nuff

jangan click !

poll

depan rumah

nuff

Thursday, April 14, 2011

korang pernah nampak hantu tak ?

Assalamualaikum .


agak agak ni muka sedih tak dapat update atau sedih lepas kena pelempang?

muaxmuaxmuax hug dekat blog ! sangat rindu teramat rindu nak menulis.tapi bila dah terbukak laptop pergi bantai masuk lain. whatdeheck .
malam ni kumpul semangat kekitaan eh silap kecintaan terhadap blog baru boleh menaip balik.
agak risau meninggalkn blog sendrian. mana tahu nanti diperkosa plak dgn anasir jahat . teett !

ok berbalik pada tajuk . korang pernah nampak hantu ??
bagi aku , selalu aku nampak hantu ni, apetah lagi masa kat jalan. punya la laju dia bawak , sampai nak terkena side mirrow keta aku. ceet ! hantu punya mat rempit.
i hate mat rempit ( dalam gaya pondan tua)

pengalam yang aku nak citer ni memang jadi kat aku. bukan terjadi pada kak limah, atau usop dan lain lain lagi.
waktu tu dah nak dekat mangrib, hujan lak renyai renyai.. senja masa tu kuning2 . org tuatua cakap senja kuning ni tak elok.so jangan kuar rumah .
(tetiba jadi saspen nak citer, dalah malam jumaat)
aku yang still lagi kecik comei gojez lawa lagi masa tu pon dengan muka konfiden pergi bukak pintu belakang rumah atuk aku.

pandang je la kat luar. tapi tetiba je ada satu benda kepala dia terjulur jatuh dari atas atap.
(mengong tetiba teringat balik)
terkedu beb . mata terkelip kelip  mata aku pandang .
entah dari mana semangat aku datang,cepat cepat aku lari dalam rumah balik.
benda berkenaan ada lah yang suka main ting ting tu . suka main tali skipping bagai. dapat agak tak ? alah..dia ada bunjut atas kepala..
sengajakn nak aku terangkn dengan terprici?

tu pengalam pertama . yang selalu nampak sekali imbas tu tak kesah la.

ni punya kes plak masa aku pergi kem kat sg,siput perak.
pergi la masuk dalam felda sana. ye la, almaklumla pengawas ,nak pupuk semangat keberanian. wakkluuu gua cakap sama lu.
dulu masa form1 aku tak pergi sume ejek aku lemah semangat. hekkkeleehh makcik,saya ni ada asma,mana la family bagi pegi, yang ni lepas pun sebab aku mintak sgt nak pegi, siot kan kau ,lempangkan nak?

waktu , dah pukul 11 malam,kena masuk ladang kelapa sawit . dah la hujan. apa punya malang pon aku tak tahu la. (sambil geleng gelengkan kepala seperti usop).
ada sorang pakcik ni yang jaga kitaorang dia cakap ada kebolehan nampak benda cmtu. ok masa tu dah cuak.tapi tak nak gak percaya.
kena beratur panjang panjang kat tepi jalan nak jalan dalam barisan. tengah jalan tu tetiba dengar bunyi burung gila kuat dari mana pon tak tw tetiba ada.
memang tak habis air liur baca ayat kursi.
ada la rumah kosong ,memang sesuai utk wat citer misitk ni.

sedang  mulut still trkumat kamit tak henti membaca, aku nampak satu benda ni kat sebalah budak laki. fine aku tak kesah sebb ingatkn akak fasi. akk tu pon pakai tundg hitam jadi tak lah syak sgt .
mata aku ni pulak macam kena paku tak nak pandang tempat lain.
tengah aku pandang 360 darjah punya gila gila focus, aku nampak dia mengenepi . ok ok. bukan berjalan.tapi melayang .
memang dia pakai baju putih ,n rambut memang panjang sama dengan panjang baju putih tu. dia terapung kiri kana kekiri ke kanan.
taw tak sambil aku tulis ni sambil aku bayangkan?uhhuhhuhhhh.. nape la aku citer malam malam.malam jumaat pal tu. (--)"

aku pandg tmpt lain cepat2 , tapi pusing balik kepala tengok dah takde. alhamdulillah..
da sampai dalam hutan , dia bagi lilin alahai panjangnya.. panjg jri kelingking jek dia bg. dgn mncis dua btg.
dahla waktu hujan.
air lilin tu dahla panas,tapi sebab aku suka main api aku yang pegang,keras jari aku jadinya.
pakcik tu bagi nombor dia kata tak nak sebut nama sebab benda tu boleh menyamar n jgn ikut group lain sbb tkt tu bkn manusia.
sengal betul pkcik tu.
dah semua brkumpul balik kat satu tempat dalam ttengah tengah hutan tu, dorang suh sume duduk. dalah rumput basah,malam. katak lagi. tak kisah lagi cuma aku geli kalau ada cacing,sgt geli. (--_)".
sume kena suruh tutup mata.. kawan aku gatal tak tutup mata, balik balik citer ada benda kat group laki,yg putih rmbut tak rebonding tu la.
errrr . balik plak kena sorang2 . sgt kejam la pkcik tu. aku nmpk kwn aku, terus aku tegur dia.sampai kat khemah dia gtw dia tak jumpa pon aku.
T__T
so sape yang aku tegur tu. tapi masa balik tu badan memang penat tahap gaban, jalan pon dah tak rasa kaki.
sepanjang aktiviti kat sana memang hujan tak jemu teman kitaorang.
nasibla masa tu antibodi kuat. kalau tak mau aku kena tahan wad sebab asma.


#kalau suka sila tinggalkan komen #

Saturday, March 26, 2011

saya si loser

Assalamualaikum .

rasa dah sembuh sikit kot. ..
keputusan spm aku langsung tak sampai target.
aku mimpi dapat 4A . rupanya dapat 4B+ jek .

aku datang sekolah lambat . dalam pukul 2.30 petang baru sampai .
pakcik aku hantar . nak drive sendiri kereta takde . nak bawak kereta waja aku memang tak berani .
haha. kereta kecik je aku berani bawak . tapi berangan nak kereta camry segala .
on da way nak masuk kawasan sekolah . BAMMM !  aku ingatkan pakcik aku langgar tebing bahagian tepi . tengok tengok ada lelaki india langgar . buta kot pakcik aku dah bagi signal .
baru nak keluar kereta dah dia blah . bodoh punya budak .

aku keluar je dari kereta rasa macam miss world. semua pandang kat arah aku lepas keta pakcik aku kena langgar .untuk kaver cun muka yang memang langsung tak cun ni aku terus berjalan.
nampak la kawan kawan yang dah amek result . muka happy je.



pewwiitt ! boleh kenal tak cik nani ? =p
aku memang sengaja pergi lambat . rasa malas nak amek result yang langsung aku tak sangka tu.
sebelum aku pegi amek result tu , aku da cek dari sms dah. dapat je result rasa macam tak caya weh .
tak sangka langsung aku takde A . masa tu rasa nak mati dah. biar betik ! aku belajardan cakap bahasa apa selama ni ? bahasa melayu pon tak dapat A ?

punyalah sebelum dapat sms tu bergelak ketawa, lepas dapat je terus rasa macam sakit tak tahan dan terus nak mati. sumpah aku rasa macam mimpi ! serius aku tak pecaya .
mr.afiq mula macej sebab waktu tu dia rehat . aku juz balas suruh kol.
dia kata kenapa . aku bagi macej result aku.
dengar je suara dia terus aku menangis macam orang mati laki. tapi nangis slow punya , sebab tak nak mak aku tahu. tak henti la aku nangis masa cakap dengan dia.
frust gila vavi betul aku rasa masa tu . kawan aku da bising macej soh datang sekolah .aku tanya result dia macam mana, dia pon kata takde A .


dapat je result aku bagi taw kakak sulung aku dulu. dia kata takpe. tapi dia cakap aku cakap cina apa sampai bm pon tak dapat A . terus aku malas nak balas dah . kakak second aku pon gtaw . dia jenis bsing sebelum ni. tapi bila tgk slip result tu dia tak kata pape pon . yang subjek harem add math and chemistry tu memang aku tak nak pandang dah . pergi lantak la . tapi terasa gila la bila aku takde A langsung .
mak aku cakap sepupu aku dapat 2A . aku jawab je lah yang aku aliran science dia aliran sastera . janganlah nak bandingkan sebab subjek tak sama. dia dapat tassawur islam dengan seni A .
hurm.



result aku : 4B+ : bm,sejarah,agama,perdagangan. yang lain tu c . and ada d . tapi takde e .
dahlah malas fikir . menyesal aku tukar sekolah . dari aliran lukisan kejuruteraan tukar aliran pure science . dalam masa setahun , macam mana aku nak belajar sc punya . serius menyesal amek kimia tu .

aku rasa aku dah berusaha . yang aku tak berusaha memang math , add mth , kimia .
tapi yang lain tu , serius aku target A .
dalam biilik guru , terserempak dengan cikgu bm aku . tanye kawan aku and aku dapat apa bm . masing2 buat muka kecewa .
dapat B+ je cikgu . =(
cikgu aku jawab , peratus tahun ni tinggi . awak da buat yang terbaik dah tu . tu sebab ramai tak dapat bm A .
ok aku muka senyum balik . sebab tahu kawan aku yang terer masa trial pun bm tak dapat A . hehehee .
ok mula la rasa jahat ni .
sekarang ni aku mohon UPSI , SPA , POLI ,UITM dan banyak lagi . cewah !


takpela , mungkin ni je rezeki aku dapat .
alhamdulillah =)

Wednesday, March 23, 2011

Keputusan peperiksaan SPM 2010

Assalamualaikum .




hati mula berdebar . saat itu akn tiba dalam masa 12 jam lagi.
dup dap dup dap .
eh annoying pulakkan ?

dah tiga bulan waktu berlalu . kini masanya sudah tiba .kalau boleh esok rasa nak pengsan sepanjang hari .bukan mati ye . saya nak hidup.
rasa cuak giler bila kenangkan cikgu ada tersenyum senyum nanti bila nak amek result .
yaALLAH , tenangkan lah hati hamba mu ini .
aku hanya dapat lakukan apa yang termampu je masa tu .
aku hanya boleh bagi alasan . ya memang alasan sebab aku belajar subject tu tak sampai setahun . benda orang lain dah dua tahun .
alasan kan ?
tapi tulah hakikat .
CHEMISTRY !
ada yang cakp susah . ada yang cakap macam kacang , aku pulak hanya boleh tersenyum . hahahahhahaa.dan berasa teramat bimbang , sebab markah masa form4 takde . and hanya berharap pada form5 sahaja . hurm .

ADD MATH  ! terima kasih kerana wujud dalam hidup saya . memang terasa begitu cuak . takut . (T__T)
apatah lagi memang agak lemah eh silap bukan agak tapi memang lemah dalam hal-hal calculate semua ni .

SEJARAH . saya dah lakukan terbaik . tapi masa trial tak silap dapat B jek . hmm
dan terasa menyesal apabila mengatal pergi semak jawapan . semak punya semak , saya buat dalam tiga kesalahan kot . saya buat jawapan yang betul , tapi saya tak pasti and pergi padam . benda jawapan yang pertama adalah jawapan yang benar dan saksama .
oh loser nya .

ICT . ni lagi satu subject yang diambil tak sampai setahun . rasa tension gila kena buat kerja form4 and form5 sekligus . uhhh  ~ nasib kerja ni jadi backup . ada 30 markah dalam tangan . cikgu berpeluh bila tahu saya tak buat apa pun lagi . benda dah bulan 6 masa tu . memang agak nazak terpaksa buat dalam masa yang singkat .
sampai sekarang cable tu tak siap pon . apa nama cable tu pon tak taw . haha . loser !

MATH ! ok . subject ni senang bagi sesiapa yang rajin buat revision . dan susah bagi saya . sebab saya tak minat math ni. apatah lagi bila naik form4 dan form5 memerlukan skills masa form2 and 3 .
tapi saya takde skills tu sebab cikgu masa form2 suka sgt tambah zuriat and tidur sebab letih jaga anak .
bila dah start mengajar , bila taktaw jawab dia akan pukul2 kita macam makwe pukul dada pakwenya bila dah terkantoi something . maaf saya menyalahkan cikgu pulak ! sorry ..tension .
tapi tak tipu . memang mula dari situ saya rasakan subject math ni bukan kegemaran saya sampai sekrang .
oh loser !

perdagangan .subject ni pon saya ambil dalam masa tak sampai setahun . alhamdulillah boleh bawak . and masa exam penggal pertama saya dapat markah paling tinggi dalam kelas untuk subject ni .
walaupon hanya A- .
tapi oklah daripada gagal .
grrr  . sangat takut . tapi kenapa bila waktu spm saya rasa masa sangat sangat tak cukup untuk subject ni.
bila habis je masa, balik masuk kereta , air mata mula kuar .
hurm ~

berharap akan banyak ditanda A pada slip keesokkan hari .
amin...

banyaknya alasan tercipta . papepon tak boleh buat apa apa. tawakal je la.
sebab keputusan tu mengambarkan apa usaha yang kita da buat .
just sangat berharap subject yang tak gemarkan itu lebih2 lagi untuk math,addmth and chemistry .
saya redha jelah
. bhahahahahhahahaa .(gelak tutup gelisah )
tapi terima kasih la kat ustaz err apatah nama tu , bagi saya air penenang hati . serius , masa masuk dewan sikit pon tak rasa takut. rasa macam biasa je.
dah habis exam air tu pun entah letak dimana
(T___-T) .
yeay . saya berasa gementar .
hhuuuaawaaaaa ~


p/s : sambiil tension menulis bila teringat nak amek keputusan esok sambil menelan air susu  vitagen and disusuli dengan 3 keping roti disalut planta and gula .
tension punya pasal .

yaALLAH,permudahkanlah segala urusan ku pada esok hari .
yang buruk itu datang dari ku , dan yang baik itu datang daripada-MU .
amin ya robbal alamin ~

maaf jugak kepada anak ayam aku yang asyik menjerit je . err. macam mana tah bunyik dia.
tengok makanan dah ada , air dah ada . last last aku amek air botol dan bagi penuh tempat air dia , sampai berlimpah ruah pulak .huu. tak bermaksud .
dan terasa nak menangis .  maaf ye anak ayam . tak bermaksud . tapi takpe tempat awak lebar untuk awak tidur .
errmm

Thursday, March 17, 2011

tolonglah, aku tak tahan dah ni

Assalamualaikum .

sejak  dua bulan lepas , bermulalah saat yang sangat tak best dalam hidup aku.
arrrggghh !
tension kadang kadang . sakit hati selalu .
menganggu tidur aku . tengah sedap buat taik mata and melukis peta di atas bantal , tangan da macam beruk mak nyeh mengaru garu . serius sangat da fedup dengan keadaan macam ni.
apa penyakit datang kat aku ni ?
boleh tak tolong bagi taw dekat aku  !  huuawaa T____T

dahla kulit muka memang tak licin. parut jerawat tak hilang lagi.
datang pulak terkedek kedek anak jerawat .
sape boleh tolong aku kendali kn masalah ni ?
T____T
aku betul2 rasa down betul bila keadaan macam ni menhimpit aku .
jerawat takpe lagi .
tapi penyakit baru ni memang betul2 buat aku sangat tension
da lah membuatkan muka aku jadi macam kena sengat , kena gigit nyamuk sampai berjuta juta bengkak .
tapi yang peliknya datang bila waktu pagi . waktukan sedia maklumla waktu sejuk .
dan jugak waktu malam .
mak aku cakap nama benda ni galigata .
errr . tak tahu macam mana nak cakap apa nama penyakit ni .

jumpa doktor pun for sure dia juz bagi ubat sapu .
errr  !
macam mana la nak kerja tempat sejuk sejuk ni.
ala.... sangat la tak best.
korang pernah tak kena macam aku ni ?
sila berikan pendapat anda. kerana apabila suda masuk bulan tiga ni dia membangkak sampai ke muka.
dulu hanya badan , kaki dan tangan . sekarang siap satu badan ! tak terkecuali .
T___T
terasa seperti memakai botox . keras je jadi muka. arrghhh !




 bengkak mula menjalar ke dagu

 ni baru kat tangan  . kaki , peha jangan cakapla. tapi ofcourse xleh dtnjuk ;p


 macam apa je kan ? hmmm




saya rindu keadaan saya yang dulu 
T____T

Thursday, March 10, 2011

nikah awal VS nikah lambat

Assalamualaikum .
hai korang sehat ?
da makan ? da kencing ? da berak ?
(annoying giler ) !

memula aku rasa malas nak buat entry pasal kawen segala ni. aku pun tak cukup umor lagi ni . kang mesti ada yang cakap budak kecik lagi tak payah pikir pasal kawen .
hek eleh  ~ takkan aku tulis sebab kawen aku nak kawen jugakkan ? common la wei . booo !

aku terpanggil buat entry ni sebab ada la sorang hamba ALLAH yang post benda segala ni.
dia tulis ' kawen awal patut ke ? atau orang yang bodoh sahaja kawen awal ? '
aku pun masuk la komen . aku balas la ' orang dulu dulu kawen awal tak bodoh pun ? elok je hidup bahagia ' dan dan dia balas sekarang zaman da berubah . ala memang la zaman da berubah . tapi berubah sebab apa ? sebab manusia jugak . aku rasa tak salah kalau ada orang nak kawin awal. bukan mati kebuluran ke apa. rezeki ALLAH da tetapkan masing masing . dia memekak lagi . ala hangin la jugak ni . then aku stop reply .

ada  sorang lagi bangang balas baik mati awal , dosa tak banyak lagi .
oi mangkuk , mana kau tahu dosa kau tak banyak ? kau da timbang ke ? kalau kau nak mati awal  , pastikan la pahala kau lebih banyak dari dosa .
serius aku rasa meluat dengan budak budak cakap tak pikir guna otak ni .
adalah lagi dia balas , kalau kawen awal nanti takde tanggungjawab .
ha ni lagi satu macam lembu . kalau kau fikir kau tak boleh bertanggungjawab kau tak payah la pikir hal kawen segala ni . lembu !
ada lagi tulisan sumbang yang menulis , senang cerita dua dua gatal .
aku mengaku la , memang kalau bertepuk sebelah tangan tak berbunyi * clap clap *
tapi ada kau fikir tak siapa yang mula mengayat dulu ? hahaha . tula aku cakap kau mangkok .
aku malas nak bidas macam macam sebab kau ada geng kau .
mangkok2 meh sini aku tulis sikit hukum perkahwinan ye  .



  1. HARUS : orang yang tidak mempunyai tuntutan mendesak untuk berkahwin dan tidak ada perkara  yang mengharamkan .  ni kes orang yang da berkemampuan tapi takde hati nak kwen lagi memandangkan dia takde nak melakukan perkara yang haram (maksiat)
  2. WAJIB : orang yang berkemampuan menunaikan nafkah zahir dan batin ,sihat tubuh badan, serta dikhuatiri terjerumus kepada zina kerana tak mampu mengwal nafsu .  yang ni plak berkemampuan and dia takut terlanjur wajib untuk dia bernikah takut terjadi zina !
  3. SUNAT : orang yang berkemampuan menunaikan nafkah zahir dan batin ,sihat tubuh badan serta berkeinginan untuk berkahwin tetapi tidak dikhuatiri terjerumus kepada zina .
  4. MAKRUH : orang yang berkeinginan untuk berkahwin tetapi tidak berkemampuan memberi nafkah zahir kepada isteri  dan tidak memudaratkan isteri . ni kes nak kawen tapi tak de duit , takde kerja lagi . jadi hukumnya makruh . so sebelum nak kawen kukuhkan ekonomi dulu . dan ini la yang aku maksudkan. tak salah berkahwin muda kalau kau da mampu semua .
  5. HARAM : orang yang tidak berkemampuan menunaikan nafkah zahir dan batin atau diyakini akan melakukan kezaliman terjadap isterinya . ini kes nak balas dendam agaknya. mana tahu masa kecik kecik dulu perempuan tu ada hutang dia tak bayar , bila besar dia nak dengan perempuan tu sebab sengaja nak balas dendam sebab tak bayar hutang * arrrr melalut *

eh kalau kau baca ni kau nak tersentap ada aku pedulik ?
sila letakkan jari diatas ada , mata memandng keats dan sengetkan bibir .
kah kah kah  .
apa salah kawen awal kalau kau da bersedia , kau dah sanggup nak pikul tanggungjawab .apa salahnya .. tapi  takut nanti tak terpikul kena jawab la depan ALLAH SWT nanti . 
sebab bagi aku kalau orang yang jenis nak stock geli geli je takde makne dia nak kwen awal . tapi diingatkan perkahwinan itu suatu perkara yang amat  berat, kena sedia dari segi mental n fizikal . ok ?
kalau kau bernikah kau da mendirikan masjid. pahala yang banyak kalau kita mendirikan masjid ni . dapat la jugak terhindar dari dosa kering ni .



sebab aku dulu pun rasa bodoh kalau kawen awal ni . tapi aku ada tanya mak aku  . sila baca . 

aku : mak , takpe ke kalau orang kawin awal ? nanti cerai berai lak .

mak aku : kalau da sampai jodoh nikah la. 

aku : tapi macam awal gila ?

mak aku : lebih baik kawin awal. cuba kau tengok kalau kau da kawen , kawan kawan kau pulak ada yang berpeleseran dengan pakwe pkwe dorang  . kau ingat bagus ke tanggapan orang ?

aku : tapi nanti kita sebuk2 susu anak , kendong sana sini . bosan je 

mak aku : yang penting kau dah ada hidup kau sendiri . kau dah ada keluarga sendiri . dari dorang yang takde haluan tetap lagi .  

lagi satu , kepada kaum hawa , sila la cari pasangan yang mampu membimbing kita ke jalan syurga . jangan la pilih mat dadah , rempit semua tu . pandang pada agama , bukan kepada keseronokan . 

kepada afiq yusuf , tulah sebab saya tak nak kluar date tanpa adik saya . hahahaha . ala romntik la jugakkan ? 
saya tak nak jadi macam kpel yang boleh selamba derk makwe dia je duduk atas riba pakwe dia , peluk pinggang dia . saya amat amat sakit mata macam tu .
ala.. setahun 2 kali jumpa.  tak cukup lagi ? nak jumpa selalu , sila bawak family datang merisik ok. 


entry ini berakhir dengan kerisauan . 
bai bai 

Tuesday, March 1, 2011

semua kau buat bukan semua punca dari aku .





Assalamualaikum

kembali kita di malam yang indah. cewah ! geli aku baca .
sambil menghirup teh dan menguyah biskut yang sepatutnya ayah aku makan,tetapi dilantak oleh anaknya yang pemalu ini. anak dengan ayah kan.kontem2 jelah.makanan mu makanan ku juga.

malam yang paling membosankan dalam hidup aku. dah la kredit out, fb macam hampeh . so dengan gaya yang amat malas aku terpaksa jugak menulis blog ni.walau pun takde sesiapa yang baca.
ada aku kesah ? haha

kredit habis akibat bergayut tanpa sedar diri . jadi dengan buat muka yang selalunya tak berape nak comel ni aku pegila meminta kredit transfer dari mak aku, celcom yang bongok tak bagi. nk keluar topup aku malas. sepatutnya aku tak payah amek lesen tu.bukan aku nak pakai sangat kerete tu,pemals nak bawak. nak kuar sekarang dah pukul 12 . tak de makna la aku nak bawak memalambuta ni. kang kena pape nyesal tak suda.dahla tak terror mana bawak kereta tu. paling jauh sampai nilai 3 je aku bawak . hahha .
duduk la sorang kat ruang tamu ni hadap laptop .
alahai..apalah bosan sangat hidup aku ni.  (--")

 bosan macam ni buat aku teringat jek zaman aku muda2 dulu walaupun aku MASIH muda dan vogue .
(-.-") . ( minah over )
so meh aku stori mori kat korang walaupun akhirnya korang akan cakap  ..
' apa kau tulis ni. tak best'
redha jela dengan apa orang cakap.

aku pindah ipoh masa aku darjah 3 , kecik comel ala ala hingusan je lagi tu.
macam budak budak perempuan yang lain , aku selalu la main kejar kejar dengan jiran depan aku. tu je la kawan aku weh .jiran sebeleh , depan , tepi belakang , takde yang lain dah. yelah,dalam mulut aku ada emas intan belian,so tak boleh nak beramah mesra gan orang lain . sampai sekrang aku tak berapa nak minat kenal dengan orang lain yang aku rasakan tak perlu .eh , macam sombong gilakan  ?
tapi tulah aku.. tapi sesiapa yang aku berkwan tu memang la aku selesa dengan korang .sebab aku ni jenis yang cepat meluat dengan orang lain . lebih lebih lagi orang lelaki . aku rimas . lagi la dapat yang mulut macam batu api neraka jahanam tu . memang tak sampai la hajat kau nak berkawan ni .
tapi kalau aku dah kawan , aku takkan bosan berkawan .
macam pelikkan ? T........T
senyum tu sedekah . tapi tak semestinya kalau aku wat smiley ke hape ke aku berminat nak layan. tu lagi dan lagi la aku tak suka !

balik pada cerita .

walaupun aku masa tu still hingusan. ada je hingus terus hembus kat lengan baju then terus main balik tapi dalam waktu tu ada jugak yang boleh suka kat aku.
kalau sebaya tak pe jugak , tapi ni tua 4 tahun . ni mesti kes budak lelaki tu tak matang lagi ni
wahaha .

bila waktu cuti sekolah panjang . aku mesti rasa meluat yang teramat sangat ! annoying gila kot. tak rasa selamat aku .
kenapa la zaman kanak kanak riang aku tak riang ? asyik benda yang tak best je jadi .
(--") *sigh*
di pendekkan cerita , time cuti panjang je mesti ada dua orang makhluk yang aku tak kenal ni always ikut aku .
gila weh , aku rasa gila lepas pindah ipoh ni . pernah aku nampak dia marah budak bodoh yang aku cerita kat entry itu hari  .
dari aku darjah 3 sampai la aku form 1 , aku selalu kena perhati macam ni.
pernah masa hari hujan pukul berapa aku lupa , lebat gila waktu tu , aku tengok due ekor makhluk ni ada. seram bhai . aku gitaw kakak aku. dia tutup tingkap .
tak cukup dengan tu , makhluk dua ekor tu g buat azan kat belakang rumah aku . ko gila ke gila ?
jiran aku pernah tegur , sape deme tu . aku pun tak tahu makcik macam mana nak jawab ?
tapi aku kesian kat makcik  tu , kecian bukan kat dia , kecian kat warung kecik dia tu. selalu jadi tempat dua makhluk tu bergayut dekat situ .

cut cut  .

bila aku form 1 , baru aku nak tegur dia . sebab jiran india depan rumah aku tu pun da kenal dia .
harusla dia amek hati kawan aku dulu . mana la taw kalau kalau dia rapat dengan jiran aku tu boleh  dapat number aku .
hahahha

aku tanya dia . apesal asyik mengacau hidup aku . bla bla bla . then dia balas 'sebab saya da lama nak kenal dengan awak. masa awak tengah beli ice cream sampai la awak berguling guling dekat kotak depan rumah awak tu '
diam .
malu bodah . haha .

punya semangat dia nak kenal aku , aku bagi la can kat dia . kpel tak sampai seminggu. wahahaha
konon2 nak bagi dia tak patah hati.  macam bangang pun ada . siap bagi gambar and surat lagi. wangi jek surat tu . siap dengan biodata dia . haha .

aku kejam masa tu . aku tak suka aku blah je macam tu. baru form1 la katakan . heh .
lepas break aku ingat kan takde pape . rupanya dia jadi makin teruk .
serius aku nyesal main kan hati dia . dan dan sekolah agama , err apatah nama sekolah agama budak lelaki kat ipoh tu. area taman polo . apa eh ? aku lupa .
tapi yang wt aku sentap dia berhenti sekolh bhai . frust . asyik tak datang sekolah je .
rambut dia kalah rambut aku . panjang . muka ala ala . errr / teeettt !
dia jadi kaki lepak , err ada minum  n smoking .

masa aku form 3 ,aku mintak maaf . kan nak amek pmr .harus mintak maaf . haha . aku tanya dia asal jadi macam tu . bla bla bla . aku berani contek sebab dia da dapat pengganti . budak sekolah aku n kenalan aku jugak . tapi tak tahan lama . dari kenalan aku tu la aku tahu dia jadi macam tu. bulat bulat dia salah aku .
mungkin memang silap aku mainkan hati kau . tapi fikir la , aku baru 13 tahun , kau pulak 17 . mana akal ? sorry la. aku tak suka kena bahan macam ni .
sape tahan . kau obses sangat dengan kapel kau . always ada depan rumah . aku buat megi pun kau nampak . mana aku tak takut !
ex kau pun takut dengan kau . kau tengok aku luar pagar . tapi kau tengok dia dalam pagr

kalau kau ada la terbaca blog cikai aku ni . maaf la ok .
ada cerita yang kau tak tahu . jangan salahkan aku bulat bulat . kau tu obses sangat .
lps putus kau buruk kan aku . tu aku cakap kau takde akal .sorry again .
jangan cakap ibadat aku tak senpurna . sebab aku kadang2 lalai and alpa  . semua orang ada buat silap. tapi tu dosa dengan ALLAH SWT .
kau persoalkan . tapi benda haram yang kau minum tu kau tak kira ?




masa mematangkan kita .
yang keruh tak perlu nak ungkit lagi .
jadikan sebagai pengajaran .
peace .
\(>.<)/

Wednesday, February 16, 2011

wanita versus kecantikan

assalamualaikum .


wanita adalah seorang isan yang memiliki  9 nafsu yang ALLAH S.W.T kurniakan.
nafsu ni bukan semata mata nafsu ehem ehem sahaja ok. saya under age, jadi kena tulis ehem ehem sahaja.kang terlepas cakap dilabel macam macam .tahu je la kan..orang zaman sekarang ni suka timbulkan fitnah.insaf la .
antara nafsu yang dimiliki perempuan nafsu shopping , kecantikan and apa je lah. janji jangan kau pakai susuk , cucuk sana sini.apa kau ingat cantik sangat? macam santa dah kembung sana sini.haha.takpayah la.lawa dah kurnia yang asli ni,tengok aku,rilex je walau pun muka da mengalahkan kak limah u all . enjet enjet semut, siapa sakit naik atas.enjit enjit semut,sape sakit jangan tengok aku,daripada lama kau hidup.tang tang tu jugak kau terbungkang. haha.
sudah melalut,mari masuk ke bahagian isi .

aku wanita,ala gadis la senang cakap.remajakan? nak meningkat remaja ni mesti la nak rasa lawa , gaya sana sini. tapi seriously ok aku tak minat dengan selendang lilit sana sini tu. tak rimas ke pakai berlapis lapis atas kepala tu?kita kan duduk malysia,tahu2 la cuaca ni panas.orang lelaki pon komplen pening tengok fesyen zaman sekarang ni.aku tengok pun jadi serabut. hana tajima style. simple . easy . smooth ,. bukan yang da lilit lilit selendang atas kepala, hentam lagi pakai yang lain. pening pening :p

memandangkan aku remaja yang sengkek , kerja tak dapat sebab aku tak cari ..aku pun tak dapat la nak mencantikkan diri aku bagai.so aku cari jalan lain nak nampak ok sikit.dengan cara edit gambar. aku edit kat picnic je.photoshop takde. haha..  edit pon kena la agak agak kan? bukan macam yang melebih lebih gila tu,dari gemoooook jadi macam miss universe ! humakaihhh ! 
tak percaya ? kau cari la kat u tube.berlambak ! nak tengok gambar ? sini aku tunjukkan..



teknik hilang kedutan okeh . anjal anjal gitu.


perubahan contrast . minah salleh ni memang da lawa la ni.


tetiba je lemak dia hilang. whre whre ? haha


memang tak boleh bla betul ni.da la aku under age.ouhhh no !

 lebih putih and lebih langsing. auww ! so jgn pcya iklan kat tv tu. 

 (menghirup ubat asma )

 tetiba lawa !

 
ni tambah touch up !

 tak kecian ke tipu diri sendiri ?


so magic gila kan alam maya ni ? jadi jangan la cepat sangat terpengaruh gan awek cumei cumei cam gini .yang mata bulat bulat tu pun contek lense . kalau rabun betul takpela jugak. ni sesaja pakai.mudarat mata je.
hargai je lah hidup ni.sebab kalau orang tu sayang kita dia takkan pandang semua ni. semua ni luaran je,akan kedut,kendur and hilang ditelan usia. tapi sayang yang ikhlas bawa sampai kemati.
insyALLAH :)
peace yaw.. aku hidung kembang tak kesa pon.aku dahi luas aku tak kisah pon.
lagi satu, aku sengaja cakap ni rambut pendek kat  fb, benda ikat macam orang pantang .

hargai la diri kita.walau pun jerwat aku makin membiak buas ! haha



assalamualaikum :)