nuff

jangan click !

poll

depan rumah

nuff

Friday, October 29, 2010

aku baru mula nak bertatih menulis cerita =P





            





 aku mencuba untuk menulis cerita.ya aku memang suke menulis. jadi silalah layannya.. huhuuu
, sila la klcik video ni.heh. bntuk mp3 aku xreti ;p








Pertemuan siang tadi benar benar membuatkan aku angau . angau pada siapa ? pada jejaka idaman didalam hati ni. dah lama aku perhatikan mamat ni, tapi tak ada can nak tegur dia. malu dikatakan mcm perigi pulak cari timba. eh ? betul ke peribahasa aku ni ? ah lantak la janji hati aku ada ayat ayat cinta. ceh.walaupun aku dah lama kenal dia sejak sekolah menengah lagi, tapiaku tak berani nak luah perasaan aku kat dia. takut ditolak permintaan hati dan takut malu jugak.

petang tu aku pergi ke shopping mall untuk membeli barang barang keperluan aku. untuk melepaskan penat lelah aku stop dekat food court . air tebu menjadi sasaran. nyam nyam. aku bawak bungkusan air aku lalu mencari port nk lepas lelah ni.tengah dok usya usya orang sekeliling, pandangan mata aku tertangkap pada seseorang. jantung aku berdebar bagai nak meletup. aku rasa macam nak menari ala ala hindustan dekat situ. tengah syok perhati kan dia , pandangan kami bertaut . merah padam muka aku menahan  malu.

aku alihkan pandangan dan buat muka selamba. air dalam cawan masih banyak. nak tinggal sayang pulak. ikut hati nak blah cepat. sebab malu hati terasa hangat !
aku tahu dia perhatikan aku dari ekor matanya. malu malu . rasanya aku nak menyorok je bawah meja tu.
tapi nak cover aku buat2 main handphone yang sebenarnya mati tak di cas.
tiba tiba ada perempuan datang kat dia. dalam hati dah remuk macam kena langar lori bertan tan.
aku bangun terus blah. lantak la air tu, xde rugi mana pon aku tak habiskan.


aku buat assignment tapi apa aku type aku pon tak tahu. aku tenung je monitor tu. aku nampak air mata aku mengalir. eh menangis ke aku ni ?
akhirnya aku off kan pc dan aku tidur. akibatnya aku mimpi ngeri.

esoknya aku rasa mcm nak skip kelas. tapi teringat lak kat mak ayah aku. terus aku batalkan niat tu.
entah apa malang , aku berselisih dengan dia.cepat cepat aku jalan. tak sanggup nak tahan kesdihan kat hati aku.yela jejaka idaman dah ada keksih hati. jadi siapa lah aku ni nak berharap lebih.

Dia macm perasan something je kat aku. memang aku admit yang selama ni aku selalu pandang2 dia, dan mungkin tu buatkan dia perasan akan kehadiran aku.
kawan kawan sume tak der kelas. aku pulak ada kelas petang. sebelum tu aku lepak dekat canteen . boring yang teramat aku rasakan.
tiba tiba aku rasa macam ada orang duduk sebelah aku. bagaikan kan bom atom meledak kat jantung aku. DIA betul betul dekat sebelah aku.

Dia senyum. aku kaku macam ice block . tangan aku sejuk macm lepas duduk kat kutub utra.
errr .. ada apa ? aku mula menyusun ayat takut dia syak pape.
awak Aisya Sofea kan ?
aik ? cm ner dia tahu nama aku ? dia ingat ke aku ni lagi ? setahu aku dia  tak pernah bercakap dengan aku.
ni sapu tangan awak jatuh tadi. saya panggil awak, tapi awak terus je jalan, laju pulak tu !
aku tergelak kecil.


sejak daripada peristiwa kat kantin tu aku dengan dia mula berkawan .walaupun dah lama kenal, kami tidak bertegur sapa langsung, sampai la akhir tingkatan lima.tapi tak sangka jumpa dekat u pulak. mungkin ada jodoh.
perempuan yang aku tengok hari tu, bukan seperti yang aku sangkakan, rupa2nya tu adik dia.malu dengan diri sendri sebab pikir bukan bukan. tanpa selidik dlu.

hubungan kami berjalan lancar. tanpa sedar hati kami  mula dipetik antara satu sama lain. indah sangat waktu tu.dia meluahkan hasrat hatinya ingin aku menjadi sebahagian dirinya , dan juga permaisuri dalam hatinya.
air mata aku tak dapat ditahan lalu aku menangis disisinya. saat itu takkan dapat kami lupakan.

kini, pada saat ini, aku sedang menunggu kehadirannya untuk menyalami bapa ku yang bakal mewalikan diriku.aku tersenyum bersama ahli keluarga dan teman disaat  kebahgiaan mula menyinari kehidupan aku.dia la cinta pertama aku dan juga cinta terakhir untuk aku.
tanpa aku sedar banyak panggilan masuk dalam handphone ku. tapi aku yang terlalu gembira tidak sedar dimana aku letakkan nya.

saat inilah segala harapan ku musnah. hati ku remuk. hancur hati ku apabila mendapat berita ini. polis menelefon telefon bakal ibu mentua ku kerana panggilan telefon ku tidak dijawab. suasana jadi kecoh apabila bakal ibu mentua ku menjerit lalu terjelepuk pengsan semasa menuggu anaknya dan suaminya datang ke rumahku. bakal ubu mentua ku datang terlebih dahulu kerana ingin menolong menyiapkan persiapan ini.kerana aku adalah bakal menantu sulungnya.

bakal ibu mentua ku menangis nagis bagaikan anak kecil yang terpisah dari ibunya.hati ku mula tidak enak. lalu aku keluar dan datang ke arahnya.
perlahan dibisiknya ke telingaku..
'yusuf dah tak da aisya .. yusuf dah tak da..dia dah tinggalkan kita..

bagaikan tidak percaya, aku pengsan disitu. sedar sedar sahaja aku berada di bilik.
aku menghembus nafas lega. mimpi rupanya..
tapi ku lihat ahli keluargaku memandang simpati kearah ku, mereka menangis kerana aku..
tidak ! tidak mungkin semua ini terjadi !! aku terjelepuk ke atas lantai.airmata menghiasi wajahku..
anak buahku menghulurkan telefon  bimbit kepada ku..
aku membuka inbox. ternyata sekali banyak masej daripada  yusuf. kereta mereka rosak semasa dalam perjalanan kerumah ku.tapi aku tidak sedar masej itu..cuainya aku..

kami bergegas ke hospital, pakaian nikah ku tidak sempat aku menukarnya. polis mengatakan bahwa semasa yusuf sedang cuba membaiki kereta, ada sebuah lari yang hilang kawalan lalu merempuh ketepi dimana yusuf ada disitu. badannya hancur. YA ALLAH . besarnya dugaan mu. semoga kau letakkan roh nya di tempat orang yang kau kasihi ya ALLAH ..
sesungguhnya aku hanya merancang, tapi kau menentukan segalanya..
tidak sempat aku berjumpa dirinya di akhirat sana sebagai suamiku..


.

No comments: