nuff

jangan click !

poll

depan rumah

nuff

Friday, October 4, 2013

Resepi Ikan Siakap Goreng Tomyam mudah dan sedap

Assalamualaikum.

Kali ni bersua dengan entri makanan pulak/. heh heh heh.
sejak tak buat apa ni memang rajin cuba macam-macam . hahahaa... tak apa asalkan berfaedahkan,..
perut pun kenyang..

ok tak nak bebel panjang2 .

kat bawah ni aku akan bagi resepi. senang gila tapi errmmm sedaappp !

Step pertama untuk goreng ikan bagi rangup :

1) Sekor ikan siakap yang siap dibersihkan dan dikelar2 badannya. sebab senang untuk bahan2 meresap dalam daging. nyumm

2) sebijik telur

3) Dua atau 3 sudu tepung jagung untuk salut ikan

Cara2 :
              Panaskan minyak dahulu .. Lumurkan Ikan dengan telur kemudian salutkan ikan tadi dengan tepung jagung .. salutkan sampai rata .

Goreng dengan minyak penuh.. maknanya goreng sampai terendam ikan kau tu... Pastikan minyak panas taw. Goreng Sampai garing . 
Lepass tu angkat letak tepi dulu.

ikan siakap yang dah siap digoreng.
sexy yawww. lembut dan garing



Step kedua :

bahan2 :

1)  * 6/7 cili padi.ikut kepedasan korang nak.
2) * 1 biji bawang merah dan 1 labu bawang besar
3)  *  2 ulas bawang putih
4:  3 batang serang (ketuk atau hiris halus pon boleh)
5)  2 helai daun limau purut
6)  2biji tomato (potang dadu) nak letak carrot pon takde hal
7) 1 paket pes tomyam . kalau takde guna kiub pati tomyam pon boleh.
8)  minyak untuk menumis

Cara2 masak : 


Bahan2 bertanda * ditumbuk . halus boleh kasar pon boleh. disarankan tumbuk dari blender sebab rasa lagi emmppphhh..

Panaskan minyak dan tumis bahan-bahan * yang ditumbuk tadi sampai wangi

masukkan serai dengan daun limau purut tadi. kacau-kacau sat bagi sebati .

masukkan pes/kiub pati tomyam .kalau rasa kurang di tekak boleh tambah ikut tekak masing2 la ye.
kacau-kacau bagi mesra lagi. 
kalau rasa nak berkuah sikit tambah sikit lagi air ye.

masukkan hirisan tomato dipotong dadu tadi . lepas tu perisakan dengan garam .. kalau rasa nak letak ajinamoto sikit pon takpe. hee 

Tadaaaa . dah siap. curahkan atas ikan yang digoreng tadi.



comot sedikit,. takpe dalam perut hancur jua.kihkh

Selamat Menjamu Tekak uolsss.







Friday, June 28, 2013

Review Handphone Ninetology Black Pearl 2

Assalamualaikum ..

sekarang ni samsung s4 dah keluar . ipong 5 pon dah keluar .
Tapi semuanya aku tak kisah ! HAHA . sebabnya tak mampulah nak beli phone yang mahal-mahal . kalau setakat masej , buat call dengan main game pon tak payah mahal-mahal pon tak pe kan ? tapi apa pon ikut kemampuan masing-masing .

Ok disebabkan aku tak cukup umur lagi nak ambil rebate phone yang ditawarkan oleh abang najib kita maka aku guna kakak aku punya rebate . Hahah . suka hati iols jekan ? :p
sebab aku rasa nak tukar angin pulak nak pakai phone screen gedang gedang sikit . Dulu aku pakai samsung galaxy mini cinonet tu je . tapi harga masa tu Rm550 . tapi rasa murah je dibandingkan dengan jenama yang lagi gah itew . Al maklumlah first time pakai android . hehe . tapi lepas pakai tu aku rajinlah google macam mana nak root dan upgrade firmware dia. sonang jolah ... guna samsung kies tu ha ...  lagi pun guna gingerbread je.

okstop . kita nak cerita pasal ninetology pulak . Habis punya pkir aku rasa nak beli htc wildfire . 499 . yang dalam senarai rebat tulah . tapi tengok ramai cakap tak ok . rasa macam nak hempuk je henpon tu kat dinding . ok reject ! lepas tu dah give up sebab nak beli ace pon aku rasa tak syok sangat . tengok balik senarai handphone yang boleh guna rebat . ninetology ! apa lagi laju je la aku google . mula-mula berkenan insight . tapi bajet aku 400 je. hahaha . sebab serius aku nak jadikan handphone kedua je memulanya.
sampai lah aku join group ninetology kat facebook .  tanya la orang-orang dalam tu ok tak camera dia. sebab camera smsng galaxy mini aku 3.2 mp je . puas timbang kira google pasal phone ni aku decide ambil black pearl 2 . harga 299 je. tapi aku kena tipu dengan seller tak guna tu. 399 aku kena bayar sebab seller bangang tu cakap sekarang nak harga 299 kena trade in phone lama. otak dia :D .. kalau pakai ipong takkan nak trade in kan ? aku sayang kat samsung tu ..ada nilai sentimental kat aku. ihihih . jadi aku membuta khinzir bayar 399 . tapi tak puas hati aku report kat ninetology. tapikan... nonhadoo la woi .anggap jelah sedekah :'D .walaupn tak rela .

alhamdulillah phone aku tak ada problem. ok sayang dia. sebab banyak jugak feed bck skrin nak tanggal.. phone tak nak hidup.. tapi alhamdulillah aku takde .

 ni screen dia. 4.0 inci .
1GHz dual core processor 
dalam dia guna ics lagi. tapi jangan risau boleh upgrde firmware yaw.

 free case mcm ni . camera 5mp tapi kualiti gambar boleh sampai 8mp . 
camera dpn vga je. tak berapa cun.
nak kamera lawa angkat insight .

 gigih aku cari kotak dia pukul 3 pagi mcam ni. aku takde kontrak 

nak full info boleh google sendiri ! .hahahaha

jadi kesimpulannya aku puas hati ! game hd pon banyak aku boleh main . application banyak boleh guna. 
aku langsung tak kekok guna phone ni. takde beza dengan samsung galaxy mni aku. sebab dia androidkan :D

dengan harga 299 .errr tapi aku beli 399 korang boleh puas hati dengan phone ni. boleh dikatakan hampir sama dengan samsung s2  . tak caya silalah beli.
nak root senang . nak upgrade firmware pon sonang ...cuma kena rajin membaca..buat research dan berani ambil risiko! bateri memang xley pakai la kalau still guna v16 . boleh upgrade ke v17 .aku yang heavy user main game main tenet main mcg pon handphone boleh tahan 7 jam ke atas. bagi aku normal.kalau nak yang tahan lagi lama pakai nokia .:D best seminggu pon penuh lagi kalau tak gunalahkan .. . kalau tak pandai boleh hantar service centre . kalau berani buat sendiri. tak payah takut la..banyak otai2 akan tolong.. kalau takut jugak  nak upgrde, malas nak pergi sc korang beli jelah power bank . sonang keja. !

sekarang aku pakai wiko cink slim v15 . 
mula beli ninetology v16 - ninetology v17 ( lepas berapa bulan baru jadi .sebab laptop tak support. nasib laptop mak aku ada ! ) - wiko cink slim v15 - jelly bean wiko cink slim gak . tapi jelly bean tak berapa stabil sangat aku downgrade wcs15 balik  walaupun ada beza ics dengan jelly bean.screen tak smooth  so kalau rajin dan nak mencuba sila masuk group ni dekat facebook . 

https://www.facebook.com/groups/NinetologyUserMALAYSIA/

contoh gambar yang diambil guna ninetology black pearl 2




p/s : kalau nak tanya apa-apa baca pin post dulu dalam group ok ! banyak otai2 akan tolong korang . lagi satu amaran .. ! hehe . sebelum bertanya tengok dulu dalam file group . semua cara dah ada. good luck !

update : aku dah guna rom lain .

                                                 
pendapat aku... yang ni lagi smooth dari wiko v15 .



sedihnya perpisahan ni ..

Assalamualaikum...

Alhamdulillah sekarang jerebu dah makin ok. mintak2 lah lepas ni dah ok terus...
rasa sesak je nafas ni dengan cuaca tak menentu macam nikan ? Rasa sangat2lah tak selesa...
hujan pon turun dua hari berturut turut... Alhamdulillah ...

ok berbalik pada tajuk entry ni ye kawan2 semua. hehe ... kita malas nak buat entri pasal jerebu ni.
sebabnya nani tengah sedih . sedih sebab budak yang mak nani jaga dah nak pergi dah :'(
bukan pergi mana pun.. cuma mak dia hantar baby tu rumah pengasuh lain..
iolss sentap tahu ! sebab dah 7 bulan jaga dia..dari dia kuat menangis tak nak kat orang sampai la dia dah pandai tatih jalan dan nak makan sendiri :'(

Nama budak kecik cinonet ni aisyah humaira . :') . Mak dia nak hantar dekat pengasuh lain sebab lepas suami dia ni kerja tempat baru, suami dia kena hantar pukul 7 pagi .. ambil nak dekat pukul 8 malam . ha ambek kau !lama gila ok. tapi tak kisahla sebab budak tu baik.. dah rapat dah .. masa kakak aku bertunang pon dia datang sekali ..hehe .. mak dia cakap masa anak dia banyak habis kat kita orang .:'(

Apa-apa pon haraplah orang baru tu dapat jaga dia elok-elok. Sebab kitaorang sekeluarga dah buat dia macam adik kecik kat rumah ni. Al maklumlah rumah kami takde budak kecik .. hmmm. sunyilah rumah lepas ni... jadi plan lepas ni antara cari kerja atau pun bisness online saja la. hehe. doakan dipermudahkan ye !

Nah ni gambar adik comel cinonet  tu :'(

 masa ni tengah busy buat persediaan majlis bertunang . dia boring . :'D

 waktu sarapan pagi :')

 gegurlkan .. suka sangat dia kat pelamin ni . hehe 

 tengah dodoikan nak tido 

 tengok tv sambil mamam kopok ye :')

 pic baru ni . :')

 macam boss ! ehee . cadar dgn sarung bantal memang tak pasang . bebudakkan .. kadang-kadang termuntah atas katil ..

boleh dikatakan gallery phone banyak pic dia dengan video je .. instagram aku pon sama . 
hm. rindula akak lepas ni kat humaira ... :')


Tuesday, May 28, 2013

Pencuci muka untuk kulit sensitif

assalamualaikum  .

Nani ada masalah kulit . macam jerawat , dengan parut . yelah mana datang parut kalau tak ada jerawat tukan ?

Jadi nani selalu beli macam-macam produk untuk elokkan kulit balik. Sebab dulu kulit nani dah ok ! Tapi raya tahun lepas nani pulun tak ingat dunia main mekap .. nah ambek ... jerawat tumpang sekaki nak beraya sekali .

Jadi lepas tu nani blur taw . serius blur . sebab kadang-kadang tak tahu kenapa duit habis . Sebab macam-macam nani beli tapi satu haroommm tak berkesan . So nani ikhtiar sendiri . nani cari kat yo tube . kalau korang kaki mekap mesti kenal bubzbeauty kan ? err insyaALLAH betullah ejaan nama dia tu . haha.

Dia ni pon dulu ada masalah jerawat dengan parut .tapi dia kulit kering. nani punya kulit gila punya berminyak ! hehe . Salah satu tips dia cuci muka pakai oat . Serius berkesan ! lagi pon oat tak mahal mana kan :) beli jelah cuba .. selamat jugak sebab takde bahan kimia yang pelik2 ..

First time nani cuba , MasyaALLAH ... APA JADI NI ? muka merah dan kering . tak boleh blah oiii .. punya semangat nak lawa jadi lampir ! hahaha . jadi nani stop . belilah hero kesayangan balik . tak lain tak bukan dalacin t . hihihi :P . .
lepas tu terus nani berhenti pakai . Tapi disebabkan hati ni tak sabar nani beli lagi oat lepas setahun tak pakai. hasilnya sama kulit kering dan merah . belilah lagi dalacin t. ish susah tahu kulit gila sensitif ni ?
tapi hati ni macam diseru seru suruh pakai jugak oat tu. yes. Alhamdulillah lepas tu sesuai .
iolss suka hati ! perubahan dah nampak . tapi ambil masa la ye . kulit pon sekarang jadi cerah macam dulu . pakai oat je taw :D no krim krim .

Jadi bawah ni tutorial nak cuci muka pakai oat ..

step pertama
ambil segengam macam ni je.agak2la untuk muka korang . 

step kedua
rapatkan tangan macam dalam gambar tu.. kalau rasa nak buat skrub jangan bagi oat tu sampai lembik ye .

step ketiga
oat selepas di curah dengan air. kalau korang tekan tekan ada air putih . ambil tu sapu kat muka .
lepas tu ambil oat ni gosok- gosok la kat muka uols tu ok . 
nani suka gosak-gosak kat tempat problem . nak gosok kat badan pon no hal ! hehe


So far nani puas hati pakai ni.. jadi sekarang pencuci muka pakai oat ... dan lagi satu serum super best ok ! nanti nani tulis kat entry lain . good luck kat siapa yang nak mencuba tu ..

Friday, March 1, 2013

bedak arab Rm40 - closed

salam.

ada sesiapa yang nak beli bedak arab tak ?
baru sekali pakai . Reason nak jual sebab salah pilih color Russet. baru pakai sekali.
diberi keutamaan orang area semenyih / kajang .
harga rm40 termasuk post. klu cod rm35 je.
jangan risau saya beli yang ori.. ^^
kalau ada yg nak emel sy eh . bucukmasam_93@yahoo.com
tak pun post je komen kt sini. :)

Sunday, January 13, 2013

Resepi kek pavlova

Assalamualaikum..

malam tadi mood rajin nak membaking . jadi terhasilla sebuah pavlova. wah sebuah gitu. blerghhh~
sebelum ni buat dah dua kali. tapi tak de whipping cream jadi topping dia buat2 sendiri. hehe
mari cekidouttt resepi di bawah ini :


Bahan-bahan : 4 biji telur ambil putih saja . yang kuning goreng buat makan pon boleh.
                      3/4 cawan gula kastor . nak kurangkan pon boleh sebab manis .
                      1 sudu besar tepung jagung
                      1 sudu esen vanila
                      1 sudu cuka makan

topping pulak guna whipping cream dlm 3/4 cawan and buah2 masam . stoberi,anngur,kiwi.terpulang..

ok bahan bahan kat atas ni untuk buat meringue a.k.a kek dia tula

cara buat dia :   1.  masukkan telur putih tadi di dalam mixer dan pukul sampai di kembang berbuih lawa gitu
                         2. ambil gula tadi masukkan sikit sikit sampai habis dan PASTIkan gula tu hancur . ( aku              selalu tak berapa hncur bila buat kek.amatur mmg begini)
3. pukul sampai dia berkilat dan kalau dah jadi try angkat atas kepala pon dia tak jatuh. bila jadi akan nampak tanduk2 ok.
4. masukkan tepung jagung,cuka dan esen vanila tadi. dan kacau cepat2 dengan spatula ke apa ok
(tapi aku pukul je dlm mixer sekali hahahha)

lepas tu cara nak bakar dia korang ambil kertas minyak lukisla bentuk bulat untuk buat besar mana korang nak.


masa korang tengah buat benda2 kat atas ni,boleh panaskan oven terlebih dahulu 150c dalam masa 15 minit
lepas tu korang bolehla masukkan adunan tadi dalam oven dan bakar ikut oven korang ok. macam nani 150c sejam tapi xberapa masak belah kiri tu . jadi tambah lagi dalam 15 minit cm gitula

bila dah dengar bunyi TENG ! hahaha ok pavlova da masak . try cucuk untuk tgk dalam masak ke x.
biar sejuk dalam oven sekejap.tak lama pon .bukak sikit tapi jangan keluarkan.

masa tengah bakar kek tu pon korang boleh pukul guna mixer la ye whipping cream korang tu.pukul sampai kental. macam nani guna jenama vivo . ok lah. tak payah tambah pape lagi.sesedap rasa dah.
beli kat bakery . murah !

lepas tu bolehla hias dengan whip cream yang dah pukul tadi hias atas dia. lepas tu letak buah2an pilihan korang. nani ambil stoberi je.

hasilnya jadila ini ... hahahhaa. orang tak kreatif jgn gelak ocey ? >.<




ok korang., jumpa lagi bila sya rajin mengupdate . papai . Assalam ^^

Wednesday, December 5, 2012

Charcoal mask daiso

Assalamualaikum.

Hari tu sebelum nak pergi family day kat sunway lagoon,nani n family singgah dekat sunway pyramid . Alang2 dah pergikan mari lah kita cuci mata sebentar
 :P
Masa dekat sunway tu kitaorg cari makanan dulu . Al maklumla kelaparan sebab tunggu lama nak ambil ticket tu dekat menara sunway . So carik tempat yg murah,halal,sedap dan pastinya kenyang ! So kita org masuk burger king .
bagi nani  burger king ni better dr mcD ! Murah pun murah dan sedap .

Lepas kenyang jalan lagi . Penat hoiii . Teringat nak pergi daiso . Dekat 3 kali nani tawaf tingkat 2 ke berapa tah . Ada ke tak nampak?? Nani nampak watson je..
Pusing lagi baru nampak . Fuhhh...lega 
dekat daiso ni semua barang rm5 ! Tapi pandai2 la pilih barang ..
 
 disebabkan lama sangat teringin nak pakai charcoal mask maka itu la nawaitu nani untuk masuk ke dalam daiso  itu. Nak beli online gila la kau cekik darah wooi ! harga berganda2 dari harga sebenar .
jadi cari la dari satu rak ke rak .. dan nani bernasib baik mungkin? sebab waktu tu charcoal mask still banyak lagi.
nani beli satu pencuci satu mask . lepas tu family pon dok sama ambil jugak.
ha ambil ambil jangan tak ambil ;P
tapi pekerja dekat situ memang ambil dari jepun ke ? semua pakat dok speaking london mak jemah .

masa tengah bayar lupa pulak hari tu hari sabtu .. nasib baik lagi mak beli beg pink polkadot yg giler comel besar gila gedabak tu . semua sumbat je dalam tu. sonang cerita ..mau la dalam rm70+ jugak.
ahaks . ;P

meh nani review barang tu .
cekidoutt !

nani beli asalnya serba satu. giteww . tapi kirim kak akk lagi pencuci dia 

ni nama dia charcoal mask. even rm5 tapi pueh la jugak hati den ni ..


               yang ni pencuci muka dia..pon samo jugak rm5 . weii not bad  walaupun murah
                        tak ada pulak muka rasa kering dan tegang lepas pakai dia
 yang ni er sumi sumi eh ? hehe . sedap cuci muka pakai ni . rasa bersih muka 

 yang ni mask hitam tu ..memang hitam ler .. cara pakai picit dan sapu kat hidung korang . tapi jangan nipis sangat..
first time pakai kau rasa mcm nak mati kot?sebab dia tarik kuat sangat.menitik jua air mataku~oh~ ;P
tapi kadang2 je satu muka.. selalu buat setepek je kat hidung

yang ni pulak pencuci muka tadi... warna kelabu.sikit je pakai buih banyak .

jadi sesiapa yang rumah dia dekat dengan daiso tu beli la sendiri . online mahal benar ..
yang dekat dengan nani pon the mines jek . tapi kalau rumah korang memang jauh gila dari kedai ada daiso ni order jelah online..tapi plez la buat research sikit . cari tempat yang jual boleh diterima . 
ni ada yang jual nak dekat  rm30  ! 
jadi pandai2 la buat tambah tolak tol dan minyak . kalau rasa berbaloi beli online order je . 

p/s : mula2 pakai white/black head susah keluar.
lama2 sonang jo . tapi tetap sakit hidung ekau .