nuff

jangan click !

poll

depan rumah

nuff

Tuesday, May 28, 2013

Pencuci muka untuk kulit sensitif

assalamualaikum  .

Nani ada masalah kulit . macam jerawat , dengan parut . yelah mana datang parut kalau tak ada jerawat tukan ?

Jadi nani selalu beli macam-macam produk untuk elokkan kulit balik. Sebab dulu kulit nani dah ok ! Tapi raya tahun lepas nani pulun tak ingat dunia main mekap .. nah ambek ... jerawat tumpang sekaki nak beraya sekali .

Jadi lepas tu nani blur taw . serius blur . sebab kadang-kadang tak tahu kenapa duit habis . Sebab macam-macam nani beli tapi satu haroommm tak berkesan . So nani ikhtiar sendiri . nani cari kat yo tube . kalau korang kaki mekap mesti kenal bubzbeauty kan ? err insyaALLAH betullah ejaan nama dia tu . haha.

Dia ni pon dulu ada masalah jerawat dengan parut .tapi dia kulit kering. nani punya kulit gila punya berminyak ! hehe . Salah satu tips dia cuci muka pakai oat . Serius berkesan ! lagi pon oat tak mahal mana kan :) beli jelah cuba .. selamat jugak sebab takde bahan kimia yang pelik2 ..

First time nani cuba , MasyaALLAH ... APA JADI NI ? muka merah dan kering . tak boleh blah oiii .. punya semangat nak lawa jadi lampir ! hahaha . jadi nani stop . belilah hero kesayangan balik . tak lain tak bukan dalacin t . hihihi :P . .
lepas tu terus nani berhenti pakai . Tapi disebabkan hati ni tak sabar nani beli lagi oat lepas setahun tak pakai. hasilnya sama kulit kering dan merah . belilah lagi dalacin t. ish susah tahu kulit gila sensitif ni ?
tapi hati ni macam diseru seru suruh pakai jugak oat tu. yes. Alhamdulillah lepas tu sesuai .
iolss suka hati ! perubahan dah nampak . tapi ambil masa la ye . kulit pon sekarang jadi cerah macam dulu . pakai oat je taw :D no krim krim .

Jadi bawah ni tutorial nak cuci muka pakai oat ..

step pertama
ambil segengam macam ni je.agak2la untuk muka korang . 

step kedua
rapatkan tangan macam dalam gambar tu.. kalau rasa nak buat skrub jangan bagi oat tu sampai lembik ye .

step ketiga
oat selepas di curah dengan air. kalau korang tekan tekan ada air putih . ambil tu sapu kat muka .
lepas tu ambil oat ni gosok- gosok la kat muka uols tu ok . 
nani suka gosak-gosak kat tempat problem . nak gosok kat badan pon no hal ! hehe


So far nani puas hati pakai ni.. jadi sekarang pencuci muka pakai oat ... dan lagi satu serum super best ok ! nanti nani tulis kat entry lain . good luck kat siapa yang nak mencuba tu ..

Friday, March 1, 2013

bedak arab Rm40 - closed

salam.

ada sesiapa yang nak beli bedak arab tak ?
baru sekali pakai . Reason nak jual sebab salah pilih color Russet. baru pakai sekali.
diberi keutamaan orang area semenyih / kajang .
harga rm40 termasuk post. klu cod rm35 je.
jangan risau saya beli yang ori.. ^^
kalau ada yg nak emel sy eh . bucukmasam_93@yahoo.com
tak pun post je komen kt sini. :)

Sunday, January 13, 2013

Resepi kek pavlova

Assalamualaikum..

malam tadi mood rajin nak membaking . jadi terhasilla sebuah pavlova. wah sebuah gitu. blerghhh~
sebelum ni buat dah dua kali. tapi tak de whipping cream jadi topping dia buat2 sendiri. hehe
mari cekidouttt resepi di bawah ini :


Bahan-bahan : 4 biji telur ambil putih saja . yang kuning goreng buat makan pon boleh.
                      3/4 cawan gula kastor . nak kurangkan pon boleh sebab manis .
                      1 sudu besar tepung jagung
                      1 sudu esen vanila
                      1 sudu cuka makan

topping pulak guna whipping cream dlm 3/4 cawan and buah2 masam . stoberi,anngur,kiwi.terpulang..

ok bahan bahan kat atas ni untuk buat meringue a.k.a kek dia tula

cara buat dia :   1.  masukkan telur putih tadi di dalam mixer dan pukul sampai di kembang berbuih lawa gitu
                         2. ambil gula tadi masukkan sikit sikit sampai habis dan PASTIkan gula tu hancur . ( aku              selalu tak berapa hncur bila buat kek.amatur mmg begini)
3. pukul sampai dia berkilat dan kalau dah jadi try angkat atas kepala pon dia tak jatuh. bila jadi akan nampak tanduk2 ok.
4. masukkan tepung jagung,cuka dan esen vanila tadi. dan kacau cepat2 dengan spatula ke apa ok
(tapi aku pukul je dlm mixer sekali hahahha)

lepas tu cara nak bakar dia korang ambil kertas minyak lukisla bentuk bulat untuk buat besar mana korang nak.


masa korang tengah buat benda2 kat atas ni,boleh panaskan oven terlebih dahulu 150c dalam masa 15 minit
lepas tu korang bolehla masukkan adunan tadi dalam oven dan bakar ikut oven korang ok. macam nani 150c sejam tapi xberapa masak belah kiri tu . jadi tambah lagi dalam 15 minit cm gitula

bila dah dengar bunyi TENG ! hahaha ok pavlova da masak . try cucuk untuk tgk dalam masak ke x.
biar sejuk dalam oven sekejap.tak lama pon .bukak sikit tapi jangan keluarkan.

masa tengah bakar kek tu pon korang boleh pukul guna mixer la ye whipping cream korang tu.pukul sampai kental. macam nani guna jenama vivo . ok lah. tak payah tambah pape lagi.sesedap rasa dah.
beli kat bakery . murah !

lepas tu bolehla hias dengan whip cream yang dah pukul tadi hias atas dia. lepas tu letak buah2an pilihan korang. nani ambil stoberi je.

hasilnya jadila ini ... hahahhaa. orang tak kreatif jgn gelak ocey ? >.<




ok korang., jumpa lagi bila sya rajin mengupdate . papai . Assalam ^^

Wednesday, December 5, 2012

Charcoal mask daiso

Assalamualaikum.

Hari tu sebelum nak pergi family day kat sunway lagoon,nani n family singgah dekat sunway pyramid . Alang2 dah pergikan mari lah kita cuci mata sebentar
 :P
Masa dekat sunway tu kitaorg cari makanan dulu . Al maklumla kelaparan sebab tunggu lama nak ambil ticket tu dekat menara sunway . So carik tempat yg murah,halal,sedap dan pastinya kenyang ! So kita org masuk burger king .
bagi nani  burger king ni better dr mcD ! Murah pun murah dan sedap .

Lepas kenyang jalan lagi . Penat hoiii . Teringat nak pergi daiso . Dekat 3 kali nani tawaf tingkat 2 ke berapa tah . Ada ke tak nampak?? Nani nampak watson je..
Pusing lagi baru nampak . Fuhhh...lega 
dekat daiso ni semua barang rm5 ! Tapi pandai2 la pilih barang ..
 
 disebabkan lama sangat teringin nak pakai charcoal mask maka itu la nawaitu nani untuk masuk ke dalam daiso  itu. Nak beli online gila la kau cekik darah wooi ! harga berganda2 dari harga sebenar .
jadi cari la dari satu rak ke rak .. dan nani bernasib baik mungkin? sebab waktu tu charcoal mask still banyak lagi.
nani beli satu pencuci satu mask . lepas tu family pon dok sama ambil jugak.
ha ambil ambil jangan tak ambil ;P
tapi pekerja dekat situ memang ambil dari jepun ke ? semua pakat dok speaking london mak jemah .

masa tengah bayar lupa pulak hari tu hari sabtu .. nasib baik lagi mak beli beg pink polkadot yg giler comel besar gila gedabak tu . semua sumbat je dalam tu. sonang cerita ..mau la dalam rm70+ jugak.
ahaks . ;P

meh nani review barang tu .
cekidoutt !

nani beli asalnya serba satu. giteww . tapi kirim kak akk lagi pencuci dia 

ni nama dia charcoal mask. even rm5 tapi pueh la jugak hati den ni ..


               yang ni pencuci muka dia..pon samo jugak rm5 . weii not bad  walaupun murah
                        tak ada pulak muka rasa kering dan tegang lepas pakai dia
 yang ni er sumi sumi eh ? hehe . sedap cuci muka pakai ni . rasa bersih muka 

 yang ni mask hitam tu ..memang hitam ler .. cara pakai picit dan sapu kat hidung korang . tapi jangan nipis sangat..
first time pakai kau rasa mcm nak mati kot?sebab dia tarik kuat sangat.menitik jua air mataku~oh~ ;P
tapi kadang2 je satu muka.. selalu buat setepek je kat hidung

yang ni pulak pencuci muka tadi... warna kelabu.sikit je pakai buih banyak .

jadi sesiapa yang rumah dia dekat dengan daiso tu beli la sendiri . online mahal benar ..
yang dekat dengan nani pon the mines jek . tapi kalau rumah korang memang jauh gila dari kedai ada daiso ni order jelah online..tapi plez la buat research sikit . cari tempat yang jual boleh diterima . 
ni ada yang jual nak dekat  rm30  ! 
jadi pandai2 la buat tambah tolak tol dan minyak . kalau rasa berbaloi beli online order je . 

p/s : mula2 pakai white/black head susah keluar.
lama2 sonang jo . tapi tetap sakit hidung ekau .

Tuesday, November 27, 2012

kelebihan kaum wanita :)

1. Do'a wanita lebih makbul daripada lelaki karena sifat penyayang yang lebih kuat daripada lelaki. Ketika ditanya kepada rasulullah SAW akan hal tersebut, jawab baginda : " Ibu lebih penyayang daripada Bapak dan doa orang yang penyayang tidak akan sia-sia.

2. Wanita yang solehah (baik) itu lebih baik daripada 1000 lelaki yang soleh.

3. Barang siapa yang menggembirakan anak perempuannya, derajatnya seperti orang yang senantiasa menangis Karena takut Allah SWT dan orang yang takut Allah SWT akan diharamkan api neraka keatas tubuhnya.

4. Barang siapa yang membawa hadiah (barang, makanan dari pasar kerumah) lalu diberikan kepada keluarganya, maka pahalanya seperti bersedakah. Hendaklah mendahulukan anak perempuan daripada anak lelaki. Maka barang siapa yang menyukai akan anak perempuan seolah-olah dia memerdekakan anak Nabi Ismail A.S

5. Wanita yang tinggal bersama anak-anaknya, akan tinggal bersama aku (Rasulullah SAW) di dalam surga.

6. Barang siapa yang mempunyai tiga anak perempuan atau tiga Saudara perempuan atau dua Saudara perempuan , lalu dia bersikap ihsan dalam pergaulan dengan mereka dengan penuh rasa takwa serta bertanggung jawab, maka baginya adalah surga.

7. Dari Aisyah r.a. "Barang siapa yang diuji dengan sesuatu dari anak-anak perempuannya lalu dia berbuat baik kepada mereka , maka mereka akan menjadi penghalang baginya api neraka."

8. Surga itu di bawah telapak kaki ibu.

9. Apabila memanggilmu dua orang ibu bapamu maka jawablah panggilan ibumu dahulu.

10. Wanita yang taat berkhidmat kepada suaminya akan tertutup pintu-pintu neraka dan terbuka pintu-pintu surga . Masuklah dari manapun pintu yang dia kehendaki dengan tidak dihisab.

11. Wanita yang taat pada suaminya, semua ikan-ikan di laut, burung di udara, malaikat di langit, matahari dan bulan, semuanya beristigfar baginya selama dia taat kepada suaminya dan rekannya (serta menjaga sembahyang dan puasanya).

12. Aisyah r.a. berkata " aku bertanya pada rasulullah SAW, siapakah yang lebih besar haknya terhadap wanita? Jawab baginda "suaminya". Siapa pula berhak terhadap lelaki?" jawab Rasulullah SAW "Ibunya"

13. Perempuan apabila sembahyang lima waktu, puasa di bulan Ramadhan, memelihara kehormatannya serta taat pada suaminya, masuklah dia dari pintu surga mana saja yang dia kehendaki

14. Tiap perempuan yang menolong suaminya dalam urusan agama, maka Allah SWT memasukkan dia kedalam surga lebih dahulu daripada suaminya (10.000 tahun)

15. Apabila seorang perempuan mengandung janin dalam rahimnya, maka beristigfarlah para malaikat untuknya. Allah SWT mencatatkan baginya setiap hari dengan 1000 kebaikan dan menghapuskan darinya 1000 kejahatan.

16. Apabila seorang perempuan mulai sakit hendak bersalin, maka Allah SWT mencatatkan baginya pahala orang yang berjihad pada jalan Allah SWT

17. Apabila seorang perempuan melahirkan anak, keluarlah ia dari dosa-dosa seperti keadaan ibunya melahirkan

18. Apabila telah lahir (anak) lalu disusui, maka bagi ibu itu setiap satu tegukan dari susunya diberi satu kebajikan

19. Apabila semalaman (ibu) tidak tidur dan memelihara anaknya yang sakit, maka Allah SWT memberinya pahala seperti memerdekakan 70 orang hamba dengan ikhlas untuk membela agama Allah SWT

Monday, October 22, 2012

Pengalaman bergaduh di sekolah / bukan lemah lembut

Assalamualaikum

muka tak mekap ginilah
.

ha malam ni terus buat dua entry  !
nilah padahnya bila dah start menaip. hewhew .
setiap orang mesti ada pengalaman masa zaman sekolahkan ?ada yang kena buli,membuli,pemalu dan macam2 lah .
kalau saya,saya pernah rasa dibuli masa sekolah rendah . membuli di sekolah menengah . hehehe.
walaupun saya pernah jadi pengawas dan PRS (pemimpin rakan sebaya) sekolah . tapi tak bererti saya ni jenis patuh pada peraturan .

masa sekolah semua ingat saya lembik .
ye memang luarannya nampak begitu . saya bercakap macam bercakap dengan semut . tapi itu dengan orang yang saya kenal macam tu je. kawan yang betul kawan dengan saya kenal saya macam mana.
eh ayat berbelit ! tapi faham kan ?

dulu pernah kena tegur  dengan cikgu pengawas jalan lemah gemalai macam mak minah balik pasar .
malu saya bila ditegur di depan senior . bukan saya jalan macam tu cikgu .. saya tengah moody waktu tu...
dahla kain ketat ... auntie tu jahit macam saya kena buat cat walk . -.-
kalau cikgu nak tahu saya jaga kelas budak lelaki bising saya sepak meja dia taw cikgu . saya tumbuk papan hitam belakang kelas tu. cikgu ni... ishish... masa nak exam pon saya boleh bergaduh lagi sebab ada mamat tu ambil tempat saya . cikgu  tahu saya buat apa? saya sepak kerusi sampai dia jatuh . saya campak je beg dia . dia nak lempang saya cikgu . tapi saya lagi bagi pipi saya suruh tampar kalau berani sangat .
haa ! lemah lembut ke saya ni ? hihi . saya garang dengan budak lelaki je ye ^^

bila adik saya dah strat masuk form 1 kalau ada apa2 dia mengadu kat saya .
ada hari tu dia mengadu ada budak perempuan ni macam nak carik gaduh dengan dia..siap kutuk saya sekali.tapi saya sendri dah lupa sebab apa..
ditakdrikan kelas saya Pj sama dengan kelas adik saya .maknanya budak perempuan tu pun ada sekali.
saya pandang2 jugak dia . tapi dia macam takut-takut nak pandang saya . hahaha
ingatkan budak tu takut. tapi sebenarnya tidak !
tengok ! saya baik je dengan budak-budak 


waktu tukar baju sukan , dalam banyak-banyak suara tu saya dengar suara budak tu . saya tengah tukar baju ni tapi bila dengar je dia mengumpat saya dari belakang terus sarung baju kurung cepat-cepat dan keluar cari budak tu .
boleh dia cakap macam ni ' eleh aku ingatkan berani sangat dia tu . rupanya tak ! beriya je pandng-pandang and nak takutkan aku . ' dan bla bla blaaa .....
saya geram ... saya datang belakng dia..saya rentapp baju dia pandang saya.
ye saya menjerit marah -.-
uh uh uh malunya... hihihi
saya suruh dia pandang saya dan ulang semua dia cakap tadi . dia tak mengaku . tapi ni semua jadi kat dalam bilik persalinan taw. saya dengar suara cakap stopla .
saya ingatkan kawan saya... rupanya adik saya ada dalam salah satu bilik tu ..
jadi saya lepas kan lah ... ada jugak yang cakap ala tu je ke ? eehh, habis tu takkan saya nak belasah pulak ? sound bolehla ..hewhew

ingatkan budak tu insaf..keluar je dari persalinan dia cakap dengan kawan2 dia ' ingat aku takut ke ?'
amboi dikkkk. akak lepas kan je kamu sebab akak dah nak masuk kelas.
tapi lepastu memang dia takde dah nak carik pasal dengan adik saya and mnegutuk saya.
yelah..dalam kelas main phone..bermekap... buat bising... -.-
haishh.

tapi tu semua kenangan la...hihihi...
sekarang takde dah ;p
tapi kalau saya tahu ada orang carik pasal dgn kawan atau family saya...mesti saya tanya orang tu dulu .
macam pembela nasib plak -.- hew hew .
kalau tak bernasib baik saya sound .

errr . oklah... dah lama tak berblog ni..
tulis pon macam apa je . -.-

papai uolsss ``

Perubahan diri

Assalamualaikum.

dalam kehidupan ni kadang-kadang kita sering alpa..lupa tentang apa yang kita lakukan.
iman surut naik . seringkali diri seakan lupa bahawa wujudnya kehidupan di akhirat kelak.
tapi bila sampai waktunya,baru kita nak memyesal..

dulu saya buat blog ni tulis sesuka hati . post gambar tak tutup aurat sesuka rasa.
menulis sesuatu yang mungkin membuatkan seseorang terasa. harap mohon ampun ye.
saya tak tuju kepada sesiapa. kalau ada harap maaf..

banyak dah saya delete post yang terdahulu. tapi tetap jugak muncul gambar terdahulu.
sedihnya :'(
sejujurnya saya sedang merangkak ingin mendekati-NYA.
saya harap saya kuat untuk menuju ke jalan-NYA.
sedih bila mengenangkan diri yang sering kali lupa pada dosa. :'(
sedih bila saya tak tutup aurat dulu ;'(
entah sesiapa sahaja pernah tengok saya tak bertudung.

tapi bagi saya itulah hikmah,
kalau kita tak lakukan kita tak tahu apa salah yang kita lakukan.
yang buruk itu dijadikan sempadan. yang baik itu tauladan.

kita kalau nak berubah kita kena berusaha.
kita kena cari hidayah. sebab hidayah takkan datang dengan sendirinya.
macam kita kalau nak makan . kena carik barangnya . kena dimasak . disuapkan kedalam mulut.
baru lepas tu kita dapat rasakannya.

jadi marilah kita saling membantu antara satu sama lain.
saya tak perlukan kata2 perlian,mengumpat dan mencaci untuk menegur .
sejujurnya cara tu buat kan orang lagi menyampah.
dekati dengan cara yang berhemah . lembut dan teguran yang baik. ok ?


ada umur dan rezeki jumpa lagi.
sayonara ~~

as'salam ..

doakan saya terus kekal begini satu hari nantiii