakai mederma.kulit mengelupas.sampai ada kesan kat dahi sikit.jadi cam hitam .tapi takpe benda tu cepat hilang.bukan macam parut jerawat..benci !
sampai nani kena pakai madu kat muka urut pelahan-lahan tanggalakn kulit mengelupas tu.pedih taw :(

kecintaan saya.


terpaksa beli baru sebab yang lama dah habis.cinonet sangat !nasib mujarab.
afiq dengan kak zoey zau yah suruh pergi klnik ambil ubat.tapi taknak sebab malas and malu.
oh i love you dalacin t !


semua gambar malam ni.hodohkan tak mekap.




ok.tu sahaja untuk review pasal mederma.
taubat tak pakai lagik ! letak kat kaki and tangan je kalau ada parut.
hakhakhak.

hai saya memang tak lawa.edit je bolehla ! jangan histeria tengok muka ini ye.
muka dah nak bobom pon !


ada rezki and panjang umur kita jumpa lagi.doakan saya. ^__________^
assalamualaikum.

Tuesday, April 10, 2012

berfikir tentang kematian

assalamualaikum.

semua orang pasti akan mati dan akan rasa macam mana sakratulmaut tu datangkan ?
kalau kita dapat rasa sakit masa sakratulmaut tu sekarang,nescaya kita yang akan menangis mengenangkan diri kita nanti.

nani selalu berfikir kematian. pada mulanya benda ni sangat2 menganggu kenteteraman nanila.sebab jadi takut je rasa.
tapi percayalah setiap apa yang berlaku dan akan terjadi semuanya mempunyai himah dan sebab menusabahnya.
dengan memikirkan kematian ni nani sedar yang dunia ni kita duduk tak lama.
yang kekal abadi di alam barzakh tu je nanti. antara syurga atau neraka. (nauzubillah)

tadi afiq pergi ipoh bawak tokcik dia jumpa besan dia sebab dah nazak.sampai je dah meninggal.
inalillah..dari dia kita datang..dari dia juga kita pergi. :")
baru baru nipon sibok and kecoh pasal sorang arwah ni. yang mengatakan mak dia bermimpi arwah mintak tolong padamkan gambarnya yg tidak menutup aurat.
nani tengok facebook dia.dan ini menjadi pengajaran buat nani untuk jangan mendedahkan aurat.
allahuakhbar..
usia dia sebaya dengan nani dan ini membuatkan nani makin rasa takut kerana dihambat dengan perasaan dosa-dosa yg dilakukan. baru 19 dah pergikan.
ajal maut ni tak kira umur tak kira usia.

nani pon sekarang tengah memperbaiki diri kearah yang lebih baik.
mudah2an . :")

hina sangat rasa diri ni dengan dosa2 yang dah dilakukan.

jangan fikir kiamat nak dekat baru kita nak tutup aurat sebab akan ada yang mengatakan bahwa lambat lagi kiamat.
tapi tahu tak korang yang paling dekat dengan kita ialah kematian ?

semoga kita semua selamat dunia dan akhirat.

amin :")